Yuss agak tertarik untuk membicarakan tentang isu politik tanahair sekali lagi. Mungkin apa yang Yuss bangkitkan telah pun disentuh sebelum ini. Mungkin jika benar, kali ini akan disentuh dalam sudut yang berbeza. Dan lebih kepada pendapat Yuss untuk BN terutamanya UMNO supaya bertindak.
Kita semua akui, bersetuju dan bersependapat bahawa suasana politik Malaysia ketika ini berada dalam keadaan bergoyang. Hanya sekadar bergoyang. Dan belum bergegar. Dan kemudian belum tersungkur menyembah bumi. Walaupun sekadar bergoyang, Yuss rasakan inilah masa dan waktu terbaik untuk kita pikir2kan bersama, mengingatkan pemimpin2 kita bahawa masa masih belum terlambat. Tak kiralah kepada ahli2 Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sekalipun.
Apa yang boleh kita minta daripada mereka? Dan apa yang boleh Yuss kongsikan?
Yang paling utama sekali, Yuss berharap, mereka, sebagai ahli politik, janganlah lagi memainkan isu2 serangan peribadi antara satu sama lain. Itu yang paling utama. Bukan itu yang rakyat atau orang biasa ingin dengar. Dan latihlah diri mereka mengingatkan diri mereka untuk membangkitkan isu2 yang boleh diselesaikan yang membabitkan rakyat. Itu kerja utama mereka. Itulah yang dibayar rakyat untuk mewakili mereka. Tentang kebajikan mereka. Bukan isu remeh temeh melibatkan maruah dan cerita peribadi. Hentikanlah. Jika rakyat boleh matang memikirkan perkara ini, kenapakah pulak mereka tidak boleh? Cuba dengar suara hati terutamanya golongan2 anak muda ini. Dan bertindaklah ikut kehendak rakyat. Itulah yang Yuss minta. Hentikan dulu sifat2 menyerang sifat peribadi seseorang itu. Ini mungkin kelihatan jelas seperti menujukannya kepada UMNO. Sebabnya, dalam ulasan Najib mengenai keputusan pilihanraya Permatang Pauh semalam, isu liwat mungkin kelihatan tidak relevan di Permatang Pauh tapi mungkin berbeza di peringkat nasional. Ini satu kenyataan akhbar.Kenyataan dalam Utusan Malaysia. Ini telah mengiyakan dan menyetujukan pendapat bahawa proses kempen adalah dalam bentuk serangan peribadi. Antara keratannya adalah seperti dibawah dalam artikel berita utamanya, "BN akur keputusan- TPM" :
Mengenai isu liwat melibatkan Anwar, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia mungkin relevan di peringkat nasional tetapi bukan di Permatang Pauh.
Anggaplah ia sebagai satu peringatan dan pengajaran kepada kita semua. Yuss harap2 sangat kita boleh pergi ke arah itu dahulu. Ia bukannya mengambil masa dan perlukan penyelidikan yang teliti sangat pun. Ia hanyalah logik akal. Dan boleh dihentikan dengan sekelip mata walau dalam saat ini pun. Bukan memerlukan masa yang panjang pun untuk diubah. Dan ia bukan untuk jangka pendek, tapi selama-lamanya. Kita biasa mendengar bahawa rakyat sudah 'terdidik', lebih2 lagi golongan muda. Tak bolehkah kita memahaminya secara mendalam dan bukan di atas kertas dan ayat sahaja? Terdidik dalam erti kata keterbukaan. Menilai, membanding dan membuat pilihan yang ada adalah dalam kuasa tangan mereka. Jika orang tua boleh menyuruh yang muda untuk mengubah perangai dan jadi baik, tak salah juga yang muda mengingatkan pada yang tua APA yang mereka inginkan untuk kebaikan. Mengingatkan mereka tentang perubahan zaman dan era yang silih berganti. Bukan tetap kekal benda yang sama selama-lamanya. Itu mungkin dilema yang dihadapi oleh seorang yang tua.
Selain itu, Yuss juga tak mintak pun politik itu dibersihkan. Dalam erti kata orang biasa yang politik itu kotor sebab dilihat penuh dengan tipu muslihat. Itu pandangan masing2. Politik, yang penting ialah bagaimana kita mengembangkan idealisme seseorang pemimpin itu untuk kebaikan yang boleh diberikan kepada semua. Itulah yang patut kita pilih. Bukan lagi bersandarkan kepada personaliti peribadinya sahaja. Faktor personaliti peribadi mungkin boleh dipakai pada era atau zaman dulu2 dan tidak sekarang.
Dan dalam masa yang sama, kita semua tak kiralah ahli politik atau orang biasa boleh sama2 terbuka untuk berbincang tentang isu agama dan bangsa dengan penuh berhemah. Bukan menaikkan sentimen2 tertentu yang berkaitan dengannya. Dan tidak menggunakan kedua2 isu ini hanya untuk meraih sokongan. Jika asas perjuangan politik mereka berlandaskan agama dan kaum, boleh atau tidak, mereka TIDAK menggunakan landasan itu untuk menaikkan semangat sentimen? Boleh atau tidak, mereka memandang ke depan memikirkan nasib setiap seorang manusia yang duduk di Malaysia melangkaui batasan agama atau bangsa dalam perjuangan parti politik yang mereka anuti itu? Tak kiralah UMNO ke, MIC ke, MCA ke, atau Pas sekalipun. Asas terbentuknya parti2 ini adalah disebabkan apa? Asalnya memperjuangkan nasib bangsa dan agama masing2 bukan? Tapi, kenapakah generasi muda di dalamnya tidak mahu membawa parti ini ke depan dengan pandangan yang lebih jauh, jauh dan jauh lagi atau berbeza sekali dari perjuangan asal penciptanya dahulu? Melangkaui pemikiran terdahulu? Yuss rasa ia bukan kesalahan jika berbeza dari yang asal. Ia adalah untuk matlamat kita yang masih hidup di dalamnya. Dan anak muda sekarang tidak hidup dalam zaman merdeka. Dan kenapa pula perlu disalahkan mereka jika mereka tidak merasai perit jerih perjuangan dahulu? Ia bukan salah anak muda sekarang sebab lahir sekarang. Itu sebab Yuss mengajak mereka untuk lihat kedepan dan bukan beralih kepada sejarahnya semata-mata. Diulang. Kembali kepada sejarah semata-mata! Dan itu sebabnyalah ada yang berkata masa depan negara bergantung kepada anak muda hari ini. Inilah juga yang Yuss maksudkan janganlah diulang2 benda yang sama berkaitan agama dan bangsa melalui sejarah sahaja. Yang perlu difikir ialah survival masa depan Malaysia. Bukankah itu yang lebih penting? Adakah ini yang dikatakan pembentukan masyarakat sivil?
Berbalik kepada isu peribadi, jika seseorang itu bertukar fahaman politik, adakah ia menjadi satu kesalahan? Tidak bukan? Tentang isu Anwar Ibrahim contohnya, terlupa Yuss nak bangkitkan dalam artikel sebelum ini, kenapakah BN menggunakan keterangan atau pendapat Anwar semasa beliau dalam UMNO dahulu? Isu keratan akhbar tentang Anwar mempertahankan UiTM telah dikeluarkan oleh Najib dan kononnya ia berbeza dari pendapatnya sekarang. Itu sebab Yuss katakan ia bersifat peribadi kerana itu pandangan beliau dalam UMNO dahulu. Sekarang dia PKR. Ia berbeza. Berbeza dalam perjuangan. Ini bermakna Anwar bukan suka putar belit atau penipu.Itu Anwar dulu. Dan ada Anwar sekarang. Itu pegangan fahaman politik beliau. Itulah sebabnya benda ini kena lihat dengan jelas. Tanya balik pada diri kita sekarang, jika rakyat boleh dan berhak membuat pilihan untuk memangkah BN atau PR, kenapa pulak hak ahli politik untuk memilih fahaman politik mereka kita nafikan? Inilah yang patut difikir2kan dan disoal dalam diri kita. Kenapa perlu dibezakan ahli politik dan orang biasa tentang hak mereka untuk memilih? Yuss mungkin kelihatan mengulang-ulang ayat, tapi Yuss sedar dan supaya kita bukak mata, bukak hati, dan bukak minda.
Kesimpulan terbaik yang boleh Yuss buat ialah, tinggalkan idea serangan peribadi, idea agama dan bangsa dari sudut sentimen. Berubahlah. Pastinya jika ini boleh dilakukan oleh BN dan UMNO terutamanya sekali, Yuss yakin sokongan kepada mereka akan meningkat semula. Janganlah duduk atau berselindung disebalik bayang2 sendiri. Contohnya dengan mempertahankan isu jumlah sokongan kepada BN tetap banyak dan boleh bentuk kerajaan 2/3. Bukan itu pemikiran yang kita semua hendak terima. Tapi sepatutnya persoalkan balik kepada diri sendiri, tanya balik soalan dalam diri kita, adakah yang menyokong ini sebenarnya hanya satu golongan sahaja, iaitu golongan hardcore? Dan adakah ini yang menyebabkan mereka menang? Bagaimana pula dengan golongan muda atau 'terpelajar' atau atas pagar yang boleh kita ambil kembali dan yakinkan semula? Itulah yang patut ditanyakan kembali dalam diri mereka. Isu TIGA ini (sentimen peribadi, sentimen agama, sentimen bangsa) mungkin kelihatan hanya berkesan untuk penyokong hardcore sahaja tapi bukan golongan yang lain2 ini.
Dan Yuss merasakan perubahan pucuk pimpinan segera dalam UMNO seperti cadangan Mahathir menyuruh Paklah letak jawatan bukanlah cara terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Ia sebenarnya lebih membanyakkan lagi teori konspirasi. Dan menyebabkan parti itu kelihatan lagi lemah. Seperti berppecah. Kenapalah budaya dalam UMNO itu sendiri yang suka mencari kesalahan orang lain. Kenapalah mereka tidak mahu duduk bersatu hati? Inilah yang menyedihkan. Inilah juga menyebabkan orang Melayu menganggap politik itu kotor. Itu sebab Yuss tidak bersetuju dengan pandangan Mahathir MENYURUH Paklah meletak jawatan yang diulang2 sampai la ke hari ini. Yang perlu ada dari mata logiknya ialah penggunaan perkataan menggantikan kepimpinan dan sepatutnya dibincangkan bersama2 dalam parti. Bukan mempolitikkan menyuruh letak jawatan di depan rakyat secara umum. Isu dalaman patut diselesaikan secara dalaman. Itu perkara lain yang boleh dihuraikan dalam cara yang berbeza di lain kali. Dan dalam masa yang sama juga, Paklah atau Najib perlu tunjukkan mereka kuat. Bukan termangu sahaja.
Dan jika pandangan mata kasar kita Najib lebih tegas dari Paklah, janganlah jadikan alasan nombor 2 itu menjadi batu penghalang beliau untuk bertindak lebih tegas lagi. Janganlah terlalu 'menghormati' pemimpin sampai terlebih sangat. Jika yakin ketegasan kita betul dan kuat, pertahankan. Luahkan. Walaupun kelihatan bercanggah dengan orang nombor satu. Itu yang rakyat ingin lihat.
UMNO atau BN perlu mengakui dahulu kelemahan mereka. Seperti yang Yuss terangkan dalam artikel sebelum ini. Berubahlah. Bukan susah pun. Jika menggunakan alasan ia adalah suatu organisasi yang terlalu besar untuk diuruskan, ia tidak munasabah. Kerana jika pemimpin mereka boleh 'menguruskan' negara dengan menjadi PM dan TPM, pasti UMNO atau parti juga boleh mereka uruskan. Sekali lagi Yuss minta, berubahlah.
Adakah Yuss bermimpi UMNO BOLEH berubah? Adakah Yuss terus-terusan bermimpi UMNO AKAN berubah?
Yuss menunggu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment