Wednesday 11 April 2007

Uneducated vs Educated

Let's talk about discrimination again. But this time it's not about religion, race, or nationality. But more interestingly, education. Really ah interesting? No la, just nak nampak menarik je bile dibaca. (ha ha ha). Lebih spesifik lagik, pendidikan/pelajaran to setiap individu. Do we, sesapalah yang graduate with a higher and 'better' education adalah 'lebih' atau memang 'smart' compare to yang hanya passed Darjah Tiga?

Yuss tak tahulah. Really tak tahu. It is even worse if we cakap pasal bende ni in Malaysian society. Sebab? Semuanya perlu nampak di atas kertas. Perlu ada sijil yang digantung, di'frame'kan nak ditunjukkan kepada satu dunia. Dan ini lebih kena dan sesuai dengan budaya orang Melayu atau orang kita yang bangga atau menunjuk-nunjuk dengan apa yang dia ada. Adakah pelajaran juga menjadi satu entiti barangan sama seperti kebendaan lain seperti kereta dan rumah yang boleh ditayangkan? Atau adakah pelajaran perlu diasingkan supaya manusia seperti kita tidak menjadi bodoh kerananya?

Banyak persoalan yang timbul yang menjadikan Yuss merasa rendah diri. Bukan kerana tidak berpelajaran, tetapi kerana sentimen masyarakat. Adakah ia menjadi racun yang akan menjadikan masyarakat kita lemah atau lambat berubah? Yuss rasakan nasib manusia bukan ditentukan oleh pencapaian atas kertas. Tetapi bagaimana manusia atau individu itu mengadaptasi pemikiran, pengalamannya, kehendaknya, untuk berubah. Mahu berilmu. Mahu berharta. Orang yang berpendidikan Darjah Tiga yang pernah Yuss kenal satu ketika dahulu kini telah menjadi manusia paling disenangi, Jutawan dan beragama. Hidup beliau amat Yuss kagumi. Pengalamanlah yang banyak merubah perjalanan hidup beliau untuk berjaya. Dan yang lebih penting lagi, bagaimana beliau mahu, hendak dan inginkan perubahan untuk jadi manusia cemerlang. Tanpa ada sebarang sijil yang boleh dibanggakan. Timbunan buku-buku ilmiah penuh memenuhi ruang pejabat beliau. Sangat mengkagumkan.

Banyak sombong bodoh yang Yuss kenal leka dan bangga dengan ilmu yang dia ada di atas kertas. Setiap kali bersembang atau bertukar idea, jika gagal mempertahankan pendapat sendiri, sijil ijazah, masters or Phd itulah yang dijajanya satu alam. Ya, Yuss akui mereka mungkin mahir dalam ilmu2 spesifik yang mereka tuntut, tapi kebanyakannya gagal mengadaptasikan ilmu itu untuk kegunaan diri sendiri atau orang sekelilingnya. Itulah yang mengecewakan. Dan juga, kebanyakan yang Yuss kenal, boleh dikatakan 8 daripada 10 lepasan ijazah (sekurang-kurangnya) tidak menggunakan ilmu spesifik mereka di alam pekerjaan. Adakah mereka bijak? Atau mereka terpaksa dalam hidup?

Hidup ini pengalaman. Pengalaman itulah pelajaran. Semua manusia berpelajaran. Bijak bodoh kita bukan manusia lain yang tentukan. Diri kita sendiri.

No comments: