[Posting Asal]
Agak menarik untuk Yuss ulas secara kasar tentang isu DNA. Kelmarin semasa Anwar baru2 ditahan, terus ada ulasan berita tentang kemungkinan ujian DNA ke atas beliau dijalankan. Seperti yang Yuss ulas semalam, kepala hotak Yuss betul2 kelam kabut jadinya apakah keperluan ujian DNA tersebut. Dan hari ini, media2 kita dok sibuk bercerita tentang keengganan Anwar melakukan ujian tersebut semasa dalam tempoh 'tahanan' satu malamnya itu. Betul dengan apa yang Yuss agak semalam.
Tak perlulah Yuss explain apa itu DNA dan sebagainya. Ringkasnya DNA itu pengenalan diri kita. Maknanya? Ia tidak boleh berubah. Kod2 DNA tidak akan berubah. Data yang dikeluarkan selepas ujian juga tidak akan berubah. Ibarat kad pengenalan diri. Cap jari.
Hari ini pula polis berkata akan mendapatkan perintah mahkamah untuk melakukan ujian DNA ke atas Anwar selepas tak dapat buat. Kenapa begitu hebat sekali keinginan mereka nak membuat ujian tersebut? Terlalu penting sangat ke? Yuss akui Yuss tak boleh masuk campur urusan polis. Itu hak mereka. Tapi Yuss hanya memberi pendapat secara logiknya sahaja. Bukankah Anwar pernah membuat ujian DNA pada 1998 dahulu (dipaksa kata Anwar)? Yuss masih ingat dengan apa yang ditulis oleh akhbar2 pada waktu itu tentang ujian DNA Anwar. Kenapa mereka tidak mahu menggunakan laporan DNA tersebut? Hilangkah? Atau disorok? Atau apa? Kalau sampel darah yang diambil dulu telah musnah, itu Yuss mengerti. Mungkin kita takde 'fasiliti' nak menyimpannya walaupun negara ini dianggap maju. Tapi data2 yang di ambil MESTI ada dalam rekod. Takkan berubah kot datanya?
Atau juga ini prosedur biasa polis dalam menjalankan siasatan? Kalau macam ini gayanya, sejuta kali orang yang terduduh dituduh, sejuta kali lah ujian DNA kena buat? Inikah kecekapan atau kehebatan penyiasatan polis kita? Hmmmmm.... Yuss berharap sangat ada penjelasan lengkap polis selepas ini. Kerana ia kes 'berprofil tinggi' bagi mereka, dan juga bagi kita rakyat biasa. Segala2nya ibarat terdedah kepada umum. Dan Yuss masih tetap meletakkan harapan yang tinggi terhadap polis2 kita.
Yang penting, kedua2 belah pihak, Anwar dan polis, telah 'bermain' agak 'smooth' kali ini. Mereka semuanya telah belajar dari pengalaman pertama dahulu pada 1998. Yuss pilih antara 'Anwar dan polis' sebab kes belum dirujuk ke mahkamah. Dan Yuss mungkin juga salah meletakkan permainan antara Anwar dan polis, tapi sepatutnya antara Anwar dan 'undang-undang'. Tapi apa yang Yuss ulas adalah dari segi DNA semata-mata yang melibatkan kedua2 belah pihak ini ketika ini. Kredibiliti mereka keuda-duanya kita kena nilai walaupun keputusan akhir adalah di mahkamah nanti, jika dibawa ke sana.
Dan Yuss juga mungkin salah tentang DNA. Walaupun page sebelah yang Yuss bukak sekarang adalah tentang DNA di Wikipedia, tapi Yuss tak baca habis. Hanya berdasarkan pengalaman dan pelajaran yang diingat sikit2 masa buat Biologi dulu di Uni... Tut Tut Tutttttt..... Hehehe....
Yuss akan cuba melihat kes liwat kali ini dari sudut aspek penggunaan undang2 yang ada dengan betul atau tidak sahaja. Adakah dimanipulasi atau kebijakkan pihak2 tertentu 'bermain' dengan undang2 yang ada. Bukan sebab Anwar Ibrahim. Kalau 1998 dahulu mungkin ya. Sekarang dah 'dewasa' sikit, penilaian pun berbezalah sikit.
Yuss 'dewasa'? Gila! LOL =D
[Terbaru]
Yuss tak dapat nak mengelak dari tergelak besar sekarang ni. Sampai terpaksa letak dalam blog ni. Lawak sangat. Mengalahkan 'lu pikirlah la sendiri nabil'. Hahaha... Sorry. Just tergelak2 sebab terbaca berita Malaysiakini yang terbaru tentang kenyataan DNA Anwar oleh Paklah. Seperti petikan di bawah :
Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama.
"Jadi kita kena minta yang baru," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya petang tadi selepas melancarkan teksi hidrofuel.
Yuss bukan nak menyinggung sesiapa tapi kenyataan ini datangnya dari pemimpin negara nombor satu. Ada DNA lama dan DNA baru rupa-rupanya... Hmmmmm.... Mungkin Paklah suka bergurau kot. OK lah, nak sambung gelak jap.
Yuss suka gelak. LOL =D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment