Wednesday 9 July 2008

Dosa-Dosa Gay

Semalam, dalam satu forum internet yang Yuss selalu ikuti, ada satu isu yang menarik yang Yuss rasa perlu dikongsi bersama. Ianya mengenai satu artikel Bernama mengenai isu gay, BUDAYA HOMOSEKSUAL BAGAI 'API DALAM SEKAM'. Dalam perbincangan artikel yang disiarkan, wartawan berkenaan telah menghuraikan mengenai trend gay, risikonya, moralnya, penerimaannya, pendidikan dan cara menanganinya secara menyeluruh. Yuss rasa artikel berkenaan agak lengkap bagi satu penulisan berita rencana. Mereka2 yang ditemuramah adalah dari golongan yang boleh dipercayai dan punya latar belakang pendidikan yang kukuh seperti ABIM, Persatuan Pengguna Islam, Jakim, Hindu Sangham, doktor2 pakar dan kaunselor2.

Yang menjadi persoalan Yuss adalah penerimaan golongan gay ke atas isu ini (forum ini dibincangkan dalam website gay). Boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka tidak bersetuju dengan artikel ini. Dikatakan berat sebelah dari kaca mata masyarakat 'straight'. Ada yang berhujah dan berkata gay itu perasaan yang natural atau semulajadi. Atau gay itu memang ada dalam gene manusia dan tak boleh diubah. Dan bermacam lagi alasan2 negatif. Dianggap sebagai satu bentuk penindasanlah dan sebagainya.

Ini pandangan Yuss.

Yuss rasakan kebanyakan golongan gay ini tak dapat menerima kenyataan yang perbuatan mereka ini salah di sisi agama atau undang-undang negara. Pelbagai alasan diberikan bagi mengiyakan perbuatan mereka. Ini yang Yuss marah. Ini yang Yuss kecewa.

Sudah tercatit sejak wujudnya Islam bahawa perbuatan hubungan sejenis itu haram. Gay itu dosa. Ada dalam al-Quran dan Hadis sejak 1400 tahun yang lalu. Tidak berubah. Tidak juga boleh disunting. Ini fakta. Ini tertulis dalam agama yang Yuss anuti. Terimalah kenyataan. Dan artikel yang dibincangkan itu bukanlah mengenai isu penindasan, dan bukan juga isu penghinaan. Tapi isu penerimaan diri sendiri. Kenapakah manusia tidak boleh berfikir sedikit ke arah pemikiran itu?

Dan sebelum ini dalam WHO di PBB, gay dianggap sebagai salah satu cabang penyakit psikologi. Dan ia telah digugurkan sebagai taraf 'penyakit' sekitar akhir tahun 1960-an dahulu. Ada yang berspekulasi ianya adalah atas desakan NGO's tertentu yang kuat dan berterusan untuk mengeluarkan taraf 'penyakit' tersebut ke atas golongan gay.

Di Malaysia pula, ia masih dianggap penyakit yang boleh dirawat. Disamping itu perbuatan tersebut merupakan satu aktiviti yang salah di sisi undang2. Undang2 negara meletakkan penjara 20 tahun dan sebatan sebagai hukuman. Ada yang berkata, ia adalah undang2 yang dibawa oleh British dahulu. Tapi yang peliknya, sudah 50 tahun merdeka, kenapakah kita taknak mengubahnya kalau kita anggap ia satu perbuatan yang boleh diterima semua masyarakat secara terbuka?

Dalam Islam, segala yang berlaku, segala yang dianggap halal dan haram ada sebab musababnya. Kenapa ia tertulis itulah yang menjadi pegangan hidup individu yang menganutnya. Bagi Yuss, gay tetap dianggap berdosa dan salah. Tetapi terserah kepada inidividu itu sendiri untuk berubah atau tidak. Yang penting terimalah kenyataan dan faktanya. Jangan putar-belitkannya untuk mengiyakan perbuatan kita sendiri. Dan Yuss sendiri beranggapan, gay itu sendiri ialah masalah psikologi. Kerana dalam pemikiran mantik, pemikiran pemahaman, kita punya hak terhadap diri kita sendiri. Nak berubah atau tidak itu hak kita. Samalah perumpamaanya jika ada wanita yang ambik masa berpuluh2 tahun nak memakai tudung. Begitulah jugak dengan gay. Nak berubah dengan mengambil masa yang panjang dan pendek, itu semuanya bergantung pada diri sendiri. Atau mungkin juga tak mahu berubah langsung. Itu hak masing2. Dan jika buat kesalahan lain seperti merokok, membunuh, merompak adakah kita hendak salahkan semuanya atas nama agama? Tidakkan? Ia bergantung kepada diri manusia itu sendiri. Bukan salah agama. Samalah dengan perbuatan gay ini.

Bila dikaitkan dengan perasaan 'semulajadi' gay, kita seperti tidak tahu hendak salahkan siapa. 'Natural' katanya. Yuss hendak bertanya, apabila berbicara tentang perasaan, adakah kita tahu bagaimana hendak mengawal perasaan marah, perasaan geram, perasaan sedih atau gembira? Tentu sekali kita boleh mengawalnya bukan? Begitulah jugak dengan 'perasaan' gay ini. Jangan gunakan alasan kita tidak boleh kawal. Kita boleh kawal minda dan kawal perasaan. Ia suatu yang dikategorikan dalam bidang psikologi atau kemindaan dalam proses kawalan diri sendiri. Dan bagaimana pula dengan 'naluri'? Sekali lagi ia boleh dikawal oleh diri sendiri. Salahkanlah diri sendiri, kerana naluri, nafsu, perasaan, jiwa dan apa sahaja yang berkaitan dengan minda sebenarnya boleh dikawal, di 'control'. Hanya mahu atau tidak sahaja yang menjadi persoalan akhir.

Bila dikaitkan dengan gene, kajian2 yang pernah Yuss baca (mungkin tidak tepat dan hanyalah sekadar bacaan ringan sahaja), kajian ahli2 saintis adalah kebiasaannya mencari persamaan gene2 yang ada di kalangan gay. Dan kemungkinan juga adanya gene yang berubah atau berlebih unsur X nya dalam individu gay itu. Sekali lagi Yuss nak tegaskan di sini, jika penyakit kanser atau lain2 yang kronik boleh diubah sifat genenya untuk dirawat, apa bezanya dengan gene 'gay' yang berubah ini? Boleh dirawat bukan?

Mungkin Yuss banyak cakap. Dah tau perbuatan tu tak betul, masih nak tegakkan benang yang basah. Masih nak mencari alasan. Apa yang Yuss dapat? Kerana Yuss bahagia dan rasa 'selamat' dalam 'dunia' Yuss ini. Dan Yuss menerima diri Yuss seadanya. Yuss terima hakikat. Yuss juga tahu ia salah. Tapi bolehkah Yuss katakan Yuss terjebak? Adakah 'terjebak' perkataan terbaik untuknya? Atau sebenarnya 'ketagih'? Apa yang boleh katakan, Yuss terima kenyataan ia salah dalam agama Yuss. Masa yang Yuss ada untuk 'berubah' adalah bergantung kepada diri Yuss sendiri. Atau mungkin tidak mahu 'berubah' langsung. Ia adalah antara Yuss dan tuhan Yuss. Antara Yuss dan diri Yuss. Yuss takkan melenting jika orang lain kata Yuss salah. Itu pilihan Yuss. Yuss yang pilih. Kerana manusia berubah. Manusia boleh berubah.

Yuss menginsafi.

No comments: