Gelora politik Malaysia terlalu bergegar. Dah macam rojak. Atau macam pasembor. Bercampur-aduk. Sedap. Hangat. Pedas. Apa sebenarnya yang berlaku terlalu kabut.
Selepas kes Anwar meliwat 2008 terdedah, segala benda busuk, keji dan hina pemimpin-pemimpin kita didedahkan satu persatu. Takkan sudah dan berhenti sehinggalah salah seorang daripada mereka tersungkur jatuh menyembah bumi. Inilah teater langsung yang paling hebat rakyat Malaysia akan lihat. Rakyat hanya akan melihat. Lihat dan terus melihat.
Kenapa Anwar berselindung di kedutaan Turki menjadi asas konspirasi politik Anwar.
Kenapa Najib tidak konsisten dalam jawapan tentang hubung-kaitnya dengan mangsa liwat menjadi asas konspirasi Najib. Juga kes Altantuyanya.
Kotornya nama Najib akibat kes-kes ini menjadi asas konspirasi Pak Lah dan Khairy?
Siapakah antara mereka yang akan menang? Siapakah antara mereka akan tersungkur. Terlalu awal merencanakan jawapan atau kesimpulan terbaik. Masih banyak lagi belum didedahkan mereka. Sedikit demi sedikit.
Benarkah Anwar punya hubungan istimewa dengan US? Kenapa perlu Jurucakap Luar US memberi komen tentang suasana politik Malaysia sekarang? Apa istimewanya Anwar pada pandangan mata mereka? Ada yang menganggap ini campur tangan asing? Atau sebenarnya hanya sekadar komen? Dan kenapa perlunya Anwar berlindung di bawah payung Turki? Keselamatan nyawanya begitu berharga dari maruah kebangsaannya sendiri? Kalau tak percaya langsung sistem kepolisan negara, kehakiman negara, kenapa tidak minta suaka politik lebih2 awal lagi bila dibebaskan dahulu? Kenapa perlu menonjolkan diri sebagai pemimpin perubahan? Buat saja di luar negara dari dulu lagi. Senang. Kenapa perlu membiarkan diri menjadi bahan tohmahan kerajaan dengan kes liwat? Takkan la takde langsung cerdik pandai di belakang Anwar yang boleh mengagak perkara sebegini mungkin terjadi. Atau mereka sendiri, di kalangan geng2 Anwar, yang mereka-reka cerita untuk menghangatkan keadaan? Takkanlah daif sangat golongan2 perisik di kalangan mereka ini.
Najib pula, kenapa perlu menafikan perkenalannya dengan Saiful Bukhari. Esoknya pula kata Saiful datang ke pejabatnya untuk tujuan biasiswa. Amboi-amboi.... budak yang dah confirmed gagal di Uniten datang minta biasiswa? Itu kata internet. Wah... bukan main hebat lagi dia sampai boleh jumpa direct dengan Najib. Besar sungguh pengaruhnya. Besar sungguh tarafnya. Kemudian, esoknya lagi Najib kata dia menemui Saiful sebelum Saiful buat laporan polis kes liwatnya. Amboi-amboi sekali lagi.... besar sungguh taraf dia nak pegi mengadu sampai ke Timbalan Perdana Menteri! Hai.... kuat sungguh pengaruh Saiful boleh masuk keluar jumpa TPM begitu sahaja. Apa tarafnya di kalangan rakyat biasa? Katanya Saiful pergi mengadu dalam tangisan. Seram sejuk tangannya. Najib pegang tangan Saiful? Taknaklah Yuss nanti dikatakan memfitnah! Banyaknya benda2 tak logik dengan jawapan pemimpin negara. Jika Najib boleh nafikan pertemuannya dengan Saiful tapi mengiyakannya dalam temuramah yang lain, bagaimana pula kita nak terima jawapan Najib yang menafikan perkenalannya dengan Altantuya? Jika akuan bersumpah Penyiasat Persendirian P. Balasubramaniam menjadi rujukan, kemanakah arah tuju Najib? Tapi yang terkini Bala menarik balik akuan bersumpahnya itu. Apa.... sistem kehakiman negara kita ini ibarat sarkas dan boneka yang boleh ditendang disepak terajang macam itu sahaja? Mana maruah diri bila bersumpah bila tertulis? Apa dah jadi dengan sistem kita? Yuss tak boleh menghuraikannya. Semuanya jadi kes mahkamah. Semuanya masuk mahkamah.
Pak Lah dan Khairy ibarat berdiam diri buat sementara waktu. Tak baik kalau Yuss kaitkan mereka yang jadi pak dalang dalam kes terbaru ini. Ada yang kata merekalah yang mencetuskan segalanya untuk melambatkan Najib mengambil-alih jadi PM atau tak mungkin langsung jadi PM. Ini konspirasi. Takde yang betulnya takde yang salahnya. Betul atau salah bile dibuktikan di mahkamah. Sekadar andaian kosong. Dan adakah ini kerjasama antara Pak Lah dan Anwar untuk peralihan kuasa? Mungkin? Entahlah....
Jika nak dibawa atau dipersoalkan di mahkamah, penatnyalah jadi hakim di negara ini. Semuanya dijadikan kes polis, kes mahkamah. Tapi pemimpin2 kita ni satu pun takde yang naik turun mahkamah lagi. Siasat dan siasat. Siasat. Itu sahaja setakat ini. Apa kes?
Yang pasti, suasana politik Malaysia akan terus bergelora dan bercelaru sehinggalah 16 September ini. Tarikh Anwar kononnya akan mengambil alih kerajaan sedia ada. 2 bulan ini ibarat sangat2 genting. Satu persatu pendedahan pemimpin2 kita akan kita lihat. Satu yang menyeronokkan atau menyeramkan? Dengan penglibatan tentera dan polis dalam demonstrasi NGOs di Selangor satu petanda? Tentera terlibat? Apa tujuannya? Konspirasi lagi. Ada menteri yang kata ianya normal kerana latihan bersama. Ada pula yang kata ini penunjuk persediaan ke arah darurat dalam temph 2-3 bulan mendatang. Sebelum atau selepas 16 September. Hmmmmm... Andaian semata-mata. Tapi kita punya hak untuk bersedia jika ada apa2 yang besar mungkin berlaku dalam negara. Jika benarlah ada peralihan kuasa, ini pertama kali berlaku. Satu kes besar. Takde siapa rakyat biasa yang bersedia. Sekali lagi, ini hanyalah andaian. Tapi takkan ade pokok bergoyang kalau takde angin bukan?
Tempoh masa terdekat ini perlu kita perhatikan secara lebih dekat. Kita lihat siapa yang menang siapa yang tersungkur. Atau sebenarnya hanya gimik semata. Takde apa pun yang akan berlaku. Yang penting, berjaga2. Yuss tak kisahlah siapa pun yang jadi pemimpin. Yang penting, stabil. Dan aman. Janganlah ada huru-hara. Walaupun bergelora politiknya, harapnya pemain2 sarkas ini sedar rakyat bukan mangsa mereka. Korang nak bergelumang, bergelut, bertumbuk dalam selut buatlah sesama korang tapi janganlah libatkan rakyat biasa. Jangan libatkan rakyat maksudnya bukan setakat nyawa mereka, zahir mereka, tapi juga minda, batin. Janganlah perbodohkan rakyat lagi. Kami punya hak untuk menganalisa kata2 pemimpin. Takde siapa yang Yuss percaya. Takde siapa yang Yuss terpengaruh. Tapi kebijakkan pemimpin2 ini handle kes or jawapan2 mereka itulah yang menjadi asas bodoh dan bijaknya mereka. Rakyat juga boleh tahu jawapan2 pemimpin di atas skrip atau lahir dari hati yang betul2 bersih.
Yuss impikan politik bersih. Jangan haraplah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment