Tuesday, 24 June 2008
What is Love?
Apa itu cinta? Cinta itu buta? Bermata? Atas sekadar falsafah? Atau cinta itu sifatnya seperti manusia? Ada orang kata cinta itu perasaan. Cinta itu naluri. Keinginan. Indah. Manis. Kenangan. Cinta itu juga membunuh. Kotor. Keji. Kejam. Jika semua sifat ini ada dalam cinta, maka cinta itu bukan subjek. Tapi objek. Lentur. Mungkin cinta itu virus. Mungkin. Atau juga mungkin juga cinta itu dadah. mengkhayalkan. Atau arak yang memabukkan. Maka, cinta itu haram? Bagaimana pula kalau cinta itu manis, ibarat cekodok pisang? =) Halal. Dan cinta yang dijual beli pula kemana penyudahnya?
Yuss derhaka pada cinta. Sebab? Yuss bosan bila orang berkata perihal cinta. Kenapa mereka sukar untuk bercinta. Sukar mempercayai cinta. Sukar menerima cinta. Tapi dalam masa yang sama, tidak mahu keseorangan. Memerlukan. Geram dengan mereka seperti ini. Kenapa perlu persoalkan hal cinta. Cinta bukan falsafah. Cinta bukan berkeinginan. Cinta itu... objek. Diri kita sendirilah yang bertanggungjawab untuk pegang, simpan atau buang cinta itu. Dan Yuss tidak mahu lagi dipersoalkan tentang hal cinta. Ia hak peribadi. Ia hak masing-masing. Perlukah cinta itu didiskusikan? Ya, Yuss marah. Analoginya sama sahaja seperti seseorang itu terjumpa suatu barang berharga, duit contohnya. Atau sebiji mempelam sekalipun. Diambil? Disimpan? Dipulangkan? Tapi kepada siapa? Polis? Hak itu terserah pada diri kita sendiri. Tapi adakah kita akan canangkan kepada satu dunia yang kita punya barang itu? Menjerit bangga kita kaya, kita hebat dengan objek yang kita jumpa itu? Tidak bukan? Sama jugalah dengan cinta. Hak peribadi. Perlukah kita persoalkan tentang cinta itu sampai ke mati? Perlukah dibincangkan sampai terlupa hilang kemanakah cinta itu? Cinta perlu digenggam.
Yuss mungkin benci pada manusia. Tak pernah puas. Berulang kali Yuss ulangkan kata-kata ini. Tak pernah puas. Itu sifat manusia yang Tuhan ciptakan. Bukan salah Tuhan. Tuhan sekadar menguji. Manusia... bila jumpa saja cinta, mulalah dipersoalkan. Mulalah jadi tak keruan. Mulalah bermain perasaan. Mulalah salahkan diri sendiri. Takut pada diri sendiri. Mulalah membenci. Tak salah. Tak juga betul. Itu kalau kita ciptakan cinta itu ibarat dadah. Ibarat arak. Tak keruan. Bukankah Yuss katakan kita berhak atas cinta. Hak kita adalah membentuk cinta. Kita yang isikan, yang mengenyangkan perut cinta itu. Cinta itu objek. Janganlah jadikan cinta itu seperti dadah dan arak. Kenapa tak jadikan cinta itu sesuatu yang punya tujuan? Inilah masalahnya dengan manusia.
Mungkin Yuss salah dalam erti cinta. Tapi Yuss bangga dengan cinta yang Yuss ada. Yuss hargainya setiap saat. Tak pernah menyesal. Bersyukur adalah. Bukan Yuss bangga dengan cinta yang Yuss ada. Tapi Yuss hargainya. Yuss tak kata Yuss sayangkan cinta Yuss. Yuss bukan juga hamba kepada cinta Yuss. Cinta Yuss adalah objek yang Yuss akan simpan sampai mati. Takkan Yuss bagi kepada orang lain. Kerana cinta Yuss itu punya harga. Tercabut nyawa Yuss bermakna tercabut juga cinta Yuss dari jasad Yuss.
Hargailah cinta. Jangan PERSOALKAN. Dan bersyukur bila dah dapat. Jadilah manusia yang bersyukur.
Yuss ada cinta.
Photo by Google.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment