Friday 29 August 2008

Bersangka Baik

Kali ini Yuss ingin menulis tentang sifat bersangka baik. Kenapakah satu 'sifat' ini menjadi satu artikel lengkap dalam blog Yuss untuk dihuraikan tentangnya sahaja? Apa istimewanya sifat bersangka baik ini berbanding sifat2 baik yang lain?

Sifat bersangka baik ini telah menyebabkan dunia Yuss yang agak jumud dan degil sebelum ini, berubah. Yuss memang akui Yuss seorang yang berpandangan satu tuju sahaja sebelum ini. Itu stereotaip yang Yuss pilih untuk diri sendiri. Degil dan hidup dalam dunianya yang tersendiri sahaja. Sukar untuk menerima orang lain secara zahir dan batin mereka.

Mungkin sebelum ini Yuss pernah mendengar tentang sifat ini tapi mungkin juga telah mengambil sikap tidak ambil peduli tentangnya. Tapi, sejak Yuss mengambil minat dengan dunia politik tempatan, inilah salah satu perkara yang membuka mata Yuss tentang hidup. Mengapa? Yuss akui amat berminat melihat perjalanan politik negara secara perlahan2. Tapi, ianya hanya bermula dengan aktif selepas Yuss terbaca satu artikel dalam majalah tempatan sempena Hari Bapa dahulu. Yuss kurang ingat majalah apa. Tapi artikelnya adalah mengenai Nurul Izzah dan bapanya, siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. Keluaran sekitar bulan Mei lalu. Sebelum itu, ingin Yuss ingatkan, ini tiada kaitan langsung sama ada Yuss sokong atau tidak Anwar dari segi pegangan politik mereka ketika itu. Yuss kan sekadar orang biasa yang suka memerhati? Dan bukan juga mengagung-agungkan beliau sekarang atau terpengaruh dengannya. Sekadar berbicara tentang pemikirannya. Itu sahaja. Jika baik dan boleh dikongsi bersama apa salahnya, kan?

Antara rencana dan temubual yang disiarkan, yang Yuss masih ingat jelas sampai sekarang ialah Nurul Izzah berkata, bapanya mengajar satu paling perkara penting dalam hidup, NUSZULHAN. Nuszulhan atau dalam Bahasa Malaysianya, bersangka baik (Yuss mungkin silap dalam ejaan atau maksud tepat perkataan Arab tersebut). Beliau mengulas, biarlah apa pun orang kata tentang Anwar, Anwar tetap menganggap semua orang sama baik dan patut dilayan sama rata. Walaupun mereka musuh sekalipun, beliau tetap bersangka baik terhadap mereka. Inilah yang dipraktikkan oleh beliau dalam dunia politiknya. Musuh yang tetap dihormati dan dliayan sama baik.

Semasa itu, ia betul2 membuka minda Yuss terhadap sifat ini. Yuss anggap ia sesuatu yang sukar. Apa bodohnya bersangka baik terhadap musuh? Tapi, bila Yuss pikir2kan semula tentang sifat Nabi kita, yang melayan tawanan perang sebagai seorang manusia, bukan sebagai musuh, barulah Yuss tersedar. Betapa bodohnya diri ini sebelum ini. Yuss akui masih banyak benda yang perlu dipelajari dalam hidup ini. Tapi, adakah ia mustahil untuk Yuss buat dalam diri Yuss? Itulah yang Yuss persoalkan dalam diri ini dengan mendalam. Kerana Yuss keras hati kata orang Melayu.

Yuss cuba lihat sekeliling Yuss. Contoh terbaik adalah partner Yuss. Yuss pada mulanya hairan macamana dia boleh menjadi ramah dan mesra dengan semua orang. Sesiapa sahaja yang dia temui. Tak kira baru, tak kira lama. Ibarat terlalu mudah dia membuat kawan. Terlalu mudah dia disenangi oleh semua orang. Apa yang istimewanya diri dia yang Yuss tak ada? Yuss akui Yuss pendiam dan memilih untuk bercakap terutamanya dengan orang yang tidak dikenali. Atau yang baru dikenali. Apa yang boleh Yuss tafsirkan sekarang ialah, beliau ada sifat nuszulhan ini. Bersangka baik dengan sesiapa sahaja pun. Tidak peduli dan tidak kisah pun apa yang mereka atau orang lain pikirkan tentang diri kita. Yang penting, kita ramah dan mesra dan terima setiap orang dengan bersangka baik terhadap mereka dahulu. Pedulikan apa yang orang lain anggap dengan diri kita. Dengan itu, senang untuk kita atau, Yuss terutamanya sekali, terima orang lain disekelilingnya.

Itu secara fizikalnya. Itu secara luarannya. Menggunakan sifat bersangka baik untuk berinteraksi dalam masyarakat. Walaupun Yuss masih lambat ke arah itu, tapi Yuss tetap pergi ke arah itu. Biar lambat, tapi Yuss berada di landasan yang benar. Dan ini menjadikan Yuss bertambah yakin dalam diri sendiri. Yuss baru dapat merasa betapa hebat dan besarnya kuasa 'bersangka baik' ini. Betul2 membantu diri Yuss dalam mencari puncanya.

Namun begitu, walaupun dari segi luarannya ia agak lambat, tapi Yuss sebenarnya bergerak terlalu laju dari segi minda dan batinnya bila menggunakan sifat bersangka baik ini. Ini Yuss akui sendiri. Maksudnya, Yuss menganggap semua idea, ilmu, pendapat, cadangan, kritikan dan luahan itu satu yang baik. Walaupun pada pandangan mata kasar, ada antaranya yang akan kelihatan bodoh, negatif dan kutukan. Yuss akan meletakkan semua ini dalam keadaan sifar. Kosong. Yuss akan persoalkan, Yuss akan analisakan, Yuss akan cuba mencari jawapan atau kesimpulan terbaik untuk setiap perkara yang dibangkitkan dengan ilmu dan panduan yang ada.

Dan inilah yang menyebabkan Yuss SEPERTI ibarat terjebak ke dalam dunia politik, tapi sebenarnya dalam konteks yang lebih besar lagi dari itu, isu pegangan hidup dan peribadi. Diiringi dengan minat bermain dengan 'rangsangan minda' mula-mulanya dulu sejak zaman sekolah lagi, kini, dengan mempraktikkan sifat nuszulhan ini, Yuss bertambah2 gembira dapat memahami perjalanannya sesuatu perkara itu sekarang. Kerana sebelum ini, Yuss suka melihat bagaimana idea itu berputar. Bagaimana minda itu bergerak. Bagaimana logik itu terhasil. Bagaimana jiwa itu terbentuk. Dan bagaimana tindakan akibat semua perkara ini berkembang.

Ya, Yuss akui politik adalah sesuatu yang Yuss minati. Tapi, politik yang Yuss pegang pada masa ini hanyalah sekadar pandangan umum sahaja. Pandangan kasarnya sahaja. Tiada penyelidikan mendalam. Tiada keperincian. Hanya berdasarkan logiknya sahaja. Berdasarkan akalnya sahaja. Kerana politik itu tidak ada nokhtah betul atau salah. Ibarat terawang-awang. Tetapi mempengaruhi. Mempengaruhi setaip inci hidup manusia didalamnya. Itulah yang menariknya tentang politik yang Yuss rasakan.

Akibat daripada sifat psikologi atau minda Yuss yang suka memerhatikan sifat manusia lain, suka mentafsirkan perangai manusia lain, suka membuat penilaian awal terhadap orang lain, politik adalah gelanggang terbaik bagi Yuss mempraktikkan sifat nuszulhan ini. Dari segi permainan mindanya, daripada Yuss membuat judgement terhadap manusia2 di sekeliling Yuss yang dikenali, lebih baik Yuss melempiaskan jiwa 'pemerhatian' Yuss ini kepada politik dan orang didalamnya. Ini juga satu terapi terbaik untuk diri Yuss. Untuk melatih Yuss menghadapi dunia sebenar.

Dunia itu adil sebenarnya. Minda kita bijak sebenarnya. Maha Pencipta itu Hebat sebenarnya. Hanya sama ada kita boleh sedar atau tidak, itulah sebenarnya yang patut kita tanyakan dalam diri sendiri.

Yuss tersedar.

No comments: