Thursday 14 August 2008

UiTM dan Kemelayuannya II

Yuss mendapat reaksi daripada beberapa rakan tentang artikel yang Yuss sebelum ini, UiTM dan Kemelayuannya. Daripada apa yang dapat Yuss lihat melalui forum yang Yuss sertai, kebanyakan daripada kita belum bersedia dengan perubahan.

Ada yang berkata, idea pembinaan Bangsa Malaysia yang Yuss cadangkan itu merupakan datangnya daripada DAP, konsep Malaysian Malaysia. Yuss sendiri tidak perasan dan tidak mengkaji dengan lebih mendalam asas perjuangan sesuatu parti yang ada di Malaysia ini. Apa yang Yuss tulis dan sampaikan adalah daripada common sense akibat daripada apa yang berlaku di sekeliling Yuss. Yuss pun tidak perasan dengan persamaan dengan apa yang berlaku.

Dan yang lebih menarik lagi, mereka yang terlalu menyokong konsep perkauman ini menganggap Yuss sebagai orang Melayu yang lupa diri. Yuss tak pernah lupa asal usul Yuss. Yuss orang Melayu. Memang Melayu. Bapaknya mungkin Jawa. Ibunya mungkin Rawa. Itu asal usul mereka. Kemungkinan.

Yuss terpaksa menulis sekali lagi mengenai isu ini kerana ramai orang Melayu terlalu percaya dan terlalu berpegang kepada konsep, MELAYU MUDAH LUPA. Sebab mudah lupalah Yuss kene tulis sekali lagi. Mungkin Yuss akan ulang isi2 yang pernah Yuss tulis sebelum ini kerana ada kita mudah lupa kan?

Ada yang mempertahankan UiTM adalah untuk menolong orang Melayu. Melayu sahaja? Dan untuk membantu menambahkan graduan Melayu yang mendapat 1st class honour dalam pengajian mereka. Kerana apa? Kerana Melayu gagal untuk mendapatkannya daripada kebanyakan universiti2 lain di negara kita? Adakah ini salah bangsa Cina, India? Bukan salah Melayu? Kenapa kita tak pernah mahu meletakkan kesalahan pada diri sendiri dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. Yuss tahu hujah mereka agak sempit, tapi Yuss juga perlu menerang dan menjawab balik dengan hujah mereka itu. Takut mereka mudah lupa.

Yuss hanya mahu kita semua melihat kembali apa perlunya UiTM ini diwujudkan. Apakah benar ia adalah institusi terakhir orang Melayu kita? Apakah ia benar atau sekadar retorik mempertahankan sesuatu yang palsu? Yuss ulangi, Yuss tidak bersetuju dengan kewujudan UiTM. Ia adalah yang pertama seumpamanya di dunia! Kerana apa? UiTM wujud untuk satu kaum atau bangsa sahaja. Tidak pernah berlaku dalam dunia ini lagi. Iaitu untuk Melayu atau Bumiputera. Pelik atau tidak? Kalau universiti itu dibina atas dasar keagamaan, lainlah cerita. Lihatlah al-Azhar. Atau UIA sekalipun.
Yuss cuba bertanya kepada semua orang Melayu yang pernah berdebat dan berforum dengan Yuss, apakah perasaan kita... sekali lagi... perasaan kita... jika di tanah Palestin atau Israel, wujud satu universiti untuk satu kaum sahaja iaitu YAHUDI? Apa perasaan kita?

Takde satu jawapan pun yang diberikan. Yuss berulang-ulang kali bertanyakan kepada semua orang. Soalan mudah. Simple. Takde seorang pun menjawabnya. Sampai la ke hari ini. Sudah 4 hari. Tak kiralah apa jawapannya pun yang Yuss harapkan. Tetap tak ade.

Yuss hanya nak kita sedar, kita letakkan diri kita dalam diri orang lain yang mungkin terasa terasing di bumi sendiri. Letakkan diri kita dalam bangsa Cina di Malaysia, atau India sekalipun. Mungkin mereka tidak terlebih meminta, tetapi at least cuba selami sendiri perasaan yang ada dari segi kesamarataan. Itu sahaja yang Yuss minta, meletakkan diri kita dalam diri orang lain di sekeliling kita. Kerana tak kira apa pun, impak dan kesannya tetap akan mengena diri kita sendiri suatu hari nanti. Benar Yuss katakan Melayulah yang paling banyak bermain dengan api perkauman di Malaysia ini. Contoh terbaik adalah demonstrasi lebih 5000 pelajar UiTM baru2 ini. Apa yang boleh simpulkan secara ketat ialah kita diibaratkan seperti kaum SUPERIOR di Malaysia ini. Yang terhebat. Yang teragung. Tak boleh disentuh langsung. Yuss betul2 marah dengan Melayu seperti ini.

Dan ada juga yang berkata UiTM sebenarnya telah membuka 5% untuk bukan bumiputera. Yuss tidak tahu figure sebenar. Tapi jika Tan Sri Khalid mencadangkan 10%, kenapa kita orang Melayu tidak mahu melihatnya dari sudut positif? Kenapa mesti negatif semuanya? Ramai yang berkata baik untuk persaingan. Tapi Yuss punya idea lain. Apalah kata 5% tambahan yang dicadangkan itu diberikan kepada golongan bukan bumiputera yang betul2 memerlukan tempat. Atau betul2 miskin. Yang betul2 memerlukan bantuan. Adil bukan? Kenapa kita orang Melayu tak boleh berfikir ke arah itu walau sedikit pun? Kenapa orang Melyu terus-terusan mempertahankan sesuatu hak itu atas nama Perlembagaan? Kenapa tiada satu pun perbincangan sihat keluar dari mulut pemimpin kita? Kenapa semuanya perlu dipolitikkan atas nama survival parti masing2?

Dan bile Yuss kata tidak bersetuju dengan UiTM, maknanya sebagai universiti. Kalau sebagai ITM dulu Yuss sokong. 'Institut' dan 'Universiti' adalah dua entiti yang mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza. Universiti itu sendiri berasal dari sifat universal dan bebas. Dan dalam masa yang sama, ada pula yang berkata kenapa ada sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Cina atau India? Nak melentur buluh biarlah dari rebungnya, katanya. Well, Yuss nak katakan di sini, buluh yang dilentur itu biarlah dilentur sebagaimana yang diingini oleh ibu bapa masing2. Biarlah universiti menjadi destinasi terakhir untuk kita semua bergaul antara satu sama lain. Kerana semasa memasuki universiti, ia bergantung kepada diri sendiri, bukan ibubapa. Kenapa pulak universiti nak jadikan tempat pengasingan kaum? Maknanya, sampai bila2 kita semua tak berpeluang untuk berintegrasi. Dan universiti juga adalah tempat untuk segala ilmu dan idea berkembang. Tanpa sekatan. Itulah maknanya kebebasan yang ada pada ilmu.

Yuss sedih bile isu kaum dan agama dipolitikkan. Sedih. Adakah ini yang kita nak corakkan untuk 50 tahun akan datang? Yuss ulangi kata2 Yuss sebelum ini, apalah salahnya kita bina Bangsa Malaysia. Yang paling penting, jika kita ingin melihat sejarah, apa kata kita lihat sejarah dari hari pertama Malaysia TERBENTUK? Kerana itulah satu-satunya peninggalan pejuang kita yang lepas untuk kita gunapakai pada hari ini dan di masa hadapan. Malaysialah yang patut kita bina. Malaysialah yang patut dilihat. Bukan semasa zaman Tanah Melayu atau Malaya. Tapi Malaysia. Kita patut fokuskan kepadanya. Apa yang boleh kita buat untuk masa depan kita. Bukan mengulangi sejarah tentang hak itu hak ini, bagaimana hak itu diperolehi atau sebagainya.

Itu sebab Yuss katakan orang Melayu paling takut dan rasa insecure dengan apa yang mereka ada. Nak pertahankan hak itu ini. Kenapa perlu pertahankan sampai terlalu 'OVER'? Kenapa tidak gunapakai hak yang ada itu dengan cara yang elok? Kenapa perlu memainkan sentimen hak dalam perlembagaan itu? Kenapa Melayu jadi macam ni? Yuss sungguh-sungguh tak paham.

Dan yang lebih unik lagi, Yuss katakan kenapa ada antara kita yang berasa terlalu SUPERIOR dengan sifat kemelayuannya, Yuss nak bertanya, jika mak bapak kita kahiwin campur, katakankanlah...

Cina+Melayu... jadinya apa? Melayu.
Cina+India+Melayu... jadinya apa? Melayu.
Arab+Mat Salleh+Cina+Melayu... jadinya apa? Melayu.

Campurlah dengan darah apa sekalipun, jika ade sedikit sekelumit darah Melayunya, Melayulah dia. Betul atau tidak? Dibesarkan dengan budaya Melayu, dengan Islam, maka Melayulah si dia. Betul atau tidak? Kenapa Melayu itu teragung kah? Terhebatkah?

Yuss katakan Melayu mudah lupa. Mari Yuss nak ingatkan sekali lagi. Ada yang berkata, pembinaan Bangsa Malaysia adalah mustahi; dan tak mungkin akan berlaku. Akan hilang sifat Melayu kita. Ini fahaman kotorlah. Ini idea bodohlah. Kenapa pulak??? Yuss tak suruh pun hilangkan sifat Melayu itu. Dah ada dalam darah daging dan boleh dilihat pada warna kulit dan lubang hidung kita tu. Yang nak diubah adalah mentaliti, cara berfikir bahawa sifat Bangsa Malaysia didahulukan sebelum sifat asal bangsa diri seseorang itu. Tanamkan idea Bangsa Malaysia itu. Itu sahaja buat masa ini. Dan mungkin untuk jangka masa panjang, segala-galanya akan terasimilasi. Kalau Baba dan Nonya boleh terasimilasi dengan budaya Melayu, kalau pak Arab yang datang dulu boleh mengikut budaya temapatan dan jadi Melayu, yang asal Jawa pun boleh jadi Melayu, kenapa sekarang kita kata tak boleh? Baba dan Nonya tu tetap jugak berbeza kepercayaan agama mereka dari kita. Kenapa kita sekarang terlalu takut dan menganggap ia mustahil?

Kenapa kita berterusan bermain dengan api perkauman. Yuss lihat politik kita terlalu kotor bila mereka bermain dengan benda ini. Atau isu keagamaan sekalipun. Tak kiralah UMNO ke, PKR ke atau Pas sekalipun.

Kekadang kita terlupa dan mudah terlupa. Melayu kan mudah lupa katanya.
Kita meletakkan sifat bangsa itu lebih tinggi daripada agama. Betul atau tidak?
Kita berlagak kitalah pejuang kaum Melayu yang paling hebat dalam abad ini? Betul atau tidak?
Ibarat meletakkan agama nombor dua di bawah bangsa. Betul atau tidak?
Ada yang berkata Melayu itu Islam saling beriringan. Siapa kata semua Islam itu Melayu atau semua Melayu itu Islam? Siapa kata?

Kekadang Yuss malu jadi Melayu. Tapi Yuss tetap Melayu. Yang paling penting, Yuss lahir dalam bumi Malaysia. Yuss bangga jadi BANGSA MALAYSIA.

Kerana MELAYU MUDAH LUPA, Yuss pun kadang2 LUPA yang Yuss MELAYU.

No comments: