Thursday, 17 July 2008

Hari Ini Anti-BN, Esok Anti-PR

Apa yang Yuss nak mula ceritakan hari ini? Dan kenapa tajuk di atas yang Yuss pilih? Yuss sebenarnya nak bercerita tentang pendirian Yuss. Konon2 nyelah!

-----------------------------------------------------------
Tapi sebelum tu, Yuss ingin berbicara sedikit dengan apa yang berlaku semalam tentang Anwar Ibrahim. Sedikit sahaja. Yuss tak boleh ulas panjang lebar sebab Yuss 'konpius'. Bercelaru. Tak paham apa sebenarnya yang terjadi. Anwar ditangkap? Anwar ditahan? Anwar dituduh? Anwar dilokap? Anwar didakwa di mahkamah hari ini? Yang mana satu? Yang mana yang tepat? Apakah 'term' yang sesuai untuk peristiwa semalam? Yuss biarkan sahaja dulu. Apa yang boleh Yuss fikirkan, tindakan polis adalah bijak dan lebih teratur dan kehadapan berbanding Anwar. Bijak dan teratur dari segi perbandingan peristiwa penahanan tahun 1998 dahulu. Itu Yuss akui. Dan yang pelik sedikit dalam kepala hotak Yuss adalah keperluan ujian DNA Anwar yang baru. Bukankah dahulu pada 1998 Anwar pernah buat ujian DNA atas kes yang sama? Kemanakah data tersebut disimpan? Dibuang ke? Atau kelemahan sistem kepolisan kita menyimpan data2? Yuss rasa data DNA boleh disimpan lama dan tidak berubah. Hmmmm.... biarkan dulu. Later2 bile Yuss rase sesuai Yuss tulis lagi tentangnya. Dan Yuss mendengar lagi, spekulasi semasa 1998 dahulu sebelum Anwar dijatuhkan, Karpal Singh dan Mat Sabu adalah individu2 terawal yang mendedahkan salahlaku seks beliau. Hmmmm... sangat menarik konspirasi ini.
-----------------------------------------------------------

OK, Yuss kembali kepada tajuk yang Yuss pilih ini. Yuss hanya nak menjelaskan serba sedikit pendirian Yuss tentang dunia politik Malaysia. Yuss tidak memihak kepada sesiapa pun. Bukan BN. Bukan PR. Cuma, Yuss mengkritik apa yang Yuss rasakan salah dan kenapa tidak diperbetulkan. Tidak menyokong sesiapa, tidak juga menentang. Yang Yuss tentang ialah 'kesilapan' mereka2 ini (pada pandangan Yuss) yang boleh diubah. Dan Yuss percaya kepada mentaliti bahawa setiap kritikan mungkin ada kutukan. Tapi bukan setiap kutukan itu adalah kritikan. Kritikan yang menjadi kutukan adalah bile seseorang itu atau sesuatu itu tidak mahu menerimanya dan angkuh. Maka mengutuklah jadinya. Yuss percaya kepada konsep ini. Mungkin akan ada yang melihat Yuss ibarat berdiri di atas pagar kerana tidak memilih. Tapi, dalam dunia Yuss, ianya tak berpagar. Terbentang luas boleh berlari ke mana sahaja yang Yuss pilih dan suka.

Orang kata dunia politik, kita kena pilih mana yang kita sokong. Yuss pilih di saat terakhir tangan ini memangkah pada pilihanraya. Detik dan saat terakhir itu. Sebabnya? Yuss memilih menjadi rakyat biasa. Orang biasa. Itu yang Yuss pilih. Yuss masuk ke dalam sistem demokrasi adalah sebagai rakyat biasa untuk memilih. Itu pilihan Yuss. Dan bukan jugak bermaksud Yuss ikut sentimen2 semasa, tapi yang manakah paling menyakinkan dalam tempoh 4-5 tahun tersebut. Mungkin ada yang berkata karut sebab boleh ingatkah semuanya yang berlaku sepanjang masa tersebut? Jawapannya tidak. Tapi akan berlaku 'snap judgment' bile Yuss memangkah nanti. 'Snap judgement' ini terbentuk bile kita dibiasakan dengan sesuatu perkara contohnya seperti politik ini. Kita asah minda kita untuk membiasakan diri menilai berita2 yang bersih dan buruk dan neutral dalam tempoh tersebut. Yang mana 'convincing enough', yang mana 'perception', yang mana 'palsu'.

Yuss menerangkan benda ni sebab ada yang berkata, jika PR berkuasa, BN akan menyerang dan menghentam kerajaan baru ini sama seperti apa yang PR buat sekarang. So apa bezanya dan perlunya tukar kerajaan? Yuss katakan, memanglah kena ada kritikan2 itu nanti sebab itu ialah salah satu sifat demokrasi. Yang dikritik, yang ditegur adalah kesalahan2 di mata rakyat. Beri penjelasan yang menyakinkan kembali. Jika salah, tetap salah. Jika betul, maka betul lah ia. Tak kiralah BN, atau PR. Bukannya bile kita mengkritik, kita anti itu anti ini. Memang susah dan berat. Tapi siapakah yang berani kerana benar antara pemain2 politik ini? Ini sahaja yang rakyat biasa inginkan. Politik hanya kotor bila mereka 'boleh' menegakkan benang yang basah. Tapi pada mereka yang percaya pada agama, kesilapan dan dosa yang disorok itu akan terdedah juga suatu hari nanti dengan kuasa tuhan. Maknanya? Kita kembali kepada tuhan.... Hehehehe.... Menariknya! Kenapa kembali kepada tuhan? Sebab politik Malaysia pemain2 utamanya adalah orang Melayu. Orang Melayu maksudnya percaya kepada Islam. Islam itu ada tuhannya. =)

So, daripada kita SOKONG itu... SOKONG ini... ANTI itu... ANTI ini... lebih baik SOTONG-SOTONG bakar AUNTIE cina yang jual kat tepi jalan tu. Lagi sedap. Lagi kenyang. Lagi puas! =)

Yuss rakyat biasa yang makan sotong.

No comments: