Hari ini, ketika ini, kepala Yuss berpusing2 mencari jawapan kemanakah hala tuju sistem kepartisan or parti2 politik di Malaysia. Yuss terjerit dalam minda sendiri bila membaca pengakuan Hadi Awang (Presiden Pas) yang Pas memang ada melakukan perbincangan bersama dengan UMNO (sebelum ini Pas menafikan mereka pernah berpakat dengan UMNO). Isi perbincangan, apa yang didebatkan antara individu kedua2 belah pihak biarlah menjadi bualan sesama mereka. Hadi berkata tidak adil hanya Anwar dan partinya sahaja yang layak untuk berbincang dengan ahli UMNO yang lain untuk melompat parti atau apa saja topik lain yang ingin dibincangkan bersama. Begitu juga hak DAP untuk berbincang dengan sesiapaun. Tak semestinya bersama2 kalangan ahli Pakatan Rakyat (PR) sahaja.
Persoalannya sekarang, apa sebenarnya yang diundi oleh rakyat sebelum ini? Parti politik yang bertanding atau individu yang bertanding itu? Persoalan ini telah cuba dianalisis, telah cuba dijawab selepas pilihanraya yang lepas. Apakah sebenarnya hak rakyat dalam mengundi dahulu? Sekali lagi diulang, adakah individunya itu atau partinya? Apakah kuasa atau hak mereka ini, yang diberi kuasa oleh kita, dengan senang hati ingin bertukar2 selera memilih parti politik mana yang mereka mahu selepas menang, dan bukan rakyatnya yang mengundi mereka dahulu? Yuss masih kurang jelas. Masih kurang faham. Sebelum ini, UMNO pernah bercadang menggubal undang2 melarang lompat parti. Ada yang menentang. Ada yang menyokong. Tapi siapakah sebenarnya yang tergadai jika ianya digubal? Rakyat atau parti politik?
Dan bagaimanakah pula jika satu2 parti politik itu ingin melompat ke dalam perikatan/gabungan politik yang lain? Apakah kekuatan sesuatu perikatan antara parti2 politik di Malaysia ini sebenarnya cukup lemah? Diibaratkan seperti diikat dengan benang yang nipis dan rapuh. Dan dengan mudah sahaja si kepala dengan konco-konco besar partinya ingin membawa parti mereka keluar dan masuk ke dalam perikatan yang lain. Perlu diingat, buat masa ini perikatan parti2 yang ada di negara kita hanyalah Barisan Nasional (BN) dan PR. Bagaimana pula jika selepas ini ada kumpulan2 parti2 yang kecil yang lain ingin bergabung dan membentuk satu pakatan yang baru? Dan lagi dan lagi dan lagi? Kemanakah penyudahnya?
Ada yang berkata kita di Malaysia ini belum bersedia untuk sistem 2 parti. Masih terlalu jauh ke arah itu seperti di US dengan Demokrat dan Republikannya. Kita sebenarnya belum bersedia atau sebenarnya tak mahu ambil peduli, atau takut? Rakyat biasa seperti Yuss merasa kurang selesa bila melihat suasana tidak menjamin kestabilan di dalam erti kata kepartisan. Terlalu rapuh. Ibaratnya permainan politik negara hanya dimainkan oleh orang2 atau kelompok2 tertentu sahaja. Apa gunanya rakyat? Hanya sebagai bahan permainan? Hanya sebagai objek untuk memenangkan mereka? Jika jumlah parti politik boleh dikawal, bagaimana pula dengan jumlah gabungan atau pakatan antara parti? Bolehkah kita kawal jugak? Ada yang berkata pilihanraya kecil perlu diadakan, atau pilihanraya umum yang baru jika jumlah lompat parti ini besar jumlahnya. Kenapa rakyat pula yang perlu dipersalahkan untuk mengundi semula? Rakyat ibarat lembu yang boleh dicocok hidungnya dan ditarik kemana sahaja yang disukai tuannya.
Yuss rasa, seluruh pemain2 politik negara perlu duduk semeja, BN dan PR kesemuanya sekali. Berbincang. Cari kata sepakat membentuk sistem DUA parti di negara ini. Pastikan ada yang Islam, ada Cina, India dan sebagainya dalam satu2 pakatan itu. Cukup rumpunnya. Barulah Yuss rasa kita akan berjaya. Sangat berjaya. Kalau tidak, seperti sekarang ini, jika Pas dan UMNO bergabung, katakanlah.... Apakah perasaan rakyat bukan Melayu seperti Cina dan India? Tidakkah mereka rasa diketepikan? Merasa dipijak2? Merasa takut dan dianiayakan oleh kaum yang dominan? Pikir-pikirkanlah bersama. Letakkan diri kita dalam diri mereka. Jika kita dapat membahagi-duakan parti2 di Malaysia ini dengan cukup sifat antara kedua2nya, kita semua akan berasa selamat. Dan tak ragu-ragu lagi.
Sebagai contoh, bayangkan dalam satu2 pilihanraya itu nanti, jika parti Melayu lemah dalam pakatannya itu berbanding pakatan lagi satu, mungkin kekuatan parti India atau Cinanya akan dikuatkan bagi menjamin kemenangan. Atau sebaliknya. Ianya akan berulang-ulang dan ulang dan ulang lagi setiap kali pilihanraya. Sama seperti sekarang tapi lebih tersusun dan lebih stabil. Seimbang. Tak terlalu kuat di satu pihak. Tak terlalu lemah di pihak yang lain. Yang hanya ada ialah 2 bola yang boleh rakyat pilih untuk ditendang ke dalam gol bagi menjamin kemenangan dan kesejahteraan mereka. Rakyat senang memilih, politik akan lebih senang, politik akan lebih stabil, politik tidak nampak terlalu kompleks dan negara pun aman bahagia. =)
Dan buat masa ini, mungkin UMNO terlalu takut hilang kuasa yang digenggamnya selama ini. Merekalah 'Maha Berkuasa'. Dan PKR pula, baru setahun jagung dah berangan nak jadi PM. Muda, belum baligh katanya. Entahlah....
Tapi Yuss suka nombor 2. Yuss suka angka DUA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment