Monday, 25 August 2008

Anwarku Hari Ini III

Tinggal satu hari saja lagi untuk Yuss lihat apakah yang boleh dinilai pada diri seorang bernama Anwar Ibrahim sebelum hari mengundinya di Permatang Pauh Selasa ini. Apakah yang membuatkan Yuss tidak mampu menunggu satu hari saja lagi untuk Yuss baca dan perhatikan perkembangan terkini beliau sebelum hari mengundi seperti apa yang Yuss janjikan pada diri sendiri? Atau 12 jam dari sekarang. Hehehe... Apakah juga yang membuatkan minda Yuss bergerak laju sehingga tidak boleh tidur dibuatnya memikirkan perkara ini? Bangung dari katil dan terus menghadap komputer. Jawapannya tidak mudah. Terlalu banyak persoalan yang membuatkan tangan Yuss gatal untuk menulis pada pukul 5.00am ini. Cukuplah dengan berita dan gosip setakat jam ini dulu.

Dan apakah kesimpulan terbaik yang boleh Yuss katakan mengenai Anwar dan pilihanraya kecil Permatang Pauh ini? Yuss akui Yuss meletakkan Anwar di atas pagar selepas sahaja Wan Azizah melepaskan jawatan Ahli Parlimennya walaupun ketika itu pandangan umum meletakkan Anwar akan menang mudah. Kerana Yuss suka kosongkan minda dan bersifat adil antara semua calon.

Dan seperti biasa, kesimpulan awal Yuss ialah beliau MEMANG mahukan tarikh 16 September menjadi kenyataan. Adakah beliau gelojoh untuk tarikh itu? Adakah beliau dipengaruhi dalam angan-angannya? Dan ia memang tepat dengan andaian Yuss apabila ia menjadi buah mulut dikalangan ahli BN yang Anwar gelojoh dan berangan dalam angan-angannya. Yuss tidak terkejut walaupun sehingga sekarang ia menjadi modal mereka. Ditambah pula slogan PKR membawa Anwar menuju ke Putrajaya. Ia mengukuhkan pandangan awal Yuss dan Yuss tidak salahkan BN jika PKR sendiri yang membawa sentimen ini dalam pilihanraya kecil ini.

Itu pandangan pertama Yuss dahulu. Tetapi kini bermacam2 konspirasi dikeluarkan satu persatu oleh kedua2 pihak dalam pilihanraya kecil yang sebenarnya 'besar' ini. Yuss meletakkan harapan adakah kedua-dua belah pihak membawa manifesto kepartian masing2 dalam perjuangan mereka. Tetapi jelas sejak awal lagi BN menggunakan serangan peribadi ke atas Anwar itu sendiri dan bukan parti. Kes Saifulnya mendominasi setiap ruang ulasan berita yang dibaca mengenai apa yang berlaku di Permatang Pauh. Yuss lihat diperingkat 3-4 hari pertama dahulu, Anwar seperti tertewas kerana mana mampu Anwar lawan BN. Bukan Anwar lawan Arif. Manusia lawan manusia. Bukan manusia lawan parti atau satu organisasi. Yuss lihat ini berlaku secara kasarnya. Dan 'serangan' ke atas PKR pula dibuat secara sistematik bermula dengan kenyataan Khalid mengenai UiTM, dengan kes pukul wartawan oleh orang PKR, dan kemudian 2 exco kerajaan Perak yang ditangkap. Ia lebih mendominasi akhbar2 harian kita termasuklah TV. Tidak ada satu pun 'serangan' kuat ke atas kenyataan2 Pas dalam muktamar mereka berbanding PKR itu sendiri. Semacam menunjukkan PKR itu lebih dominan dan kuat berbanding Pas dan berbeza seperti sebelum ini yang melihat Pas itu lebih 'matang' dan 'kuat. Ini jelas satu permainan politik media2 kita. Dan dalam masa yang sama, terlalu banyak 'kebetulan' sesuatu perkara melibatkan Anwar dan 'persekitarannya'. Antaranya ialah kes Saiful dibawa ke mahkamah sehari selepas Anwar mengumumkan akan bertanding, sumpah laknat Saiful sehari sebelum hari penamaan calon, akta DNA yang dibahaskan di parlimen dalam minggu berkempen, penurunan harga minyak 15 sen sebelum tarikh yang dicadangkan iaitu 1 September. Terlalu banyak betul benda 'kebetulan' berlaku dalam masa sebelum mengundi ini.

Dan dalam masa yang sama, Yuss lihat serangan ke atas Anwar adalah lebih kepada bentuk serangan peribadi. Maruah dan segalanya ibarat bukan atas nama kemanusiaan. Liwat dan liwat dan liwat. Dan sebenarnya ia lebih mempromosikan liwat itu sendiri sebagai satu perkara 'biasa'. Sifat malu untuk berceramah atau bersembang mengenainya ibarat mendidik kita menjadikan liwat satu kelaziman. =)

Ada ketikanya dalam hari2 tertentu Yuss akan letakkan kemenangan Anwar 50-50. Pattern atau corak berita yang disampaikan oleh media2 kita seperti boleh direncanakan apa yang berlaku dalam satu2 hari itu. Itulah sebabnya Yuss ingin menulis malam esok untuk melihat sentimen terakhir berita2 mutakhir Permatang Pauh buat kali terakhir sebelum mengundi. Dan jika ditanya apakah ramalan Yuss pada waktu sekarang ini, atau sentimen Yuss ketika ini, Yuss letakkan kedudukan 60-40. Yuss rasakan Anwar akan menang tipis. Tipis. Tapi segalanya boleh berubah. Yang Yuss rasa pasti, dua pilihan sahaja yang berlaku iaitu sama ada Anwar akan menang tipis atau menang dengan majoriti yang amat besar. Kalah? Belum lagi Yuss lihat corak berita yang disampaikan sebegitu rupa walaupun segala-galanya sebenarnya bergantung kepada manusia yang mengundi itu sendiri. Mungkin berita terakhir pada hari ini akan mengubah pandangan Yuss.

Dan berbalik kepada Anwar Ibrahim itu sendiri, akibat terlalu banyaknyalah serangan peribadi ke atas beliau dan bukan idea atau pemahaman politiknya dikupas secara baik oleh media2 kita, maka Yuss hanya juga boleh cuba mempersoalkan segala serangan peribadi ini untuk kita pikirkan bersama2 secara elok. Secara ikhlas, Yuss tak nampak satu pun yang dibincang mengenai Anwar dalam konteks yang rasional dan berilmu oleh media2 perdana kita. Anwar betul2 dilebih sensasikan. Itu sahaja.

Sebagai contoh adalah mengenai 'kedegilan' Anwar untuk bersumpah laknat. Secara logiknyalah, samada bersandarkan pada agama atau hukum manusia, bukankah ia sepatutnya dilafazkan selepas penghakiman dijalankan? Bukankah ia lebih bersifat tidak mendahului undang2? Bayangkan jika Anwar yang bersumpah laknat terlebih dahulu, tidak tefikirkah kita yang beliau bertindak melulu dan melangkaui dan mengatasi undang2? Itu mungkin sentimen yang akan dimainkan.

Keduanya, ada yang berkata Anwar tidak layak jadi PM. Bukankah lebih baik, lebih 'afdal' jika kita memilih Perdana Menteri yang tidak kiralah pernah dicerca, atau dikeji, atau dihina, atau dipuji, atau dikenali terlebih dahulu melalui peribadinya, perjuangannya atau idealisme beliau itu sendiri jika dibandingkan dengan melantik Perdana Menteri yang kita sendiri belum tahu baik buruknya, atau hanya mengetahui 'kebaikan' beliau SAHAJA seperti PM2 kita sebelum ini atau sekarang? Bukankah lebih mudah kita menilai, mengkritik 'keterbukaan' ini? Ini pandangan Yuss sahaja. Inilah yang Yuss anggap keterbukaan yang mungkin wujud. Kebaharuan yang mungkin timbul. Adakah kita terarah ke situ dengan terlalu cepat? Dan bukankah lebih baik mencuba sebelum menolaknya? Yuss menganggap kita memang terarah ke arah itu tidak kiralah sama ada Anwar menang atau kalah. Yang pasti, Yuss anggap Anwar sebagai pemangkin pemikiran Yuss ke arah itu.

Dan yang ketiganya, kenapakah tidak ada seorang pun dari BN yang kalau ingin menyerang Anwar secara peribadi, tidak menggunakan isu rasuah beliau yang menyebabkan beliau dipenjarakan? Kenapa tidak mahu guna isu itu? Bukankah ia telah dibuktikan dan dihukum oleh mahkamah sehingga penjara menjadi rumah beliau? Kenapa Yuss tidak lihat seorang pun membangkitkan kes beliau ini secara besar dan meluas? Kenapa terus membangkitkan suatu kes atau isu yang belum pun dibicarakan oleh mahkamah seperti kes Saiful ini? Kenapakah memainkan sentimen isu atau kes yang belum selesai dan bukan kes yang sudah selesai dan sudah diterima hukumannya pun?

Yuss sekali lagi tegaskan, kes liwat memang disensasikan. Ia subjek utama undi Permatang Pauh. Walaupun lawan Anwar iaitu Arif dianggap mesra rakyat, bijak berbahasa Mandarin dan Tamil, tapi apa yang beliau sampaikan lebih kepada sentimen masyarakat Cina dengan angka TIGA dan 'ong'nya. Lebih kepada mistik Cina dengan kepercayaan nombor mereka. Inilah isu yang dimainkan oleh media2 cetak perdana kita berulang kali sehinggalah ke hari ini. Dan bukan isu yang lebih penting yang lebih jauh melangkaui ke'ong'an nombor2 ini menjadi keutamaan. Pelikkan? Tapi benar sekali lagi.

Kita lupakan pilihanraya sekejap. Dan berbalik kepada Anwar, Yuss terpikir, apakah yang Anwar buat semasa dalam penjara dahulu? 5 tahun lebih kalau tak silap. Bagaimanakah Anwar mengawal nafsunya? Pernah tak kita semua bayangkan? Bagi mereka yang percayakan Anwar peliwat, pernah tak mereka pikirkan perkara ini secara teliti? Sudahlah 'tak' beristeri, sesama lelaki pulak di penjara tu. Yuss tak tahulah sel Anwar seorang diri sahaja atau dengan orang lain. Yuss tak tahu la samada sepanjang tempoh penjara itu, Anwar tidak berinteraksi langsung dengan rakan2 penjara yang lain. Bagaimana Anwar 'melempiaskan' nafsu seksnya? Jika Anwar betul2 kaki liwat, bukankah penjara dengan stereotaipnya, tempat paling mudah nafsu serakah ini terjadi? Takkan la takde seorang pun tak nak mengaku? Takde sorang pun ke yang berani bersuara? Pelik rasanya. Mungkin persepsinya kalau dah dipenjarakan, jahatlah orang itu dan apa perlunya beliau yang mengadu perlu dibicara dan dihukum lagi. Mungkin kurang meyakinkan rakyat. Entahlah...

Dan dalam masa yang sama, Yuss suka untuk mengakui dunia gay di Malaysia ini taklah sebesar mana. Taklah sehebat mana. Dan gosip liar dan mengata pernah 'main' dengan si polan itu si polan ni mewarnai dunia gay itu sendiri. Dan dalam tempoh 10 sejak 1998, takde seorang pun Yuss dengar dari mulut sendiri atau buah mulut orang yang mereka pernah 'main' dengan Anwar Ibrahim. Pelik. Tapi benar. Tanyalah gay2 di Malaysia, siapa yang pernah atau pernah kenal sesiapa yang main ngan Anwar Ibrahim? Kalau ada meh habaq kat cheq. Nak jugak dengaq cerita hangat! Mustahil rahsia besar sangat kot. Nama pun orang besar 'Anwar' ni.Takkanlah takde seorang gay 'sebenar' yang main dengan Anwar? Kalau artis tuttttt artis tittttttt gosip mereka macam2 kita dengar kan? Selebriti takkan lari dari gosip. Benar atau tidak gosip tersebut, itu belakang cerita. Tapi buah mulut main orang pasal Anwar sebagai gosip ada tak pernah sampai ke telinga kita? Mustahilnya satu gosip pun mengenai Anwar tak sampai ke telinga kita. Mustahilnya dalam tempoh 10 tahun itu kita tidak terdengar satu pun.

Dan mungkin juga kalau ada pun, kita mungkin pikir 2-3 kali betul atau tidak kerana kes liwat Anwar itu sendiri terlalu sensasi dan betul2 'menghalalkan' perbuatan liwat dalam masyarakat kita. Terima kasihlah banyak-banyak.

Dan kenapakah kita semua tidak mahu melihat Anwar atau Arif sebagai seorang ahli politik? Ahli politik yang punya idea dan matlamat mereka masing2. Apa yang boleh dibawakan oleh beliau yang lawannya tidak boleh. Bukankah itu lebih matang untuk kita sebagai orang biasa? Benar dan tepat bahawa Anwar adalah contoh klasik politik Malaysia bila hal peribadi dikaitkan dengan kerjaya politik mereka. Inilah masalah utama kita.

Selamat berjuang pengundi2 Permatang Pauh. Pilihanraya tetap piliharaya.

Yuss sekadar melihat. Corak apa yang terjadi selepas ini, menang atau kalah, pengaruh Anwar tetap besar. Seperti ulasan seorang Timbalan Menteri kita, sambutan merdeka kali ini berkurang akibat dua 'event' besar, Olimpik dan Anwar Ibrahim. Bukan sebab jatuh dalam menjelang hari pertama bulan Ramadhan. Hmmm... Alasan tetap alasan.

Yuss tersimpul.

No comments: