Sunday, 29 June 2008

Reformasi atau Formasi Politik?

Semalam, Anwar Ibrahim dituduh sekali lagi dengan kes baru meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Umur 23 tahun.

Salah siapa? Apa politik itu memang kotor? Apa politik itu memang hina? Jika kotor dan hina, bukankah bercanggah dengan hukum Islam? Suci dan bersih? Kenapakah kes seperti ini boleh berulang sekali lagi selepas 10 tahun berlalu? Kejadian pertama 1998 banyak mengajar kita. 1998 juga mengajar kita bahawa peristiwa ini terjadi akibat terdesak. Terdesak. Dan terdesak.

Dalam kes terbaru ini, perkara pertama yang berlegar dalam kepala Yuss betapa terdesaknya kerajaan. Takut. Gelisah. Sama seperti 1998. Goyah. Bukankah sepatutnya kerajaan sekarang tidak perlu panik. Buat apa tunjukkan kelemahan sendiri? Masih terlalu awal untuk meramal. Walaupun tempoh sehingga 16 September semakin hampir. Lagi hampir lagi terserlah kekotoran kerajaan. Kenapa? Kenapa tidak mahu dan tidak bijak menggunakan cara betul? Adakah Yuss kecewa dengan tindakan kerajaan ini? Kecewa. Walaupun Pak Lah menafikan penglibatan BN, kenapa perlu statement ini keluar? Dan kenapa pula Pak Lah arahkan polis buat sisatan lebih terperinci ke atas kes ini? Kenapa kes saman, kes-kes lain yang melibatkan Anwar tidak diarahkan dengan cara yang sama? Kenapa perlu masuk ke dalam media arus perdana? Kenapa kes-kes yang lain tidak? Kenapa?

Maklumat yang Yuss baca, Yuss lihat mengenai budak Saiful ini amat mengejutkan. Umur 23. Tidak lepas Uniten. Bukan latar belakang akademiknya jadi persoalan, tetapi umurnya. Umur 23 terlalu manis. Dan benarkah beliau dipaksa atas nama duit? Ini satu fitnah jika Yuss persoalkan. Biar ia jadi persoalan pak-pak polis kita. Tapi, kenapakah Anwar gelisah Saiful hilang 2 hari tanpa diketahui? Sekali lagi, biarlah ianya jadi kes pak-pak polis yang tentukan. Segala persoalan2 yang timbul ini berilngkar di alam siber ini. Benar dan salah tak siapa dapat tentukan. Fitnah atau realiti Yuss sendiri tak dapat tentukan. Bukan takut meluahkan isi hati, tapi sekadar berhati-hati.

Ada juga yang kata pisang tak berbuah dua kali. Jika benar Anwar tak bersalah, kenapa perlu bersembunyi tak seperti 1998 menjaja diri ke sana sini sebelum tercekup dan tersungkur di dalam lokap? Kemana menghilangnya Anwar? Atau beliau punya strategi lebih bijak? Atau beliau sudah tahu kebenarnnya? Atau beliau cuba perdayakan sistem kepolisan dan kehakiman negara?

Yang pasti, 1998 tidak sama dengan 2008. Walaupun ada ahli politik yang sangka tetap ada rakyat yang boleh diperdaya seperti dulu, biarlah mereka dengan andaian mereka. Mungkin ada, tapi mungkin juga bilangannya semakin mengecil. Rakyat, atau orang biasa 2008 lebih terbuka mindanya. Lebih membaca pemikirannya. Lebih melihat wacana imiginasinya. Tidak terikat pemikirannya pada satu sumber seperti sebelum 1998. 1998 tidak ada pemikiran kritis akhbar-akhbar siber yang bebas, tidak ada tayangan YouTube yg boleh diulang-ulang. Tidak ada laman sesawang yang terbentang luas jumlahnya dan dalam masa yang sama tidak tahu mana betul mana bohongnya. Cuma yang ada sekarang ini, minda rakyat atau orang biasa yang TERDEDAH kepada maklumat. Benar ia ibarat berilmu tanpa bertuan. Mungkin menyesatkan. Tapi jika tidak berilmu langsung dan bodoh lagi jijik rasanya. Kalau sesat dan terpesong boleh diluruskan. Kalau tak berilmu langsung? Ke lubang Jahanamlah jawabnya!

Detik-detik mendatang pastinya akan lebih menarik untuk kita lihat. Penuh konspirasi. Penuh teori.

Semoga berjaya POLITIK MALAYSIA.

No comments: