Tuesday 6 January 2009

Nyawa Palestin


2009 bermula dengan tragedi buruk bumi Palestin.

Yuss amat bersimpati dengan nyawa lebih 500 rakyat Palestin yang melayang.

Yuss tidak faham dimanakah kesilapan anak2 kecil yang terbunuh begitu sahaja.

Yuss juga tidak faham apakah justifikasi membunuh wanita atas nama mempertahankan diri oleh Israel.

Bukankah medan tempur suatu peperangan ialah MEDAN TEMPUR dan bukannya TEMPAT AWAM?

Nyawa manusia di bumi Palestin akan terus kekal sebagai bahan permainan. Permainan senjata pembunuh.

Yuss sendiri tidak pasti apakah yang mampu Yuss lakukan. Jika sewaktu di UK dahulu, Yuss akan memastikan tidak akan membeli sayur-sayuran dan buah-buahan yang punya label 'Product of Israel' yang jelas ada perkataan Israel. Alasan Yuss cukup mudah. Passport Yuss laku di seluruh dunia kecuali Israel. Tapi sekarang Yuss mati kutu. Produk2 yang jelas depan mata seperti ini tidak di jual di Malaysia.

Apakah benar, dengan tidak menonton filem2 buatan Hollywood, fesyen berjenama, francais restoran barat atau minum air berkabonat popular dunia menjustifikasikan perbuatan memboikot? Bukankah dengan membenarkan barang2 ini atau penjenamaan2 ini berada di bumi Malaysia sendiri telah menjadikan ia satu kesalahan? Kenapa setelah semua ini berada dan berlegar di bumi kita sejak dulu lagi baru kita nak mula boikot sekarang? Kenapa tak sekat sahaja terus barang2 ini dari berada dalam bumi kita sejak dahulu lagi? Bukankah wujud rasa double standard dalam diri kita bila perkara seperti ini terjadi?

Jika berjaya sekali pun boikot seperti ini, apa akan jadi selepas tidak memboikot lagi nanti? Bukankah duit untung semasa tidak memboikot di kemudian hari nanti akan tetap juga digunakan untuk membeli dan membuat senjata untuk membunuh nyawa Palestin? Maka sampai bilakah boikot ini patut berjalan? Apakah ada masa hadnya? Atau sekadar satu usaha kosong dengan hanya mempermainkan isu hangat yang sedia ada? Sekadar bermusim. Tanpa matlamat dan tujuan jangka panjang. Tanpa ada rangka dan perancangan tentang apakah alternatif lain yang kita ada.

Dan kenapakah semua ini seperti diserahkan bulat2 kepada usaha individu2 sahaja? Dan bukan atas nama mereka yang menguruskan negara? Atau Pak-Pak Menteri yang berkuasa? Yang membeli senjata bukan individu Israel tetapi negara Israel. Jadi, boikot bukanlah pilihan terbaik yang kita ada. Sekatan2 tertentu oleh sesebuah negaralah yang patut digunakan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Peringkat negara, bukan peringkat individu. Negara urusannya sama negara.

Yuss tidak akan boikot. Yang terbaik Yuss boleh lakukan hanyalah dengan meletakkan had penggunaan terhadap barang2 tersebut. Bukan tidak membeli dan menggunakannya langsung. Kerana ia cara hidup yang telah terbentuk akibat daripada keizinan barang2 ini terus berada dalam negara kita. Kita tidak boleh merubah semuanya secara mendadak tanpa memikirkan impaknya kepada orang lain termasuklah diri kita sendiri.

Boikot bukan jalan penyelesaian. Itu apa yang Yuss rasakan. Walaupun ideanya datang dari seorang tokoh bernama Mahathir. Yuss tidak bersetuju.

Cara terbaik pilihan Yuss untuk nyawa Palestin ialah menyalurkan bantuan kewangan secara terus. Biarlah wang itu ditentukan kemudian oleh penduduk Palestin atau mereka yang menguruskannya dan digunakan samada untuk pakaian atau ubat-ubatan.

Yuss sertakan di sini maklumat Mercy Malaysia:

http://www.mercy.org.my


PALESTINE RELIEF FUND

Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053

Photo by Google.

2 comments:

Anonymous said...

Saudara Yuss,

Setiap perkara bermula dari sekecil-kecil usaha. Manusia belajar berlari yang pada mulanya dari merangkak, berjalan dan mula berlari.

Usaha memboikot saya lihat sesuatu yang perlu. Memang dari azali Israel/rejim zionis ini mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Mana2 yang berjaya pasti membantu sesama mereka. Jika tidak kerana itu, mereka tidak mungkin bertahan beratus tahun untuk terus menindas. Mereka juga akan terus menindas Palestin dan disebab itu juga dalam Al-Quran sendiri dinyatakan kenapa Israel ini dilaknat oleh Allah. Allah tidak membenci sebarang bentuk makhluk tanpa sebab, tetapi Israel.

Mungkin tidak terkena pada hidung Yuss sendiri tentang sengsara ditindas dan melihat org kesayangan di bunuh, dirogol di depan mata. Bila terkena, barulah kita sedar betapa pendam perasaan kebencian kita terhadap org tersebut. Dan ini bukan pada dasar kebencian dan dendam sahaj, tetapi maruah yang tergadai... 'dibogelkan' oleh manusai minority dunia. Dan mangsa 'dibogelkan' itu mempunyai saudara sesama Islam yang lebih jauh ramai dari penindas berperangai syaitan ini.

Bila kita mengalami, kita akan melakukan berbagai inisiatif untuk menjatuhkan dan membayar 'hutang' yang dibuat. Kita serang mereka dari segala aspek, ekonomi, politik dan sebagainya. Bila kita mengalami, barulah kita berusaha untuk semua itu. Jike tidak kerana kebencian, kesedihan, dan pengalaman pahit yang tak tertanggung semua ini... masakan ada pihak yang amat terasa dan dan benci lantas Bush di baling kasut ketika berucap di sidang media? Itu baru contoh kebencian bagaimana perasaan manusai yang di tindas selama 15 tahun, bukan beratus tahun seperti Palestin.

Masalahnya, apa matikah kita jika kita berubah daru sesuatu barang kepada barang2 lain? Tiada inisiatif lainkan untuk barang tersebut? Sesuatu yang teramat perlukah kita untuk mendapatkan barang tersebut?

Masalahnya, hina sangat ke kita jika tidak membeli pakaian berjenama itu? Hanya kerana pakaian itukah kita boleh keluar dari rumah dan berjalan dengan bangganya? Sakit,cacat atau celakan kita tanpa pakaian berjenama tersebut? Bila kita dilahirkan dulu, jenama tersebut punya pakaian untuk bayi kah maka kita memakainya mula dari hari pertama kita dilahirkan di dunia ini?

Masalahnya, terfikirkah kita yang mereka disana simbahi darah pada pakaian mereka dan mereka masih mampu untuk hidup dengan pakaian berkenaan?

Masalahnya, terfikirkah kita yang apa akan kita lakukan jika kita berada pada tempat mereka?

Masih saya katakan... terpulang pada pendirian individu.

Setuju benar saya mengenai duit perlu dihulur dan disalurkan kepada mereka... Duit ini untuk mebeli ubat dan membaiki dasar membangunkan Palestin.

Tapi hakikatnya seperti mereka dikelar dan kita memberikan ubat supaya ia sembuh untuk dikelar lagi pada esoknya.

Yuss said...

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Saya bukanlah mengatakan salah untuk kita boikot. Itu hak dan cara masing-masing. Tapi saya lebih kepada mencari titik permulaan kepada sesuatu perkara untuk ia kekal dan tidak bermusim. Apakah betul2 kuat jiwa dan dugaan umat Islam untuk tidak membeli barang2 yang berkaitan dengan regim Zionis?

Saya tertarik dengan pandangan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot yang berkata hukum memboikot barang US jatuh WAJIB. Dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib, iaitu HARAM. Petikan artikelnya boleh diperolehi dalam Utusan Malasyia.

Apakah benar ianya sampai ke peringkat itu sekali?

Yuss kurang bersetuju sehingga seperti jatuh hukum sedemikian rupa. Bagaimanakah jika kita tidak ada pilihan lain selain barang US itu sahaja? Katakan komputer Mac saya ini perlu diupgradekan atau perlu alat tambahan menggunakan brand atau jenama yang sama sahaja. Saya tidak berpeluang untuk mencari pengganti lain selain Mac itu sendiri untuk menjamin kualiti dan jangka hayat komputer saya.

Di manakah pilihan saya? Inilah satu jenis permainan minda yang menganggu saya.

Saya merasakan lebih baik jatuhkan hukum WAJIB umat islam termasuk di malaysia menolong rakyat palestin jika berkemampuan. Bukankah ini lebih baik?

Kalau kita boikot sekalipun, tetapi wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli barang boikot itu di simpan atau digunakan untuk membeli barang tempatan, katakan, tempias wang atau bantuan untuk rakyat Palestin rasanya seperti tidak sampai. Betul atau tidak?

Rasanya, keihklasan hati memberi bantuan, menderma, bersedekah itu lebih baik berterusan ke rakyat Palestin itu sendiri. Inilah jaminan nyawa Palestin yang masih hidup dapat kita bantu.

Saya tidak mahu usaha boikot ini hanya dilihat sebagai satu usaha sementara sahaja.

Yang penting niat.

Salam.