Monday 7 July 2008

Liwat Terlampau


Adakah kes liwat Anwar Ibrahim baru-baru ini sebenarnya menindas golongan-golongan tertentu? Kes liwat ini dilihat oleh kebanyakan golongan gay di Malaysia sebagai satu tekanan yang amat dahsyat ke atas diri mereka. Bukan hak untuk bebas dari kesalahan undang-undang, tetapi diskriminasi ke atas mereka. Sudahlah satu dosa dan kesalahan di atas kertas dan agama, mereka ditekan dengan amat teruk sekali. Sebagai seorang manusia yang punya biasa, dari fikiran Yuss, jika kita tekan, kita paksa, kita seksa manusia-manusia lain, ini satu bentuk penindasan yang boleh dianggap berdosa. Kenapa tidak menggunakan penekanan kaunseling atau perubahan minda masyarakat semuanya terlebih dahulu sebelum menghukum?

Bagaimana pula dengan hak asasi individu di Malaysia dalam konteks gay? Kelab malam-kelab malam gay, sauna-sauna gay, rumah-rumah urut gay, walaupun diserbu tetap berjalan lancar dan ada antaranya yang beroperasi lebih dari 20 tahun dahulu. Bukankah kerajaan sekarang cukup liberal ke atas golongan gay ini? Tetapi dalam masa yang sama, menggunakan isu gay ini untuk menakutkan rakyat, menjatuhkan individu. Bukankah ini melanggar hak hidup seseorang individu itu? Ya, sebatan dan penjara 20 tahun menanti golongan2 peliwat ini, tapi mengapakah pula perlu diperbesarkan secara radikal seperti kes Anwar ini? Banyak lagi kesalahan lain yang boleh dilibatkan. Kenapa meliwat, terliwat, dan diliwat?

Bayangkan jika Pas memerintah? Adakah undang-undang Islam yang sebenar akan dilaksanakan? (Tak mungkin juga Pas boleh memerintah seorang diri as a single parti yang berkuasa) Dan jika dilihat Kelantan sejak 20 tahun yang lalu, tiada pun hukum hudud atau sebatan atau bunuh atas nama agama dibuat. Maka, jaminan Pas untuk melaksanakan hukum Islam sebenarnya tidak akan terjadi jika mereka memerintah. Apakah patut mereka perlu diberi peluang bersama2 pembangkang2 yang lain atas nama Pakatan Rakyat memerintah? Cukup dulu isu politik. Jangan terpesong. =)

Kita hidup di Malaysia ini dalam stereotaip yang teruk ke atas golongan gay. Walaupun undang2 Islam memerlukan sekurang-kurangnya 4 saksi dan ini mungkin suatu kesukaran untuk terlaksana, Yuss rasa kita tidak perlu menjarakkan diri dengan mereka seperti ini. Biarlah ia urusan antara dirinya dengan Tuhan. Selagi kita tidak punya bukti yang kukuh, kita tidak perlu ambil perhatian. Sifat curiga dan buruk sangka inilah yang boleh memecahbelahkan masyarakat kita. Yuss tidak kata Yuss menghalalkan sifat gay, tapi janganlah menggunakan mereka atas tujuan memecahbelahkan masyarakat. Ini bahaya. Ini tidak menjamin masa depan yang elok. Ia akan tercatat dalam sejarah kita. Ia akan jadi rujukan yang buruk buat kita. Dan liwat ini hanyalah satu daripada cabang kecil kesalahan manusia berlandaskan agama. Tidak perlulah dijadikan isu nasional yang teruk. Mungkin budaya kita tidak biasa dengan kes ini tapi janganlah dibiasakan pulak di dalam media. Sejak 10 tahun yang lalu, lagi dibuka pekung gay ini secara berleluasa (kes Anwar 1998), selagi macam satu kebiasaan atau normal untuk diterima masyarakat untuk menghina dan membunuh golongan gay ini. Atau juga, lagi membuka mata masyarakat untuk menerima mereka?

Cukup2 la kita bicarakan kes liwat secara terbuka. Ia memalukan. Sebab? Ia kisah peribadi, kisah bilik tidur. Walaupun salah, ia hanya perlu dibicarakan sesama hakim, sesama peguam di dalam mahkamah. Bukan di luar. Bukan di kedai kopi. Salah dan betul biar mahkamah yang tentukan. Yuss tahu kita manusia biasa yang suka hidup dalam suasana penuh konspirasi, penuh teori, penuh spekulasi kerana ia merangsangkan. Tapi dalam masa yang sama, kita kena ingat batasannya dalam mengaibkan hidup orang lain.

Batasannya? Diri kita sendiri.

Yuss kaki liwat?

Photo by Google.

1 comment:

Anonymous said...

This blog could be more exciting if you can create another topic that everyone can relate on.