Monday 16 June 2008

Malaysia 50+


Malaysia. Terlalu komplikated. Sudah 50 tahun lebih umurnya. Usang. Matang.

Bila berbicara tentang Malaysia, pastinya suasana politik pacsa pilihanraya ke-12 menjadi persoalan. Pak Lah. Mahathir. Anwar. Sesetengahnya membosankan. Jengkel. Busuk. Tapi mungkin juga ada yang wanginya. Atau sekadar natural.

Minyak. Makanan. Inflasi. Semuanya naik harga. Tiada satu pun yang kurang. Oh yea, cuma satu sahaja yang merudum. Ekonomi. Yang tetap tak berubah, harga atau nilai RM0.20 untuk masuk ke dalam tandas awam (secara puratanyalah).

Ade yang kata ini hanyalah putaran ekonomi. Putaran perniagaan. Putaran kehidupan. Naik turun adalah untuk kestabilan jangka panjang. Tapi, siapa yang mengawalnya? Pemimpin? Peniaga? Spekulator? Yang pasti bukannya pembeli. Kenapa sifat berkuasa, atau kasta masyarakat tetap wujud? Kerana mereka semuanya manusia. Manusia.

Yang jelas, Yuss dapat rasakan buat pertama kalinya sebagai seorang manusia, kesan dan akibat menjadi Malaysian. Luaran amat indah dan aman. Dalamnya? Bercelaru. Diam. Senyap. Tapi jika tercuit sedikit, pastinya meletus bom jangkanya. Meletup. Malaysia ni kalau manusia, ibarat berbintang Taurus. Senyap dan berkumpul kesabaran. Tapi panas barannya susah nak dipadam.

Berbalik isu politik? Siapakah bertanggungjawab? Sekali ditanya, subjektif jawapannya. Pilihanraya dulu kita memilih individu. Bukan parti politik. Itu analisis pakar. Tapi, betulkah tindakan itu? Yuss kini dapat merasai sedikit ketidaksenangan hati bila parti politik kini lebih berkuasa dari individu di dalamnya. Gusar dan kecewa kerana atas nama parti politik, sifat individu terhakis. Pas secara terang membantah konsert rock and dangdut di Stadium Shah Alam sempena Piala Sultan Selangor. Bukan individu Pas yang membantah tapi melalui saluran atau cabang dalam parti itu sendiri. Ini tak sepatutnya berlaku. Begitu juga UMNO. Menggugurkan Tan Sri Sanusi di UIA. Apakah kuasa dan rasional tak disekalikan dalam keputusan? Parti itu lebih agung dari kehendak masyarakat? Memang tiada tindakan yang sempurna, tapi kebijakkan membuat tindakan itulah yang jadi tunjang rakyat melihat. Parti itu bukan negara. Parti itu bukan kuasa. Parti ialah platform. Untuk mentadbir negara.

Secara peribadi, Yuss menyokong langkah-langkah menaikkan harga minyak. Kerajaan sekarang tidak perlu takut. Jika difikirkan tepat, buat. Kita terlalu dimanjakan. Kembalilah kita mengikut aturan masyarakat antarabangsa. Sesama merasai kesusahan, atau senang. Untung mengekport minyak kita, lebih baik disubsidikan dalam bende lain seperti makanan atau pelajaran. Kenapa pula perlu disubsidikan ke atas minyak juga? Bukankah lebih elok? Yang kita sibuk2 marah nak subsidi minyak buat apa? Malaysia mengeksport minyak tak sampai 5 tahun lagi je. Lepas tu kita mula mengimport. Kenapa kita tidak mahu bersedia dari sekarang? Kenapa perlu menunggu sehingga semuanya dah habis? Kenapa? Tengoklah apa yang terjadi bila harga minyak naik hampir 40-50% baru-baru ini secara mendadak. Kita kawal terlalu lama dah bila dah tak tahan, naik melonjak bagai nak rak. Belajar dari kesilapan itu. Tak mahu jugak, baik pegi mampos je senang cerita. Tamat. Amin.

Masih jauh lagi Malaysia. Jauh. Kurang 50 tahun lagi, Sabah dan Sarawak pulak akan punya isu kenegaraannya. Baik dipikirkan dari sekarang. Jangan tinggal 2-3 tahun lagi tinggal baru nak kelam kabut. Sekarang ni sepatutnya kelam kabut.

Kita banyak isu. Kita banyak masalah. Tapi kita ada akal. Kita ada sumber. Penentunya? Rakyat biasa sendirilah yang bertanggungjawab.

Malaysia kelam. Malaysia kabut. Itulah bumiku.

Photo by Google.

No comments: