Sunday 29 June 2008

Reformasi atau Formasi Politik?

Semalam, Anwar Ibrahim dituduh sekali lagi dengan kes baru meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Umur 23 tahun.

Salah siapa? Apa politik itu memang kotor? Apa politik itu memang hina? Jika kotor dan hina, bukankah bercanggah dengan hukum Islam? Suci dan bersih? Kenapakah kes seperti ini boleh berulang sekali lagi selepas 10 tahun berlalu? Kejadian pertama 1998 banyak mengajar kita. 1998 juga mengajar kita bahawa peristiwa ini terjadi akibat terdesak. Terdesak. Dan terdesak.

Dalam kes terbaru ini, perkara pertama yang berlegar dalam kepala Yuss betapa terdesaknya kerajaan. Takut. Gelisah. Sama seperti 1998. Goyah. Bukankah sepatutnya kerajaan sekarang tidak perlu panik. Buat apa tunjukkan kelemahan sendiri? Masih terlalu awal untuk meramal. Walaupun tempoh sehingga 16 September semakin hampir. Lagi hampir lagi terserlah kekotoran kerajaan. Kenapa? Kenapa tidak mahu dan tidak bijak menggunakan cara betul? Adakah Yuss kecewa dengan tindakan kerajaan ini? Kecewa. Walaupun Pak Lah menafikan penglibatan BN, kenapa perlu statement ini keluar? Dan kenapa pula Pak Lah arahkan polis buat sisatan lebih terperinci ke atas kes ini? Kenapa kes saman, kes-kes lain yang melibatkan Anwar tidak diarahkan dengan cara yang sama? Kenapa perlu masuk ke dalam media arus perdana? Kenapa kes-kes yang lain tidak? Kenapa?

Maklumat yang Yuss baca, Yuss lihat mengenai budak Saiful ini amat mengejutkan. Umur 23. Tidak lepas Uniten. Bukan latar belakang akademiknya jadi persoalan, tetapi umurnya. Umur 23 terlalu manis. Dan benarkah beliau dipaksa atas nama duit? Ini satu fitnah jika Yuss persoalkan. Biar ia jadi persoalan pak-pak polis kita. Tapi, kenapakah Anwar gelisah Saiful hilang 2 hari tanpa diketahui? Sekali lagi, biarlah ianya jadi kes pak-pak polis yang tentukan. Segala persoalan2 yang timbul ini berilngkar di alam siber ini. Benar dan salah tak siapa dapat tentukan. Fitnah atau realiti Yuss sendiri tak dapat tentukan. Bukan takut meluahkan isi hati, tapi sekadar berhati-hati.

Ada juga yang kata pisang tak berbuah dua kali. Jika benar Anwar tak bersalah, kenapa perlu bersembunyi tak seperti 1998 menjaja diri ke sana sini sebelum tercekup dan tersungkur di dalam lokap? Kemana menghilangnya Anwar? Atau beliau punya strategi lebih bijak? Atau beliau sudah tahu kebenarnnya? Atau beliau cuba perdayakan sistem kepolisan dan kehakiman negara?

Yang pasti, 1998 tidak sama dengan 2008. Walaupun ada ahli politik yang sangka tetap ada rakyat yang boleh diperdaya seperti dulu, biarlah mereka dengan andaian mereka. Mungkin ada, tapi mungkin juga bilangannya semakin mengecil. Rakyat, atau orang biasa 2008 lebih terbuka mindanya. Lebih membaca pemikirannya. Lebih melihat wacana imiginasinya. Tidak terikat pemikirannya pada satu sumber seperti sebelum 1998. 1998 tidak ada pemikiran kritis akhbar-akhbar siber yang bebas, tidak ada tayangan YouTube yg boleh diulang-ulang. Tidak ada laman sesawang yang terbentang luas jumlahnya dan dalam masa yang sama tidak tahu mana betul mana bohongnya. Cuma yang ada sekarang ini, minda rakyat atau orang biasa yang TERDEDAH kepada maklumat. Benar ia ibarat berilmu tanpa bertuan. Mungkin menyesatkan. Tapi jika tidak berilmu langsung dan bodoh lagi jijik rasanya. Kalau sesat dan terpesong boleh diluruskan. Kalau tak berilmu langsung? Ke lubang Jahanamlah jawabnya!

Detik-detik mendatang pastinya akan lebih menarik untuk kita lihat. Penuh konspirasi. Penuh teori.

Semoga berjaya POLITIK MALAYSIA.

Tuesday 24 June 2008

What is Love?


Apa itu cinta? Cinta itu buta? Bermata? Atas sekadar falsafah? Atau cinta itu sifatnya seperti manusia? Ada orang kata cinta itu perasaan. Cinta itu naluri. Keinginan. Indah. Manis. Kenangan. Cinta itu juga membunuh. Kotor. Keji. Kejam. Jika semua sifat ini ada dalam cinta, maka cinta itu bukan subjek. Tapi objek. Lentur. Mungkin cinta itu virus. Mungkin. Atau juga mungkin juga cinta itu dadah. mengkhayalkan. Atau arak yang memabukkan. Maka, cinta itu haram? Bagaimana pula kalau cinta itu manis, ibarat cekodok pisang? =) Halal. Dan cinta yang dijual beli pula kemana penyudahnya?

Yuss derhaka pada cinta. Sebab? Yuss bosan bila orang berkata perihal cinta. Kenapa mereka sukar untuk bercinta. Sukar mempercayai cinta. Sukar menerima cinta. Tapi dalam masa yang sama, tidak mahu keseorangan. Memerlukan. Geram dengan mereka seperti ini. Kenapa perlu persoalkan hal cinta. Cinta bukan falsafah. Cinta bukan berkeinginan. Cinta itu... objek. Diri kita sendirilah yang bertanggungjawab untuk pegang, simpan atau buang cinta itu. Dan Yuss tidak mahu lagi dipersoalkan tentang hal cinta. Ia hak peribadi. Ia hak masing-masing. Perlukah cinta itu didiskusikan? Ya, Yuss marah. Analoginya sama sahaja seperti seseorang itu terjumpa suatu barang berharga, duit contohnya. Atau sebiji mempelam sekalipun. Diambil? Disimpan? Dipulangkan? Tapi kepada siapa? Polis? Hak itu terserah pada diri kita sendiri. Tapi adakah kita akan canangkan kepada satu dunia yang kita punya barang itu? Menjerit bangga kita kaya, kita hebat dengan objek yang kita jumpa itu? Tidak bukan? Sama jugalah dengan cinta. Hak peribadi. Perlukah kita persoalkan tentang cinta itu sampai ke mati? Perlukah dibincangkan sampai terlupa hilang kemanakah cinta itu? Cinta perlu digenggam.

Yuss mungkin benci pada manusia. Tak pernah puas. Berulang kali Yuss ulangkan kata-kata ini. Tak pernah puas. Itu sifat manusia yang Tuhan ciptakan. Bukan salah Tuhan. Tuhan sekadar menguji. Manusia... bila jumpa saja cinta, mulalah dipersoalkan. Mulalah jadi tak keruan. Mulalah bermain perasaan. Mulalah salahkan diri sendiri. Takut pada diri sendiri. Mulalah membenci. Tak salah. Tak juga betul. Itu kalau kita ciptakan cinta itu ibarat dadah. Ibarat arak. Tak keruan. Bukankah Yuss katakan kita berhak atas cinta. Hak kita adalah membentuk cinta. Kita yang isikan, yang mengenyangkan perut cinta itu. Cinta itu objek. Janganlah jadikan cinta itu seperti dadah dan arak. Kenapa tak jadikan cinta itu sesuatu yang punya tujuan? Inilah masalahnya dengan manusia.

Mungkin Yuss salah dalam erti cinta. Tapi Yuss bangga dengan cinta yang Yuss ada. Yuss hargainya setiap saat. Tak pernah menyesal. Bersyukur adalah. Bukan Yuss bangga dengan cinta yang Yuss ada. Tapi Yuss hargainya. Yuss tak kata Yuss sayangkan cinta Yuss. Yuss bukan juga hamba kepada cinta Yuss. Cinta Yuss adalah objek yang Yuss akan simpan sampai mati. Takkan Yuss bagi kepada orang lain. Kerana cinta Yuss itu punya harga. Tercabut nyawa Yuss bermakna tercabut juga cinta Yuss dari jasad Yuss.

Hargailah cinta. Jangan PERSOALKAN. Dan bersyukur bila dah dapat. Jadilah manusia yang bersyukur.

Yuss ada cinta.

Photo by Google.

Monday 16 June 2008

Malaysia 50+


Malaysia. Terlalu komplikated. Sudah 50 tahun lebih umurnya. Usang. Matang.

Bila berbicara tentang Malaysia, pastinya suasana politik pacsa pilihanraya ke-12 menjadi persoalan. Pak Lah. Mahathir. Anwar. Sesetengahnya membosankan. Jengkel. Busuk. Tapi mungkin juga ada yang wanginya. Atau sekadar natural.

Minyak. Makanan. Inflasi. Semuanya naik harga. Tiada satu pun yang kurang. Oh yea, cuma satu sahaja yang merudum. Ekonomi. Yang tetap tak berubah, harga atau nilai RM0.20 untuk masuk ke dalam tandas awam (secara puratanyalah).

Ade yang kata ini hanyalah putaran ekonomi. Putaran perniagaan. Putaran kehidupan. Naik turun adalah untuk kestabilan jangka panjang. Tapi, siapa yang mengawalnya? Pemimpin? Peniaga? Spekulator? Yang pasti bukannya pembeli. Kenapa sifat berkuasa, atau kasta masyarakat tetap wujud? Kerana mereka semuanya manusia. Manusia.

Yang jelas, Yuss dapat rasakan buat pertama kalinya sebagai seorang manusia, kesan dan akibat menjadi Malaysian. Luaran amat indah dan aman. Dalamnya? Bercelaru. Diam. Senyap. Tapi jika tercuit sedikit, pastinya meletus bom jangkanya. Meletup. Malaysia ni kalau manusia, ibarat berbintang Taurus. Senyap dan berkumpul kesabaran. Tapi panas barannya susah nak dipadam.

Berbalik isu politik? Siapakah bertanggungjawab? Sekali ditanya, subjektif jawapannya. Pilihanraya dulu kita memilih individu. Bukan parti politik. Itu analisis pakar. Tapi, betulkah tindakan itu? Yuss kini dapat merasai sedikit ketidaksenangan hati bila parti politik kini lebih berkuasa dari individu di dalamnya. Gusar dan kecewa kerana atas nama parti politik, sifat individu terhakis. Pas secara terang membantah konsert rock and dangdut di Stadium Shah Alam sempena Piala Sultan Selangor. Bukan individu Pas yang membantah tapi melalui saluran atau cabang dalam parti itu sendiri. Ini tak sepatutnya berlaku. Begitu juga UMNO. Menggugurkan Tan Sri Sanusi di UIA. Apakah kuasa dan rasional tak disekalikan dalam keputusan? Parti itu lebih agung dari kehendak masyarakat? Memang tiada tindakan yang sempurna, tapi kebijakkan membuat tindakan itulah yang jadi tunjang rakyat melihat. Parti itu bukan negara. Parti itu bukan kuasa. Parti ialah platform. Untuk mentadbir negara.

Secara peribadi, Yuss menyokong langkah-langkah menaikkan harga minyak. Kerajaan sekarang tidak perlu takut. Jika difikirkan tepat, buat. Kita terlalu dimanjakan. Kembalilah kita mengikut aturan masyarakat antarabangsa. Sesama merasai kesusahan, atau senang. Untung mengekport minyak kita, lebih baik disubsidikan dalam bende lain seperti makanan atau pelajaran. Kenapa pula perlu disubsidikan ke atas minyak juga? Bukankah lebih elok? Yang kita sibuk2 marah nak subsidi minyak buat apa? Malaysia mengeksport minyak tak sampai 5 tahun lagi je. Lepas tu kita mula mengimport. Kenapa kita tidak mahu bersedia dari sekarang? Kenapa perlu menunggu sehingga semuanya dah habis? Kenapa? Tengoklah apa yang terjadi bila harga minyak naik hampir 40-50% baru-baru ini secara mendadak. Kita kawal terlalu lama dah bila dah tak tahan, naik melonjak bagai nak rak. Belajar dari kesilapan itu. Tak mahu jugak, baik pegi mampos je senang cerita. Tamat. Amin.

Masih jauh lagi Malaysia. Jauh. Kurang 50 tahun lagi, Sabah dan Sarawak pulak akan punya isu kenegaraannya. Baik dipikirkan dari sekarang. Jangan tinggal 2-3 tahun lagi tinggal baru nak kelam kabut. Sekarang ni sepatutnya kelam kabut.

Kita banyak isu. Kita banyak masalah. Tapi kita ada akal. Kita ada sumber. Penentunya? Rakyat biasa sendirilah yang bertanggungjawab.

Malaysia kelam. Malaysia kabut. Itulah bumiku.

Photo by Google.

The Periwinkle



Since Yuss adopted this 2 kids kat atas ni, Yuss rasa hidup ni banyak berubah. And now after dah jaga diorang, Cadbury and Ferrera, Yuss percaya kepada pet therapy. Kedua-duanya benar-benar merubah sikap dan perangai Yuss, walaupun mungkin pada skala kecil. Dari seorang yang bersikap panas baran, Yuss rasa diri Yuss sekarang banyak bersabar. Dan jika panas baran datang sekalipun, dengan melihat telatah, perangai, and raut wajah mereka sudah cukup untuk melegakan perasaan marah dalam badan ni.

Cadbury and Fererra jugalah yang membuka mata Yuss untuk tidak terlalu rigid, tidak terlalu taksub, tidak terlalu strict pada rutin harian hidup Yuss. Mungkin Yuss ade OCD syndrome, Obsessive Compulsive Disorder or whatever lah diorang panggil. Semuanya mesti tersusun, teratur, dan tepat dan tak boleh diubah. But, sejak ade mereka ni, Yuss banyak kurangkan perangai ni. More relax, biarkan diorang selerakkan the house, main-main and sometimes rosakkan barang. Kids! What do you expect kan from diorang? Hehehe... And kekadang tu still kencing merata-rata. Sapa kata Yuss tak mengamuk, but still... Semuanya under control. Yuss learn alot from this budak-budak.

And at the same time, merekalah juga pelengkap 'keluarga' Yuss. Rasa cukup sempurna. Ada partner yang sporting. Ada Cadbury Periwinkle. Ada Ferrera Periwinkle. =)

Photo by Dino

Sunday 15 June 2008

I'm back!

After more than a year I didn't update my blog here, Yuss rase this is the time for me to put my thoughts back ke dalam penulisan. I will try my best to tulis anything yang Yuss rase perlu untuk ditulis. Jika perlu. Banyak bende berlaku in the past one year and Yuss didn't share pun or jadikan diari simpanan sendiri untuk dikenang.

Terlalu banyak yang tertinggal but Yuss rase Yuss better look at the future and make promise to myself untuk menjadi lebih berdisplin. Tak kiralah menulis blog or apa saja.

Manusia mudah lupa.

Dan manusia mudah leka.

Yuss itu MANUSIA.