Thursday 22 March 2007

Mukhsin oh Mukhsin


Semalam setelah sekian lama tak menonton wayang, Yuss telah pergilah tengok citer Mukhsin ni. Walaupun pergi tanpa sebarang rasa excited dan pikir macam2 apakah kelainan yang ingin dibawa oleh Yasmin Ahmad dalam filem terbarunya ini, tapi selepas menonton, Yuss agak bangga dengan karya beliau. Walaupun Yuss akui tak lah sehebat mana seperti mana yang digembar-gemburkan selepas kemenangan di Festival Filem Berlin baru2 ni. Namun, ia berlainan dari Sepet dan Gubra (2 filem sebelumnya yang Yuss tonton sewaktu kat UK sebab belajar kat sana dulu) walaupun ade kaitan antara satu sama lain.

Idea dan cetusan minda beliau menghasilkan filem sebegini agak ke depan jika dibandingkan filem2 pasca melayu terkini atau tidak kurang pun 20 tahun sebelumnya. Jarang Yuss nak tengok citer melayu yang tak membosankan dari awal hingga akhir (durasi filem biasanya dalam 2 hingga 3 jam). Yasmin Ahamad berjaya dalam hal ini.

Yang pasti, Yuss cuba letakkan kategori filem ini sebagai Filem Kanak-Kanak hanya kerana pada temanya. Ianya ringan, dan mudah difahami oleh budak2 (kecuali ending ceritanya, sebab ade bebudak dalam lingkungan 10 - 12 tahun duduk depan Yuss kat pawagam tertanya2 kat mak dia, 'dah habis ke?', 'kenapa tamat camtu je?'). Disinilah Yuss rasa kekurangan pengarahnya memahami penonton2 muda (kanak-kanak) sebab beliau telah meletakkan temanya ke arah golongan kecil ini terlebih dahulu. Yuss dapat rasakan yang Yasmin hanya cuba memuaskan hati penonton dewasa terutama sekali yang mengikuti perkembangan filem2 beliau yang terdahulu.

Apa yang pasti, Yuss bagilah 3 1/2 bintang untuk Mukhsin sebab Yuss rasa tak puas menontonnya. Taktau lah tang mana yang tak puas tu. Mungkin Yuss inginkan kelainan dari Yasmin. Adakah beliau takut untuk keluar dari kepompong genre filem terdahulunya atau beliau masih menyimpan misteri untuk filem2nya yang akan datang? Yuss tak pasti. Jika orang sekeliling Yuss yang dah biasa dengan industri hiburan dan penerbitan kata Yasmin selalunya buat filem bukan kerana wang tapi kerana minat, takkan sampai bile2 pun masih dengan idea yang sama dan melupakan peminat2nya? Takkan tak nak mengerti jiwa penonton awam?

Siapa lagi yang kita boleh harapkan dalam industri filem Malaysia? Yusuf Haslam? Tolong.... lah! Jika dulu Yuss pergi menonton filem The Red Kebaya (ingatkan kononnya pengarah muda ni harapan negara, tapi tak boleh harap!) dengan penuh rasa excitednya tapi balik dengan rasa kecewa yang teramat sangat, harap selepas ni filem '1957' arahan Suhaimi Baba pula akan membawa satu lagi kelainan dalam dimensi baru dunia perfileman tempatan. Semua ini kerana Yuss tak nak bergantung pada seorang pengarah sahaja yang boleh diharap (Yasmin la sape lagik) dalam industri kita.

Banyak lagik filem tempatan dengan judul menarik serta pelakonnya yang akan keluar nanti. Yuss harap2 sangat ianya tak mengecewakan. Chermin, Sumolah adalah antara cerita dalam pemerhatian Yuss... Kalau kecewa jugak, bermakna seriklah Yuss nak menghabiskan duit nak menonton FILEM MALAYSIA. Hanya Yasmin dan karyanya sajalah yang akan jadi perhatian Yuss (walaupun mungkin menonton setahun sekali untuk filem tempatan di pawagam)...

Adios Filem Malaysia...

Photo by Google.

No comments: