Friday, 23 March 2007

Are We Really Racist?

Are we really racist? Inilah yang sentiasa bermain dalam kepala Yuss. I’m sure ramai antara kita yang kata dah bosan dengan issue ini. But then again, this bende lah yang buat Yuss rasa kurang senang sekali nak diperkatakan. I’m not sure if I’m racist. The incident yang berlaku a couple of weeks back buat Yuss betul2 sakit hati.

Before I came back to Malaysia after living in the UK for 3 years, I was really hoping Malaysians punya mentality towards racism berubah. Yelah, while I was there banyak bende yang Yuss belajar about culture and cara hidup orang sana. I know 3 years tak cukup lama, but still I learned banyak perkara from that period of time.

Kalau kita kat sini rase orang kat Barat racist, for examples la tentang Black American takkan jadi President of USA or illegal immigrants yang kebanyakannya dari negara2 membangun (African, Asian or even Latin America), Yuss rase apa yang kita katakan tu tak betul. Yes, memang diorang lari ke negara2 maju ni untuk mengubah hidup mereka, tapi bukan disebabkan kesalahan ‘bangsa’ mereka. I can see clearly depan mata sendiri betapa harmoni and intergratednye pergaulan antara kaum kat sana. Black, White, Latin and even Asian pun cukup mesra berinteraksi sesama diorang tak kira la di mana2 pun, macam kat pub, market, park and mana2lah walaupun berlainan kulit warna. Apa yang menyatukan mereka? BAHASA!

Kita kat sini? Yuss tak cakap semua. Hanya sekelompok kecil sahaja yang boleh berinteraksi dengan semua kaum (dalam erti kata lain, berfikiran terbuka or liberal). I was shocked bile balik sini and ‘cuba’ untuk memahami budaya Malaysia balik. Kerajaan dok melaung-laungkan satu dunia Malaysia terkenal kerana rakyat berbilang kaumnya hidup aman damai. Is it true?

Insiden Pertama :
Tempat, Midvalley Kuala Lumpur. Nama kedai, terpaksa dirahsiakan. Kedai bajulah. Yuss berkenan tengok satu baju T-shirt kat kedai tu dan tanyalah kat orang kedai tu ade tak saiz ‘S’. Muka si minah berbangsa Cina dengan pun senyum pun idak apa pun idak and terus kata takde. Kat situ lagik Yuss nak naik angin sebab skill ‘mesra pelanggan’nya takde. Tapi takpe. Yuss beredar ke tempat seluar sebab dah takde mood nak tengok muka si jurujual tu tadik. After 10 min dok round2 dalam kedai tu secara tak sengajanya Yuss berada betol2 dekat sebelah cashier. And si minah Cina yang tadi tu ade kat counter bersama2 dengan baju Yuss nak tadi (and tuhan nak tunjukkan kot, Yuss ternampak la saiz baju tu ‘S’ kat kolar) and seorang pembeli yang dah pegang duit kat tangan nak bayar. Dengan selamba, Yuss tanyalah si minah tu, tadi kata takde kat aku. Dia terkedu. Yuss balas lagik, “Ko ingat sebab aku tak mampu ke nak beli baju tu? “ and terus keluar dari kedai tu.
Alasan yang Yuss nampak and melayang dalam fikiran ialah Yuss tak nampak ‘kaya’ macam mamat yang berbangsa ‘Cina’ yang membeli tadi or sebab Yuss ‘Melayu’? Kuasa membeli Melayu tak sebesar bangsa Cina? Dari luaran, si minah Cina tadi tu bukanlah seperti orang biasa tapi nampak macam student yang keje part-time kat situ. Nak kata tak paham bahasa, Yuss ulang second time in English and still she said ‘No’ to my answer. Yuss still berfikiran positif, dah takde rezeki nak beli baju tu… takpelah…

Insiden Kedua :
Yuss ni kan rajin la nak berchatting kat dalam internet. And sejak balik ke sini ni buatlah la perangai lama balik duduk berejam2 depan komputer and masuk chat kat mirc. Yuss biasanya chat kat dalam channel *gaymalaysia and *sayangabang. Satu hari tu ade la sorang mamat ni PM Yuss and kitorang pun bersembang la camni…

tech_cute_pj > hi, asl? im 26 172 69 chi pj

Yuss > hi im 25 mly

tech_cute_pj > I dun like malays. U lazy race. Always took our money!!!

Yuss > ermmm…. Whats ur problem? Do I know u?

tech_cute_pj > no, u r the one with problem. Born lazy. I dun wanna have sex with u, smelly races. Just because we’re richer than u dun think u can control and take our money. I hate MALAY!

Yuss > I will report u if dun stop talking like this. Coz I can track ur IP address.

tech_cute_pj > Report la, who cares. Ur government ppl sucks! Even all malay polices like to take bribe. Took our money. U know what, most Chinese in this country want to change to a new government. We want Chinese Prime Minister. We want to be like Singapore… rich and undisturb by lazy races like u. Go and read all the Chinese ppl blogs in the internet and u will know!

(Note : Nama nickname tech_cute_pj adalah apa yang dia gunakannya. Still pakai sebab Yuss selalu nampak dia online pakai nick yang sama.)

I have to stop the conversations with him as its so annoying and childish. But then, cara dia tulis buat Yuss betol2 sakit hati. Yes, internet tempat kita berinteraksi or cari apa2 tanpa halangan. Tapi, entahlah. For the whole night I can’t sleep thinking about what he says. Yuss memang ade niat nak buat report polis or Kementerian Telekomunikasi whatsoever but perlu ke?

Yuss tak pernah la alami trauma macam tu sekali. Walaupun sekejap, tapi still Yuss masih teringatkan bende2 ni. Apa yang Yuss boleh katakan, kita di Malaysia ni masih lagi belum berpijak di bumi yang nyata dalam asas perkauman. Kalau apa2 lah perkara besar yg berlaku akibat unsur perkauman, negara ini akan pecah belah. Percayalah. Kita sebenarnya berpijak pada bara api yang boleh meletus bile2 masa.

Bagaimana kite perlu berubah? 50 tahun merdeka tak semestinya menjanjikan kemerdekaan minda tentang perkauman untuk 50 berikutnya. Siapa yang harus kite letakkan tanggungjawab ni? Kerajaan? Mereka pun bermain api perkauman hanya untuk tujuan politik. Individu pada diri sendirilah yang perlu berubah.

Ape yang Yuss boleh simpulkan secara kasar dan beratnya nak menulis ialah MALAYSIA dibina pada asas yang TIDAK kukuh. Jika asas negara kukuh, maka rakyatnyalah beruntung. Bukan Yuss minta perlembagaan negara diubah, tapi diperbaiki (mengenai status kaum di Malaysia). Kerana di situlah asas yang perlu kite selidiki semula kalau nakkan rakyat berubah.

No comments: