Saturday 30 August 2008

Budaya Merdeka Malaysia

Tahun ini kita meraikan Hari Merdeka yang ke 51. Selamat Hari Merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tapi Yuss merasakan bagaimanakah sepatutnya kita meraikan kemerdekaan? Yuss bukan menyentuh tentang CARA kita menyambut hari kemerdekaan seperti ambang 12 tengah malam nanti atau perarakan perbarisan di Dataran Merdeka saban tahun. Bukan itu yang ingin disentuh, tapi lebih kepada bagaimanakah kita MEMBUDAYAKAN hari kemerdekaan.

Kita tidak nafikan sejarah. Ia tertulis. Ia terjadi. Tapi bagaimanakah kita meraikannya? Dan apa yang sepatutnya kita raikan tentang sejarah itu? Kita, sebagai yang semua sedia maklum, meraikan sambutan 31 Ogos 1957 dengan sambutan yang amat meriah. Hebat. Gemilang. Tapi Yuss merasakan, sambutan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 patut juga kita raikan. Dan pada pandangan Yuss, ia sepatutnya diraikan dengan lebih meriah lagi, lebih hebat lagi, lebih gemilang lagi dari sambutan 31 Ogos. Sentimen 16 September Yuss rasakan punya signifikan yang amat besar sekali berbanding 31 Ogos. Kenapa?

31 Ogos 1957 adalah tarikh pejuang2 bangsa kita melepaskan diri dari cengkaman penjajah. Ia sangat besar ertinya sepanjang 51 tahun yang lepas. Dan ianya jugalah menyebabkan terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963. Itu perjalanan sejarah kita. Malaysia yang terdiri daripada Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura. Ada yang berpendapat sebab kurangnya sambutan Hari Malaysia ini adalah kerana terkeluarnya Singapura dari Malaysia pada 1965. Perlu kita ingat, pembentukan Hari Malaysia bukanlah PENYEBAB keluarnya Singapura. Ia lebih berupa kepada KESAN AKIBAT yang tercetus oleh pemimpin2 Malaysia semasa itu atau selepas peristiwa Malaysia terbentuk. Walaupun ia sejarah hitam negara, tapi itu keputusan pemimpin2 kita dahulu. Samalah juga seperti KESAN AKIBAT sekarang yang tercetus oleh pemimpin2 kita SEKARANG. Yuss rasakan bukan ini alasan yang menyebabkan 16 September tidak diraikan secara signifikan. Samalah juga jika kita lihat keluarnya Timor Leste daripada Indonesia. Walaupun faktor2nya berbeza.

Bagi Yuss, sambutan Hari Merdeka yang kita raikan sepanjang tahun adalah satu retorik. Yuss merasakan Hari Malaysia adalah lebih penting. Jika kita raikan hari pejuang2 kita memperolehi kemerdekaan, bukankah hari pertama gerakan pejuang2 kita mencetuskan idea menentang penjajah patut diutamakan dan diraikan juga? Merekalah perintis wadah kemerdekaan negara. Ia juga sama penting dengan memperolehi tarikh kemerdekaan itu sendiri.

Dan jika Hari Merdeka menyebabkan terciptanya pelbagai peristiwa penting termasuklah perlembagaan dan undang-undang, Hari Malaysia jugalah terciptanya perlembagaan dan undang2nya sendiri akibat daripada adaptasi daripada sebelumnya iaitu Malaya atau Tanah Melayu.

Sekali lagi Yuss tegaskan, bukan penafian sejarah yang dibuat di sini, tetapi bagaimana kita patut meraikannya. Bermula dengan gerakan2 pejuang2 kita menentang penjajah, kemudian sehingga mendapatnya tarikh kemerdekaan, dan akhir sekali sehingga terbentuknya Malaysia. Ia satu proses yang sangat panjang dalam tempoh tersebut.

Ini bermakna, Hari Merdeka berada dalam proses perjuangan orang2 dulu. Dan Hari Malaysia pula adalah ultimate pencapaian mereka. Dan Hari Malaysia jugalah satu-satunya peninggalan pejuang2 ini untuk kita semua. Yang telah kita gunapakai pada hari ini dan di masa depan.

Dan Yuss merasakan, kita patut meraikan satu-satunya peninggalan sejarah ini. Kita patut menghargainya lebih daripada Hari Merdeka. Dan Yuss merasakan sambutan Hari Malaysia ini secara besar-besaran seperti Hari Merdeka sekarang akan memberi impak yang cukup besar dan lebih mendalam. Ia akan menyebabkan kita berterima kasih dan bersyukur atas peninggalan mereka. Dan pada hari itu jugalah kita akan menghargai apa yang kita ada pada masa ini, ketika ini. Dan dalam masa yang sama, memikirkan apakah yang terbaik untuk masa depan kita, atau Malaysia. Satu hari yang boleh mencetuskan segala2nya dalam pemikiran rakyat. Dengan lebih menyeluruh. Inilah proses pembudayaan yang Yuss rasakan terbaik untuk setiap seorang rakyat Malaysia. Lebih kuat pengaruhnya daripada membudayakan Hari Merdeka.

Dalam masa yang sama, Yuss merasakan jati diri Yuss di Semenanjung tidak sama dengan apa yang mereka di Sabah dan Sarawak rasakan. Mungkin berbeza sedikit. Mungkin Yuss salah. Tapi Yuss rasakan seperti kita tak rangkumkan semangat ini yang sebenar-benarnya dalam semua masyarakat. Melayu, Iban, Bidayuh, Kadazan, mahupun Cina dan India. Hari Merdeka mungkin punya semangat yang kuat, tapi mungkin juga Hari Malaysia jauh lebih kuat dan mendalam lagi.

Selamat Hari Merdeka. Selamat Hari Malaysia.

Yuss Malaysia yang Merdeka.

3 comments:

Anonymous said...

betul ke kau yang tulis nie? kau ni ahli politik ke ape?
ke kau kerja sebagai pemerhati politik..tapi nampak gaya kau mcm adik2 je.

Anonymous said...

adik2 takleh baca politik ke? sundel sgt mengomen. ko tulis je apa yg ko rase betul yusss.

nama meks rosnah jalangni. vley?

Anonymous said...

yuss memang melerts u-olls!!! hidup hadik2!!!