Showing posts with label Sosial. Show all posts
Showing posts with label Sosial. Show all posts

Thursday, 9 July 2009

Kotak Rokok


Semenjak kotak-kotak rokok di Malaysia meletakkan gambar menggerunkan seperti di atas, Yuss tersenyum. Baru sekarang kita mahu buat. Malaysia selalu lambat sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Kali pertama Yuss terlihat kotak-kotak rokok ini dijual kedai serbaneka 24 jam, Yuss sendiri pun terkejut. Macamanalah agaknya perasaan para perokok kita.

Dalam satu kejadian, semasa Yuss hendak membayar barang di kaunter, ada seorang Cina yang berdiri lama di hadapan kaunter. Keadaan beliau nampak macam mabuk. Waktu itu sekitar jam 2am. Beliau menatap kotak rokok yang dihulurkan kepadanya untuk dibeli dengan begitu lama.

Yuss menunggu sahaja di belakang sehingga beliau membayar. Tetapi beliau masih tidak mahu membayar. Beliau seperti tidak puas hati dan minta kotak lain. Penjual itu capai kotak-kotak rokok yang lain dan masih ada gambar-gambar yang menggerunkan itu. Beliau masih tidak boleh membuat keputusan. Digarunya kepala. Ditanya penjual sama ada menjual rokok tanpa gambar seperti itu.

Yuss hanya tersenyum. Hendak tergelak pun ada. Tak sangka, dalam keadaan separuh sedar itu beliau masih ada perasaan bersalah untuk merokok!

Akhirnya penjual memanggil giliran Yuss untuk membayar dan membiarkan si Cina itu ke tepi dan berfikir sendiri sebelum membeli rokoknya.

Selain itu, Yuss juga ada seorang rakan yang telah berhenti merokok. Semuanya gara-gara gambar gerun di kotak rokok yang di beli. Beliau yang telah merokok lebih 4 tahun sanggup berhenti begitu sahaja selepas peraturan baru yang mewajibkan gambar gerun itu terpampang di kotak rokoknya.

Ada sesetengah pihak berkata, gambar gerun di kotak rokok Malaysia adalah yang paling menakutkan jika dibandingkan dengan Singapura atau di UK.

Yuss bangga dengan usaha kuat pihak berkuasa yang cuba menyedarkan rakyat tentang bahaya merokok. Kementerian Kesihatan contohnya. Tahniah diucapkan. Dua peristiwa yang berlaku di depan mata Yuss ini membuktikan gambar-gambar tersebut memberi kesan mendalam kepada perokok.

Ada juga rakan-rakan Yuss yang masih terus menjadi perokok tegar terpaksa menukar bekas menyimpan rokok kerana mungkin malu membawa kotak rokok itu sendiri. Itu pilihan masing-masing. Lambat atau cepat untuk berubah dan sedar adalah hak individu.

Apa-apa pun, Yuss berasa bangga kerana akhirnya Malaysia mampu berubah. Kempen Tak Nak yang dijalankan sebelum ini dilihat terlalu lemah dan mendatar. Tapi dengan kehadiran gambar-gambar seperti ini akhirnya telah membuka minda kebanyakan daripada kita untuk sedar.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada mereka yang telah berhenti merokok. Yang tak merokok, hisaplah benda lain. Yang halal sahaja. Hehe...

Yuss tak merokok. ;)

Photo by Google

Friday, 25 July 2008

Anwarku Hari Ini II

Apakah yang membuatkan Yuss obses hendak menulis tentang Anwar Ibrahim sekali lagi? Kenapa Anwar menjadi subjek utama semenjak dua menjak ni? Tak sudah-sudah. Walaupun dalam media2 kita cerita tentang Anwar sudah semakin berkurangan, tapi kenapa Yuss nak bangkitkan lagi pasal beliau? Yuss nak ulas kali ini dari segi pandangan Yuss sebagai seorang manusia yang 'mungkin pernah' melakukan 'aktiviti' songsang ini. Mungkin sahaja. Hahaha... Bersandarkan kepada pengalaman katanya...

Well, sejak 2-3 hari lepas Yuss asyik berfikir tentang LOGIKnya di sebalik kes liwat beliau yang terbaru ini. Dan hari ini juga Condoleeza Rice secara terbuka 'mengingatkan' Malaysia supaya tidak menyalahgunakan undang2 yang ada terutama dalam kes Anwar. Rais Yatim (Menteri Luar) dan juga kerajaan kita pastinya menentang 'campurtangan' asing dalam urusan dalaman negara kita. Tapi, secara peribadi, Yuss lihat ia hanyalah sekadar teguran. Bukan campurtangan. Takkanlah kita tak boleh ditegur langsung. Begitu juga jika US ada masalah, di pihak kita pasti akan 'menegur' mereka.

Dan kembali kepada kes Anwar ini, sudah berapa hari atau minggu ianya berlalu sejak Saiful mula membuat laporannya dahulu. Keterangan Anwar juga telah diambil. Dan Anwar juga mungkin akan dipanggil sekali lagi untuk memberi keterangan kurang seminggu dari sekarang. Tapi yang peliknya, tidak cukupkah keterangan pertama dahulu? Kenapa masih belum ada kes yang boleh di bawa ke mahkamah berdasarkan keterangan tersebut? Sudah masuk berminggu, bukan berhari. Adakah kesnya tidak cukup kuat? Jika keterangan Anwar di anggap lemah, maka sepatutnya mudah bagi pihak 'pendakwa' membawa kes tersebut terus ke mahkamah, dari segi persepsinya? Dan kenapa polis kali ini mengambil masa yang lama untuk menyiasat? Ianya hanya kes liwat. Kes perubatan. Laporan perubatan boleh siap dalam kurang dari seminggu sahaja. Itu bukti paling kukuh dan munasabah. Ini dah cukup lama dan 'matang' bagi sesuatu kes itu 'wujud'. Atau sebenarnya mereka mahu melakukan kejutan sekali lagi dengan menangkap Anwar secara mengejut?

Dan kembali kepada kes liwat ini, media kita melaporkan yang Saiful dikatakan dirogol sekurang-kurangnya 8 kali sebelum ini. Mungkin Yuss silap dengan angka tersebut tapi hanyalah ingatan melalui pembacaan media2 kita sebelum ini. Sebagai pemerhati 'gay' di Malaysia.... Yuss rasa jika Saiful ini betul2 'straight', kali pertama beliau dirogol, mesti mudah bagi beliau untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku. Golongan 'straight' di Malaysia secara umumnya agak taboo dengan golongan2 gay ini dari segi gangguan seksualnya. Itu jika Saiful betul2 'straight'. Dan jika hanya sebagai tanda 'hormat' dengan kedudukan Anwar dan terpaksa 'merelakan' perbuatan tersebut, mana harga diri dan pendirian Saiful sebenarnya dalam hal seksual ini? Lagi2 bila Saiful kelihatan ingin membabitkan diri atau 'memasukkan' diri ke dalam dunia politik dengan berdampingan dengan tokoh2 tertentu yang mana harga diri adalah perkara pokok yang paling perlu diutamakan. Tambahan pula, Saiful masih muda, 23 tahun, cukup bertenaga dan kuat untuk menangkis/mengelak/menghalang serangan seksual liwat dari lelaki berusia 63 tahun ini. Berumur dan tua. Yuss bukan nak mengata Anwar mungkin tidak bernafsu dan kuat, tapi pastinya beliau cukup 'matang' dalam mengawal nafsunya pada umur ini. 'Matang' dari segi meliwat. Kalau 'hisap-menghisap' tu lain la cerita. Cium-cium ke. Hahaha! Atau gangguan seksual yang lain. Tapi bukan LIWAT. Ambik 'banyak' masa dan tenaga untuk 'melaksanakan' aktiviti tersebut. Tambah2 kalau dipaksa. Lagilah 'sukar'. Atau mungkin juga Anwar menggunakan Viagra untuk menaikkan nafsu syahwatnya sehingga memberontak tak terkawal dan agresif? Entahlah... =)

Dan dalam istilah dunia 'gay' juga, jika seseorang itu pernah diliwat beberapa kali oleh orang yang sama, sebab utama dia mendedahkan perbuatan tersebut adalah kerana 'jealous' atau cemburu atau juga mungkin tak 'puas' dengan perbuatan liwat tersebut. Kerana ia mungkin menjadi 'ketagih'. Sedap! Enak! Nikmat! Tak kiralah mendedahkannya sesama rakan atau sesiapa sekalipun. Dan menjadi gosip. Atau fitnah. Itu ajer... Jika 'straight' pulak? 'Malu' adalah perkara utama yang paling susah nak didedahkan. Paling berat. Tabik atas keberanian Saiful kita!

Seperti ulasan Muhyiddin Yassin yang di interview secara langsung di Astro Awani malam tadi, beliau mengulas kita patut biarkan saja dulu isu 'campurtangan' US (kenyataan Rice) , tapi sebenarnya lebih memfokuskan kepada Saiful si mangsa. Beliau mengulas si Saiful dikatakan tidak tahan lagi dengan 'kelakuan' pemimpin tersebut.

Tidak tahan selepas 8 kali diliwat? Kali pertama, kedua atau ketiga Yuss mengerti. Tapi selepas 8 kali? Mungkin ada kes2 berkaitan rogol sebelum ini, ada mangsa yang dirogol berulang kali tidak berani membuat laporan sehinggalah ada yang mengandung (kes rogol perempuan). Tapi Saiful sudah 23 tahun umurnya. Boleh berfikir secara lurus yang mana betul dan yang mana salah sesuatu 'kelakuan' buruk itu. Tambah2 melibatkan sesuatu yang memasuki 'tubuh' badannya sebanyak 8 KALI. Bukan membenarkan dirinya 'dirogol' sedemikian rupa berulang-ulang-ulang-ulang kali baru mahu melaporkannya. Dan ulang lagi.

Mungkin Saiful punya alasan kukuh. Tetapi semasa aksi beliau ke balai polis untuk memberi keterangan dirakamkan oleh media kita, beliau kelihatan seperti 'tenang' dan 'tersenyum' dan berjalan agak 'normal'. Tidak 'kengkang' seperti terogol di punggong. Padahal baru beberapa hari dirogol. Mungkin dah dapat ubat penahan sakit dari doktor kot.

Dan dalam masa yang sama, tidak pula meng'cover'kan mukanya kerana bagi Yuss, ia melibatkan maruah diri. Malu. Tak macam dua orang tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkelubung setiap kali naik turun mahkamah. Kecualilah jika dah glamer sebelum ini macam Razak Baginda yang tak perlu nak cover sebab orang dah memang kenal. Masalahnya ada ke orang kenal Saiful sebelum ni? Publisiti untuk diri sendiri ke?

Selain itu, hubungan beliau dengan golongan2 politik besar tanah air juga perlu diperjelas dan dihuraikan satu persatu oleh pihak mahkamah nanti. Tapi mungkin mahkamah akan menolak kerana tidak relevan dengan kes yang dibicarakan. Maka siapa yang patut jadi hakim dalam kes 'konspirasi' ini kalau bukan mahkamah sivil? Jawapannya, 'mahkamah' RAKYAT.


Dan semasa peguam Saiful dan bapa saudaranya baru2 ini membuat kenyataan media, Yuss lihat pakcik si Saiful ni agak 'lembut' orangnya. Mungkin Yuss salah dan tak baik mengaitkan perangai luaran seseorang untuk menghukum seseorang. Kerana Yuss pun apa kurangnya. Lemah lembut jugak. Tapi 'GAYDAR' seseorang boleh membaca ada 'sesuatu' tak kena ngan pakciknya ni, or Uncle Pet dari segi penampilanya itu. Mungkin Yuss silap.

Tapi, bila menonton berita Astro Awani baru2 ini, Yuss terlihat Uncle Pet ni menyisip rambutnya yang panjang ala2 Miss Universe pulaknya ittewww... Dan dalam berita di internet pula (AgendaDaily) ada gambar Uncle Pet (gambar atas) yang 'melentok' tangannya bila memegang kertas kenyataan media Saiful. Khabarnya Uncle Pet ni amat rapat dengan Saiful berbanding ibubapa Saiful sendiri. Itu kenyataan media perdana kita semasa mula2 kes ini keluar dahulu. Hmmmmm... 'sesuats tewww sangattt'...

Dan yang peliknya, jika kenyataan media itu diwakili peguam dan pakciknya untuk diri Saiful, kenapa BUKAN ibu bapa Saiful sendiri yang keluar bagi mewakili keluarganya? Kenapa perlu mewakilkan pakciknya itu pulak? Kenapa rapat 'sangat' hubungan mereka berdua? Well, itu hal keluarga mereka... Biarlah rahsia... =P

Ini belum melibatkan lagi dengan isu DNA Anwar, dengan isu laporan keterangan Saiful yang masih belum dikeluarkan lagi, dengan isu hubungan dengan individu2 tertentu, dengan isu mengukur panjang pendek ZAKAR Anwar di hospital, dan sebagainya. Kalau kita cantumkan semuanya sekali, mungkin berjela2 panjangnya. Cukup untuk buat satu teater muzikal terhebat dan fofulerr. "Marilah kita semua... bergembira, dengan menyanyi lagu lalala... la.. la.. laaa.... LAHA!!!"

Banyak yang tidak logiknya dari logik pada pandangan mata kasar kita dengan kes liwat ini. Tapi, undang2 kita mungkin tak melihatnya secara kasar tapi dengan lebih teliti. Teliti tang mana kita tengok je lah nanti. Tak salah kalau kita menilai dengan apa yang kita tahu dan lihat sekarang. Bukan menghukum tapi memberi pendapat. Dan mungkin juga ada antara mereka2 ini yang 'tahu' untuk bermain dengan undang2 yang ada dengan penuh licik dan penuh teka-teki.

Mungkin kali ini Yuss lebih banyak 'tak' betulnya dari yang betulnya kerana banyaknya bahasa atau istilah 'gay' di sini. Mungkin tak lebih dari sekadar bergosip. Kerana 'gay' suka bergosip. Mengumpat. Melaser. =P

Tapi kan...
Mungkin ada kaitan dengan yang hidup.
Mungkin tak ada kaitan dengan yang mati.

Yuss berkemungkinan.

Photo by AgendaDaily

Thursday, 10 July 2008

Idea Tambahan Idea Terdahulu

Kali ini Yuss ingin ulas secara tambahan terhadap isu-isu yang Yuss kupas dalam blog yang Yuss tulis ini. Apa yang tulis sebelum ini tidak pernah diedit semula tapi jika ada idea atau ulasan tambahan akan dibuat atau dibuka dalam artikel yang baru seperti ini.

Minyak
Sebelum ini, Yuss menyokong langkah-langkah kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ini atas alasan perlu mengikut perubahan harga antarabangsa. Bila dibincangkan, difikirkan semula melalui pembacaan, Yuss rasakan ia masih satu pandangan yang benar. Tetapi dalam masa yang sama, subsidi untuk minyak perlu diteruskan. Atau, seperti yang Yuss cadangkan sebelum ini, jika tidak disubsidikan ke atas minyak, perlu diganti kepada benda2 keperluan penting yang lain seperti makanan. Subsidi makanan yang besar dapat menjamin harga makanan yang amat rendah dan menyenangkan semua rakyat. Yang menjadi isu sekarang ini bukanlah kenapa harga minyak itu tinggi dan kerajaan tidak mampu menampungnya dan bebannya pula ditanggung oleh rakyat, tetapi kemanakah subsidi minyak yang sepatutnya dinikmati rakyat secara lahiriah, nampak dan jelas, kini ibarat hilang dari pandangan mata kasar. Bagaimana, apa dan bilakah subsidi ini digunakan untuk kepentingan rakyat itulah yang dipersoalkan. Kerajaan perlu bersifat terbuka menerangkan secara teliti bagaimanakah mereka menggunakan subsidi ini untuk rakyat. Rakyat tidak mahu ia diselewengkan untuk kepentingan individu2 tertentu. Itu yang rakyat mahukan. Keterbukaan. Telus dalam pengurusan mereka. Harap kerajaan sekarang perlu lebih terbuka. Apa yang kita nantikan adalah debat antara Anwar dan Shabery di kaca TV kita 15 Julai nanti. Perlu diingat, Venezuela yang menjadi negara pengeluar minyak, adalah negara yang menjual minyak paling murah didunia kepada rakyatnya. 0.16 sen untuk seliter minyak. Macamana perkara seperti ini boleh terjadi? Bukankah Malaysia juga negara pengeluar minyak untuk tempoh 5 tahun akan datang? Taraf negara pengeluar minyak bukan sekadar minyak yang dijumpai di dalam negara, tetapi juga minyak yang kita jumpa di tempat2 lain dalam dunia ini melalui syarikat nasional kita. Minyak2 luar yang diproses dan disimpan di dalam loji2 negara, dianggap sebagai nilai keluaran minyak kita. So, kita sebenarnya punya dan berhasrat menjadi penyimpan minyak terbesar bagi rantau ini dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan pembinaan pusat2 loji dan penapisan yang besar di selatan tanah air dan Sabah dan Sarawak. Kemanakah arah tuju hasil minyak kita ini akan kita lihat dalam debat itu nanti. Harapnyalah.

Gay
Dalam blog Yuss 'Dosa-Dosa Gay', ada yang menghantar email kepada Yuss dan menyatakan Yuss munafik. Yuss tak salahkan sesiapa pun. Penghantar email mengakui dirinya gay tetapi dalam masa yang sama mengatakan Yuss munafik. Kerana bila Yuss sudah tahu bende itu salah dan betul, tetap mahu melakukannya, Itulah maksud munafik. But at the same time, Yuss tak ignoring the facts which I already know what is right or what is wrong. Fakta betul atau salah sesuatu perkara. Bukankah lebih munafik atau double munafik mereka yang mengata orang lain salah walaupun diri sendiri pun tahu ia salah? Kenapa tak lihat pada diri sendiri dahulu sebelum menghukum orang lain? Kenapa tak cermin diri dahulu sebelum cermin diri orang lain? Yuss hanya nak masyarakat tahu kenapa Yuss punya pendapat sebegini. Mungkin ya Yuss munafik. Mungkin juga tidak. Siapa kata ilmu kita lengkap? Yuss mungkin tahu betul atau salah sesuatu perkara itu. Tapi Yuss tak ignore kesalahan yang Yuss tahu. Mereka yang tidak tahu atau buat2 tak tau dan menghukum orang lain itu adalah lebih teruk dan hina. Yuss terima segala pandangan secara terbuka dan redha. Yuss hanya menjelaskan sahaja apa yang ada dalam minda dan pandangan Yuss. Itu kenyataan Yuss. Takde siapa yang paksa orang terima atau tidak pandangan kita. Kenyataan yang kita buat. Yang penting tahu niat dan isi hati kita. Apa yang Yuss nak jelaskan di dalam artikel tersebut adalah supaya golongan gay2 ini menerima kenyataan yang tertulis dalam agama Yuss. Bukan mencari alasan itu ini untuk mengiyakan kata-kata tuhan. Dan bukan juga Yuss menyuruh kita jangan buat. Kerana Yuss tetap Yuss. =)

Bila Yuss rasa melekit dan berMINYAK, Yuss tetap terus berGAYa.

Wednesday, 9 July 2008

Dosa-Dosa Gay

Semalam, dalam satu forum internet yang Yuss selalu ikuti, ada satu isu yang menarik yang Yuss rasa perlu dikongsi bersama. Ianya mengenai satu artikel Bernama mengenai isu gay, BUDAYA HOMOSEKSUAL BAGAI 'API DALAM SEKAM'. Dalam perbincangan artikel yang disiarkan, wartawan berkenaan telah menghuraikan mengenai trend gay, risikonya, moralnya, penerimaannya, pendidikan dan cara menanganinya secara menyeluruh. Yuss rasa artikel berkenaan agak lengkap bagi satu penulisan berita rencana. Mereka2 yang ditemuramah adalah dari golongan yang boleh dipercayai dan punya latar belakang pendidikan yang kukuh seperti ABIM, Persatuan Pengguna Islam, Jakim, Hindu Sangham, doktor2 pakar dan kaunselor2.

Yang menjadi persoalan Yuss adalah penerimaan golongan gay ke atas isu ini (forum ini dibincangkan dalam website gay). Boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka tidak bersetuju dengan artikel ini. Dikatakan berat sebelah dari kaca mata masyarakat 'straight'. Ada yang berhujah dan berkata gay itu perasaan yang natural atau semulajadi. Atau gay itu memang ada dalam gene manusia dan tak boleh diubah. Dan bermacam lagi alasan2 negatif. Dianggap sebagai satu bentuk penindasanlah dan sebagainya.

Ini pandangan Yuss.

Yuss rasakan kebanyakan golongan gay ini tak dapat menerima kenyataan yang perbuatan mereka ini salah di sisi agama atau undang-undang negara. Pelbagai alasan diberikan bagi mengiyakan perbuatan mereka. Ini yang Yuss marah. Ini yang Yuss kecewa.

Sudah tercatit sejak wujudnya Islam bahawa perbuatan hubungan sejenis itu haram. Gay itu dosa. Ada dalam al-Quran dan Hadis sejak 1400 tahun yang lalu. Tidak berubah. Tidak juga boleh disunting. Ini fakta. Ini tertulis dalam agama yang Yuss anuti. Terimalah kenyataan. Dan artikel yang dibincangkan itu bukanlah mengenai isu penindasan, dan bukan juga isu penghinaan. Tapi isu penerimaan diri sendiri. Kenapakah manusia tidak boleh berfikir sedikit ke arah pemikiran itu?

Dan sebelum ini dalam WHO di PBB, gay dianggap sebagai salah satu cabang penyakit psikologi. Dan ia telah digugurkan sebagai taraf 'penyakit' sekitar akhir tahun 1960-an dahulu. Ada yang berspekulasi ianya adalah atas desakan NGO's tertentu yang kuat dan berterusan untuk mengeluarkan taraf 'penyakit' tersebut ke atas golongan gay.

Di Malaysia pula, ia masih dianggap penyakit yang boleh dirawat. Disamping itu perbuatan tersebut merupakan satu aktiviti yang salah di sisi undang2. Undang2 negara meletakkan penjara 20 tahun dan sebatan sebagai hukuman. Ada yang berkata, ia adalah undang2 yang dibawa oleh British dahulu. Tapi yang peliknya, sudah 50 tahun merdeka, kenapakah kita taknak mengubahnya kalau kita anggap ia satu perbuatan yang boleh diterima semua masyarakat secara terbuka?

Dalam Islam, segala yang berlaku, segala yang dianggap halal dan haram ada sebab musababnya. Kenapa ia tertulis itulah yang menjadi pegangan hidup individu yang menganutnya. Bagi Yuss, gay tetap dianggap berdosa dan salah. Tetapi terserah kepada inidividu itu sendiri untuk berubah atau tidak. Yang penting terimalah kenyataan dan faktanya. Jangan putar-belitkannya untuk mengiyakan perbuatan kita sendiri. Dan Yuss sendiri beranggapan, gay itu sendiri ialah masalah psikologi. Kerana dalam pemikiran mantik, pemikiran pemahaman, kita punya hak terhadap diri kita sendiri. Nak berubah atau tidak itu hak kita. Samalah perumpamaanya jika ada wanita yang ambik masa berpuluh2 tahun nak memakai tudung. Begitulah jugak dengan gay. Nak berubah dengan mengambil masa yang panjang dan pendek, itu semuanya bergantung pada diri sendiri. Atau mungkin juga tak mahu berubah langsung. Itu hak masing2. Dan jika buat kesalahan lain seperti merokok, membunuh, merompak adakah kita hendak salahkan semuanya atas nama agama? Tidakkan? Ia bergantung kepada diri manusia itu sendiri. Bukan salah agama. Samalah dengan perbuatan gay ini.

Bila dikaitkan dengan perasaan 'semulajadi' gay, kita seperti tidak tahu hendak salahkan siapa. 'Natural' katanya. Yuss hendak bertanya, apabila berbicara tentang perasaan, adakah kita tahu bagaimana hendak mengawal perasaan marah, perasaan geram, perasaan sedih atau gembira? Tentu sekali kita boleh mengawalnya bukan? Begitulah jugak dengan 'perasaan' gay ini. Jangan gunakan alasan kita tidak boleh kawal. Kita boleh kawal minda dan kawal perasaan. Ia suatu yang dikategorikan dalam bidang psikologi atau kemindaan dalam proses kawalan diri sendiri. Dan bagaimana pula dengan 'naluri'? Sekali lagi ia boleh dikawal oleh diri sendiri. Salahkanlah diri sendiri, kerana naluri, nafsu, perasaan, jiwa dan apa sahaja yang berkaitan dengan minda sebenarnya boleh dikawal, di 'control'. Hanya mahu atau tidak sahaja yang menjadi persoalan akhir.

Bila dikaitkan dengan gene, kajian2 yang pernah Yuss baca (mungkin tidak tepat dan hanyalah sekadar bacaan ringan sahaja), kajian ahli2 saintis adalah kebiasaannya mencari persamaan gene2 yang ada di kalangan gay. Dan kemungkinan juga adanya gene yang berubah atau berlebih unsur X nya dalam individu gay itu. Sekali lagi Yuss nak tegaskan di sini, jika penyakit kanser atau lain2 yang kronik boleh diubah sifat genenya untuk dirawat, apa bezanya dengan gene 'gay' yang berubah ini? Boleh dirawat bukan?

Mungkin Yuss banyak cakap. Dah tau perbuatan tu tak betul, masih nak tegakkan benang yang basah. Masih nak mencari alasan. Apa yang Yuss dapat? Kerana Yuss bahagia dan rasa 'selamat' dalam 'dunia' Yuss ini. Dan Yuss menerima diri Yuss seadanya. Yuss terima hakikat. Yuss juga tahu ia salah. Tapi bolehkah Yuss katakan Yuss terjebak? Adakah 'terjebak' perkataan terbaik untuknya? Atau sebenarnya 'ketagih'? Apa yang boleh katakan, Yuss terima kenyataan ia salah dalam agama Yuss. Masa yang Yuss ada untuk 'berubah' adalah bergantung kepada diri Yuss sendiri. Atau mungkin tidak mahu 'berubah' langsung. Ia adalah antara Yuss dan tuhan Yuss. Antara Yuss dan diri Yuss. Yuss takkan melenting jika orang lain kata Yuss salah. Itu pilihan Yuss. Yuss yang pilih. Kerana manusia berubah. Manusia boleh berubah.

Yuss menginsafi.

Monday, 7 July 2008

Liwat Terlampau


Adakah kes liwat Anwar Ibrahim baru-baru ini sebenarnya menindas golongan-golongan tertentu? Kes liwat ini dilihat oleh kebanyakan golongan gay di Malaysia sebagai satu tekanan yang amat dahsyat ke atas diri mereka. Bukan hak untuk bebas dari kesalahan undang-undang, tetapi diskriminasi ke atas mereka. Sudahlah satu dosa dan kesalahan di atas kertas dan agama, mereka ditekan dengan amat teruk sekali. Sebagai seorang manusia yang punya biasa, dari fikiran Yuss, jika kita tekan, kita paksa, kita seksa manusia-manusia lain, ini satu bentuk penindasan yang boleh dianggap berdosa. Kenapa tidak menggunakan penekanan kaunseling atau perubahan minda masyarakat semuanya terlebih dahulu sebelum menghukum?

Bagaimana pula dengan hak asasi individu di Malaysia dalam konteks gay? Kelab malam-kelab malam gay, sauna-sauna gay, rumah-rumah urut gay, walaupun diserbu tetap berjalan lancar dan ada antaranya yang beroperasi lebih dari 20 tahun dahulu. Bukankah kerajaan sekarang cukup liberal ke atas golongan gay ini? Tetapi dalam masa yang sama, menggunakan isu gay ini untuk menakutkan rakyat, menjatuhkan individu. Bukankah ini melanggar hak hidup seseorang individu itu? Ya, sebatan dan penjara 20 tahun menanti golongan2 peliwat ini, tapi mengapakah pula perlu diperbesarkan secara radikal seperti kes Anwar ini? Banyak lagi kesalahan lain yang boleh dilibatkan. Kenapa meliwat, terliwat, dan diliwat?

Bayangkan jika Pas memerintah? Adakah undang-undang Islam yang sebenar akan dilaksanakan? (Tak mungkin juga Pas boleh memerintah seorang diri as a single parti yang berkuasa) Dan jika dilihat Kelantan sejak 20 tahun yang lalu, tiada pun hukum hudud atau sebatan atau bunuh atas nama agama dibuat. Maka, jaminan Pas untuk melaksanakan hukum Islam sebenarnya tidak akan terjadi jika mereka memerintah. Apakah patut mereka perlu diberi peluang bersama2 pembangkang2 yang lain atas nama Pakatan Rakyat memerintah? Cukup dulu isu politik. Jangan terpesong. =)

Kita hidup di Malaysia ini dalam stereotaip yang teruk ke atas golongan gay. Walaupun undang2 Islam memerlukan sekurang-kurangnya 4 saksi dan ini mungkin suatu kesukaran untuk terlaksana, Yuss rasa kita tidak perlu menjarakkan diri dengan mereka seperti ini. Biarlah ia urusan antara dirinya dengan Tuhan. Selagi kita tidak punya bukti yang kukuh, kita tidak perlu ambil perhatian. Sifat curiga dan buruk sangka inilah yang boleh memecahbelahkan masyarakat kita. Yuss tidak kata Yuss menghalalkan sifat gay, tapi janganlah menggunakan mereka atas tujuan memecahbelahkan masyarakat. Ini bahaya. Ini tidak menjamin masa depan yang elok. Ia akan tercatat dalam sejarah kita. Ia akan jadi rujukan yang buruk buat kita. Dan liwat ini hanyalah satu daripada cabang kecil kesalahan manusia berlandaskan agama. Tidak perlulah dijadikan isu nasional yang teruk. Mungkin budaya kita tidak biasa dengan kes ini tapi janganlah dibiasakan pulak di dalam media. Sejak 10 tahun yang lalu, lagi dibuka pekung gay ini secara berleluasa (kes Anwar 1998), selagi macam satu kebiasaan atau normal untuk diterima masyarakat untuk menghina dan membunuh golongan gay ini. Atau juga, lagi membuka mata masyarakat untuk menerima mereka?

Cukup2 la kita bicarakan kes liwat secara terbuka. Ia memalukan. Sebab? Ia kisah peribadi, kisah bilik tidur. Walaupun salah, ia hanya perlu dibicarakan sesama hakim, sesama peguam di dalam mahkamah. Bukan di luar. Bukan di kedai kopi. Salah dan betul biar mahkamah yang tentukan. Yuss tahu kita manusia biasa yang suka hidup dalam suasana penuh konspirasi, penuh teori, penuh spekulasi kerana ia merangsangkan. Tapi dalam masa yang sama, kita kena ingat batasannya dalam mengaibkan hidup orang lain.

Batasannya? Diri kita sendiri.

Yuss kaki liwat?

Photo by Google.

Sunday, 29 June 2008

Reformasi atau Formasi Politik?

Semalam, Anwar Ibrahim dituduh sekali lagi dengan kes baru meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Umur 23 tahun.

Salah siapa? Apa politik itu memang kotor? Apa politik itu memang hina? Jika kotor dan hina, bukankah bercanggah dengan hukum Islam? Suci dan bersih? Kenapakah kes seperti ini boleh berulang sekali lagi selepas 10 tahun berlalu? Kejadian pertama 1998 banyak mengajar kita. 1998 juga mengajar kita bahawa peristiwa ini terjadi akibat terdesak. Terdesak. Dan terdesak.

Dalam kes terbaru ini, perkara pertama yang berlegar dalam kepala Yuss betapa terdesaknya kerajaan. Takut. Gelisah. Sama seperti 1998. Goyah. Bukankah sepatutnya kerajaan sekarang tidak perlu panik. Buat apa tunjukkan kelemahan sendiri? Masih terlalu awal untuk meramal. Walaupun tempoh sehingga 16 September semakin hampir. Lagi hampir lagi terserlah kekotoran kerajaan. Kenapa? Kenapa tidak mahu dan tidak bijak menggunakan cara betul? Adakah Yuss kecewa dengan tindakan kerajaan ini? Kecewa. Walaupun Pak Lah menafikan penglibatan BN, kenapa perlu statement ini keluar? Dan kenapa pula Pak Lah arahkan polis buat sisatan lebih terperinci ke atas kes ini? Kenapa kes saman, kes-kes lain yang melibatkan Anwar tidak diarahkan dengan cara yang sama? Kenapa perlu masuk ke dalam media arus perdana? Kenapa kes-kes yang lain tidak? Kenapa?

Maklumat yang Yuss baca, Yuss lihat mengenai budak Saiful ini amat mengejutkan. Umur 23. Tidak lepas Uniten. Bukan latar belakang akademiknya jadi persoalan, tetapi umurnya. Umur 23 terlalu manis. Dan benarkah beliau dipaksa atas nama duit? Ini satu fitnah jika Yuss persoalkan. Biar ia jadi persoalan pak-pak polis kita. Tapi, kenapakah Anwar gelisah Saiful hilang 2 hari tanpa diketahui? Sekali lagi, biarlah ianya jadi kes pak-pak polis yang tentukan. Segala persoalan2 yang timbul ini berilngkar di alam siber ini. Benar dan salah tak siapa dapat tentukan. Fitnah atau realiti Yuss sendiri tak dapat tentukan. Bukan takut meluahkan isi hati, tapi sekadar berhati-hati.

Ada juga yang kata pisang tak berbuah dua kali. Jika benar Anwar tak bersalah, kenapa perlu bersembunyi tak seperti 1998 menjaja diri ke sana sini sebelum tercekup dan tersungkur di dalam lokap? Kemana menghilangnya Anwar? Atau beliau punya strategi lebih bijak? Atau beliau sudah tahu kebenarnnya? Atau beliau cuba perdayakan sistem kepolisan dan kehakiman negara?

Yang pasti, 1998 tidak sama dengan 2008. Walaupun ada ahli politik yang sangka tetap ada rakyat yang boleh diperdaya seperti dulu, biarlah mereka dengan andaian mereka. Mungkin ada, tapi mungkin juga bilangannya semakin mengecil. Rakyat, atau orang biasa 2008 lebih terbuka mindanya. Lebih membaca pemikirannya. Lebih melihat wacana imiginasinya. Tidak terikat pemikirannya pada satu sumber seperti sebelum 1998. 1998 tidak ada pemikiran kritis akhbar-akhbar siber yang bebas, tidak ada tayangan YouTube yg boleh diulang-ulang. Tidak ada laman sesawang yang terbentang luas jumlahnya dan dalam masa yang sama tidak tahu mana betul mana bohongnya. Cuma yang ada sekarang ini, minda rakyat atau orang biasa yang TERDEDAH kepada maklumat. Benar ia ibarat berilmu tanpa bertuan. Mungkin menyesatkan. Tapi jika tidak berilmu langsung dan bodoh lagi jijik rasanya. Kalau sesat dan terpesong boleh diluruskan. Kalau tak berilmu langsung? Ke lubang Jahanamlah jawabnya!

Detik-detik mendatang pastinya akan lebih menarik untuk kita lihat. Penuh konspirasi. Penuh teori.

Semoga berjaya POLITIK MALAYSIA.

Sunday, 25 March 2007

Naluri Seorang Lelaki...




Am I homosexual, bisexual or just… SEXUAL? One thing for sure punye... I’m not straight! LOL!!!


I do consider myself as a homo before as I feel enjoy having sex with men, up until now, and tomorrow, and the day after tomorrow, and in the future and forever-evernyelah! But… I do have feeling kat kaum Hawa too… So macamana? Am I a bisexual now? Dengan pompuan pun pernah la jugak ringan2 dulu. Tapi mungkin atas sebab faktor dominannya towards men, sampai terlupa pulak kat pompuan2 ni kan? Kan? Kan? Hahaha… Terlupa atau berubah? Aduhhhh… takutnya kalau difikir-fikirkan. Or am I just… sick?

Whatever it is, before this, Yuss selalu keluarkan ayat ni… “Setiap orang kat dunia ni adalah BISEXUAL.”

Kenapa? Lelaki yang mengaku straight akan tetap straight sehinggalah dia terpaksa atau secara tak sengaja ingin meniduri kaum sejenis. Mungkin selepas dah explore semua jenis manusia mereka akan memilih jalan hidup memasing untuk satu tempoh masa sama ada straight, homo or even enjoy dua2 skali. Sebabnya kalau ada la lelaki yang main ngan lelaki dulu tapi lepas tu cuba ngan pompuan and after that dia akan rase lebih selesa ngan kaum hawa, mereka mungkin dapat bertahan lama dalam hubungan straight ini, contohnya sampai 20-30 tahun, tapi disebabkan ‘peristiwa’ or ‘sejarah’ lama, meraka MUNGKIN akan mengulanginya semula atau mencuba selepas tempoh tu.

(Note : Semua ni apply to all genders, tak kira lelaki, pompuan, or transexual)

Or maybe ada golongon yang tak pernah langsung terpikir nak buat bende2 terlarang dari normal ni akan terpikir juga nak buat. Yuss akan letakkan mereka ni dari golongan ‘curious’. Manusia ni sentiasa ingin mencuba dan penuh rasa ingin tahu. Betul tak? Sebab kita ada perasaan. Dan mencari suatu kelainan itu adalah naluri semulajadi manusia.

Mungkin jugak Yuss salah, sebab bende ni subjektif. Kalau tengok dua2 gambar kat atas tu secara berasingan, Yuss bernafsu sama sahaja kat dua2nya. Ade rase teruja dan naik syahwat bile tengok. Bagaimana pula kalau Yuss kata Yuss suka jugak tengok laki cantik yang pakai baju pompuan? Or pompuan yang nampak tough and dominant? Apakah kategori yang boleh Yuss letakkan pada seseorang tu? Sexual? Sebab Yuss suka let the chemistry yang tentukan bile lihat seseorang tu. Tapi mereka semua ni masih lagi kenalah dalam spesies yang sama, Homo sapiens!!!

Dan bagaimana pulak kalau seseorang tu suka main ngan spesies selain manusia? Adakah mereka ni kita kategorikan sebagai pesakit mental? Kalau mereka sakit, kita yang abnormal melakukan hubungan seks sejenis pun sama dikira sakit. Kenapa dan ape bezanya mereka ni? Adakah kita hipokrit? Mereka hanya bernafsu pada binatang. Kita hanya bernafsu pada manusia. Mungkin kita dikategorikan ‘curious’ oleh ‘pencinta haiwan’ ini. So siapakah yang berhak mengkategorikan kita? Kuasa siapakah yang mengeluarkan HOMOSEXUAL dari list penyakit kat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) beberapa dekad dahulu? Maknanya homosexual pernah diiktiraf sebagai suatu penyakit suatu masa dahulu. And even until now ianya haram according to some religions like Islam and Christianity.

Yang penting adalah how do we control our mind. Jangan letakkan ‘nafsu’ mengatasi ‘akal’. Manusia bijak tahu mana baik buruknya sesuatu bende jika dia ingin berubah. Adakah Yuss ingin berubah? Mungkin tidak. Yuss hanya tak ingin ‘terlupa’. Sebab Yuss rasa Yuss bukan manusia bijak, tapi manusia berakal.

Kesimpulannya? Yuss is… SEXUAL.

Photos by Google.