Yuss tak suka lompat. Sebab nanti sakit belakang. Cepat penat. Cepat semput. Tapi Yuss akan lompat juga jika terpaksa. Contohnya kalau ada lubang besar depan mata dan kena menyeberang jugak.
Begitulah juga sinonimnya tarikh politik Malaysia untuk 16 September 2008 ini. Jiwa manusia2 tertentu akan melompat. Bukan bergerak dengan berjalan atau berlari seperti sekarang. Dan bagaimanakah jiwa Yuss dengan jiwa lompat ini? Adakah Yuss bersetuju? Adakah prinsipnya benar?
Secara dasarnya dalam sebuah prinsip, ia sesuatu yang kita semua bantah. Ia tidak bermoral. Berlaku kepincangan dalam pegangan prinsip itu sendiri. Itu secara logiknya. Namun begitu, adakah akan berlaku pengecualian dalam perubahan dasar prinsip manusia itu? Atau dalam politik, adakah matlamat atau tujuan mereka itu lebih penting daripada asas prinsip mereka? Matlamat dan tujuan yang mendahului masa? Masa yang membawa maksud pilihanraya.
Seperti apa yang Yuss tulis sebelum ini, jika orang biasa seperti Yuss berhak untuk memilih BN atau PR, ahli politik juga berhak untuk melakukan perkara yang sama. Tapi, orang biasa seperti Yuss memilih politik melalui pilihanraya. Dan adakah ahli2 politik ini sebenarnya melakukan perkara yang sama? Seperti 16 September ini, bukan pilihanraya yang jadi pilihan, tetapi perubahan dilakukan atas nama jiwa manusia itu sendiri. Atas nama individu2 yang menukar 'jiwa' baru ini. Pegangan 'baru' ini. Untuk tujuan dan matlamat mereka.
Anwar Ibrahim berkata, ahli2 parlimen BN yang ingin 'melompat' ini telah bersetuju dengan dasar perjuangan PR. Dalam erti kata hak perjuangan sama rata. Adakah alasan ini cukup kukuh untuk mengiyakan perbuatan lompat ini? Adakah jumlah 40 lebih ahli2 BN yang ingin melompat ini sebenarnya amat baik? Kukuhkah kerajaan yang dibentuk? Kuatkah kerajaan yang terbentuk?
Mari kita lihat ke depan sikit, jika jiwa 40 orang ini boleh berubah, adakah ia sebenarnya membawa maksud, mereka membawa 'jumlah' manusia yang mengundi mereka dahulu dari kawasan masing2? Adakah ini sesuatu yang boleh diterima oleh orang ramai? Bukan isu sah atau tidak tindakan ahli2 politik ini yang jadi persoalan, tapi jiwa atau prinsip masyarakat secara umumnya dalam politik? Adakah ia sesuatu yang boleh diterima akal? Adakah masyarakat sebenarnya faham dan bersedia?
Dan jika kerajaan 'lompat' ini terbina, apakah JAMINAN bahawa ianya akan kukuh dan kekal sehingga pilihanraya umum akan datang? Bukankah berkemungkinan juga ahli2 parlimen ini akan lompat balik ke dalam BN? Mungkin benar akan ada perjanjian dan kata sepakat yang dibuat, tapi adakah ia kuat? Adakah ia tersimpul rapi? Menyakinkan rakyat? Dari kaca mata Yuss sekarang, kerajaan yang terbentuk mungkin akan kelihatan 'rapuh' dan kurang kuat. Mungkin. Kerana kali ini, Anwar telah bermain 'politik'. Bermain sikap tunggu dan lihat. Bertukar parti atau membawa parti itu sendiri ke dalam Pakatan Rakyat? Itu masih kurang jelas. Dan jiwa orang biasa seperti Yuss belum diyakinkan SEKUATNYA oleh PR bahawa kerajaan 'baru' ini boleh berjalan. Dan jika berjalan sekalipun kerajaan ini, adakah jiwa rakyatnya akan berjalan serentak? Terutamanya yang mengundi ahli2 parlimen ini dahulu. Atau mereka telah 'diabaikan' dalam jiwa mereka?
Yuss hanya menyentuh perkara pasca kerajaan 'baru' ini. Sebolehnya tak mahu langsung menyentuh kisah zaman sebelum atau pra kerajaan 'baru' ini yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kerana semakin dekat tarikh 16 September ini, semakin kuat isu sentimen perkauman dibangkitkan. Ia sangat bahaya. Ia juga mungkin 'signal' akan berlaku sesuatu yang tidak diingini. Yuss berharap sangat2 bulan Ramadhan ini menjadi benteng terakhir manusia2 tertentu bertindak rasional dan munasabah. Biarkan manusia dan perangai mereka ini kita tonton dan lihat. Jangan ambil bahagian. Anggaplah ia suatu pertunjukan teater atau muzikal yang dilihat dari 'jauh' sahaja.
Tapi Yuss sukakan perasaan 'tidak menentu' ini. Ianya satu permainan perasaan yang lembut tapi keras. Bercampur2. Gembira pun tidak, sedih pun tidak bila ia terjadi. Tak terjadi pun Yuss tetap tak gembira dan tak sedih. Kerana ada baik dan buruknya keputusan yang terbentuk itu nanti. Biarkan Yuss bermain dengan perasaan ini. Seronok sebenarnya. Kerana muzikal politik ini belum tamat lagi.
Dan jika ditanya pada Yuss semasa 'interval' muzikal ini, apakah ulasan ringkas Yuss dengan kesudahannya ceritanya? Yuss akan anggap, ia mungkin terjadi jika sentimen Ramadhan dan Aidilfitri menjadi benteng PR untuk melihat transition kerajaan ini berjalan lancar dan smooth. Ia mungkin juga tidak akan berlaku jika Anwar, terutamanya sekali, 'bijak' dan mahu MENYAKINKAN dulu rakyat semuanya bahawa tindakannya itu sah. Sah dalam erti kata jiwa rakyat. Perubahan minda rakyat. Membantu menganjakkan pemikiran rakyat dahulu. Bukti pilihanraya lepas bukan jawapan terbaik mengiyakan perbuatan sekarang. Kerana BN tetap berkuasa melalui pilihan rakyat. Itu fakta.
Benar sebelum ini BN juga bertanggungjawab jatuhnya kerajaan PBS di Sabah dahulu. Juga di Kelantan sekitar 60-an dan 90-an dulu. Tapi dalam jiwa rakyat sampai sekarang, adakah ia suatu perkara yang kita anggap betul? Kita anggap adil? Yuss masih terlalu muda. Yuss masih belum paham.
Jiwa orang muda penuh dengan prinsip dan pendirian yang tak berbelah bagi. Tapi Yuss juga sedar, prinsip dan pendirian ini akan bertukar dan berubah juga suatu hari nanti. Ia membentuk siapa kita hari ini. Siapa kita di masa hadapan. Kerana bagi Yuss, apa yang Yuss pegang dalam politik pada masa sekarang ini ialah, apa yang dipilih rakyat itulah kerajaan. Dan kerajaan baru yang terbentuk selepas ini juga perlulah atas pilihan rakyat. Proses pilihan in terletak dalam PILIHANRAYA.
Dan kalau kita lihat sentimen masyarakat terhadap Anwar atau PR, mereka mungkin akan kata Anwar berkemungkinan akan jadi PM. Kerana yang berdiri atas pagar sekalipun tetap tak mengiya atau menafikan perasaan mereka. Kalau melihat pasaran perniagaan negara juga begitu. Berita2 yang keluar semuanya mengaitkan sentimen 16 September. Tempiasnya kuat. Tapi manusia bernama Yuss tetap belum diyakinkan bila melihat masa depannya akibat daripada provokasi 16 September ini. Janganlah PKR bertindak menjadikan 16 September atas nama sentimen semata2. Kerana politik yang dibina atas nama sentimen adalah sesuatu yang kotor dan tidak sempurna. Asasnya yang perlu tepat. Yakni jiwanya yang perlu tegas.
Yuss hanya percaya pada kerajaan baru jika PARTI politik dibawa masuk melompat ke dalam pakatan mereka. Bukan individu yang menukar parti pegangan mereka, contohnya ahli parlimen UMNO bertukar menjadi PKR. Walaupun percaya kerajaan baru boleh terbentuk, tapi Yuss masih anggap ia tidak sihat. Entahlah...
Yuss masih mentah. Yuss mungkin berubah. Yakinkan Yuss dahulu.
Yuss kurang yakin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment