Wednesday 27 August 2008

Palungan Permatang Pauh

Yuss sebenarnya masih lagi teruja dengan artikel Yuss semalam mengenai dengan sumpah laknat. Dengan sokongan seperti sependapat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, ia betul2 membuatkan Yuss terus melakar senyuman manis. Masih betul2 teruja. Ini membuatkan Yuss agak tidak mengambil berat sangat dengan keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh ini. Tapi Yuss harus tetap menulis tentangnya.

Anwar menang dengan majoriti cukup besar, 15 671 mengatasi majoriti Wan Azizah sendiri pada pilihanraya umum lepas, 13 388. Ini sesuatu yang agak menarik untuk dilihat. Dan dalam masa yang sama, peratusan pengundi yang keluar juga cukup tinggi, 80.83%.

Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, ini adalah sesuatu yang dijangkakan, tapi Yuss cuba menolak andaian ini pada mulanya. Alasan yang diberikan kebanyakan daripada kita ialah Permatang Pauh ialah kubu kuat Anwar. Ia kelihatan cukup mudah. Tapi bagi Yuss, ia tidak semestinya berlaku. Dalam pilihanraya umum lepas, terlalu banyak orang2 besar dalam dunia politik tempatan seperti Samy Vellu, Zainuddin Maidin dan beberapa tokoh besar yang lain, tewas di kawasan mereka sendiri walaupun ada antaranya sudah berada di situ puluhan tahun. Ada yang berkata kekalahan mereka adalah kerana akibat daripada isu-isu berbangkit. Oleh itu, jika kita mahu kaitkan kekalahan mereka dengan isu berbangkit, kenapakah pula kali ini kita tidak boleh menyamakan kekalahan BN ini dengan isu berbangkit SEKARANG? Kita tinggalkan perdebatan kecil sebab musabab perkara ini.

Dari apa yang Yuss boleh lihat, Anwar sebenarnya bertanding dengan tangan kosong. Bermaksud, tidak pernah keluar pun statement dari mulur Anwar dalam media2 kita mengakui beliau MEMANG akan menang. Tidak keluar statement yang menampakkan keyakinan diri bahawa beliau MEMANG akan menang. Itu yang Yuss nampak dan baca dan dengar. Tak kiralah bertanding di kawasan sendiri ke, di Kulim ke, di Bandar Tun Razak ke atau di mana sahaja sekali pun. Beliau hanya mengulangi, campaklah di mana sahaja untuk bertanding, beliau akan tetap bertanding untuk menang. Dan ini berbeza sekali dengan kenyataan2 yang dikeluarkan oleh BN seperti kelihatan bongkak dan terlebih keyakinan diri seperti kenyataan2 Najib bahawa BN MEMANG akan menang. Tak salah untuk meraih keyakinan orang ramai, tapi cara penulisan, cara kenyataan dikeluarkan, tone suara disampaikan, menyebabkan Yuss rasa geram dan sedih. Tiada alasan kukuh yang boleh menyokong keyakinan beliau ini tapi hanya sekadar sentimen setempat beliau berada dan di interbiu.

Selain daripada itu, kita patut menyoalkan kepada diri sendiri kenapa BN kalah? Apakah sebab mereka kalah? Yang Yuss rasa perkara yang amat penting sekali ialah, BN sepatutnya mengakui kelemahan diri sendiri. Itu dahulu. Membuka kelemahan sendiri. Sanggup menanggung segala derita sebab2 kekalahannya ini. Dalam erti kata keterbukaan MENDEDAHKAN kelemahan. Bukan dengan berkata kita akan mengkaji dan selidik punca2 kelemahan ini dan kemudian diam begitu sahaja atau disimpan dan tidak didedahkan kepada orang ramai. Atau sampai rakyat terlupa.

Inilah masalahnya dengan BN atau lebih tepat lagi, UMNO. Mereka terlalu berahsia. Tidak mahu mengakui kelemahan sendiri. Mereka hanya tahu menyangkal sahaja apa sahaja yang keluar dari mulut pembangkang. Bukan mendedahkan kelemahan sendiri. Yuss rasa, jika kita dedahkan sekalipun, tidak bererti kita lemah, tapi orang biasa seperti Yuss akan lihat ia adalah permulaan untuk bangkit dan jadi kuat semula. Inilah yang patut dilakukan. Kerana terlalu berahsia dan takut malu inilah yang menyebabkan orang ramai mula meluat, menyampah dan geram akibat kedegilan pemimpin2 UMNO ini. Apa susahnya mengaku? Apa susahnya bersuara? Mengaku perlulah disusuli dengan tindakan. Itulah yang sepatutnya terjadi. Tapi tidak. Perkara ini berlanjutan sehinggalah sekarang walaupun pilihanraya umum lepas sudah masuk 5 bulan. Masa yang cukup lama atau terlebih pun jika mereka mahu melakukan penyelidikan mencari punca kelemahan diri. Dan sebagai contoh komen atau kenyataan Najib tentang kekalahan BN di Permatang Pauh ini ialah kerana, ia menunjukkan demokrasi itu subur di bumi Malaysia. Itu bukan mendedahkan kelemahan sendiri, itu MENUTUP kelemahan sendiri. Itu mencari alasan lain. Yang kurang munasabah.

Dan berbalik ke Permatang Pauh, Yuss berasa agak janggal dan pelik bila Najib mengetuai jentera pilihanraya tersebut. Ini kerana, Yuss anggap secara logiknyalah, Arif sendirilah yang patut mengetuainya. Arif sendirilah yang patut berjuang di hadapan. Orang2 pusat seperti Najib sepatutnya hanya bertindak sebagai tulang belakang atau pemangkin pilihanraya. Ini juga Yuss lihat amat2 melemahkan BN. Ibarat Anwar lawan Najib, bukan Anwar lawan Arif. Jika BN mempercayai dan mengakui Anwar itu cukup besar pengaruhnya sehingga sanggup meletakkan Najib sebagai ketuanya, bukankah lebih baik meletakkan Paklah sendiri? Percaturan politik BN jelas kelihatan lemah dengan meletakkan Najib. Bukan Paklah. Orang nombor satu perlu lawan orang nombor 'satu'. Atau adakah dengan meletakkan Najib, ini akan menyebabkan rakyat pikir Anwar sekadar lawannya Najib si nombor dua dan bukan nombor satu si Paklah? Inilah yang patut BN pikir-pikirkan semula. Terlalu merendah-rendahkan pandangan rakyat seperti terasanya.

Dan berbalik kepada teori konspirasi, adakah perlantikan jawatan Najib sebagai ketua jentera sebagai satu perangkap terhadap dirinya? Mungkin oleh Paklah atau orang dibelakangnya? Ibarat Paklah lepas tangan dan menyerahkan segalanya kepada Najib. Biar Najib tanggung segala kesalahan dan malu? Dalam masa yang sama Yuss berasa kasihan pun ada dengan Najib jika ini benar. Yang menghairankan juga, kenapa sejak akhir2 ini isu2 penting negara semuanya dijawab oleh Najib? Apa yang Paklah buat? Apa yang Paklah lakukan? Ibarat Najiblah orang yang bertanggungjawab segala-galanya. Sebagai contoh ringkas ialah penurunan harga minyak 15sen minggu lepas yang dijawab Najib dengan emosi dan marahkan rakyat. Peralihan kuasa antara mereka ialah tahun 2010, tapi inikah perjanjian awal antara mereka tentang penyerahan kuasa secara perlahan2? Entahlah...

Yuss merasakan kenapa pengaruh Pakatan Rakyat agak besar dan tidak menurun selepas keputusan Permatang Pauh ini adalah kerana mereka berjaya mempertahankan idealisme keterbukaan. Dan ia betul2 menyerap dalam jiwa orang ramai terutamanya yang muda. Golongan muda ini ditafsirkan sebagai dari umur 40 tahun ke bawah seperti laporan atau kajian pihak2 tertentu. Keterbukaan dalam erti kata menerima kritikan dan kemudian menjawab balik kritikan itu dengan elok dan baik. Dipersoalkan kemudiannya soalan2 yang diberikan dan diterjemahkan kemudiannya untuk memberi kebenaran atas tindak tanduk mereka. Seperti DAP dengan konsep CATnya. Pas pula terbuka menjawab dan mendedahkan apa saja dalam muktamarnya. Tidak dilihat laporan media yang positif sahaja. Ada baik dan ada negatifnya. Tapi diterima. Dipikir-pikirkan bersama. PKR dengan kes2 UiTM dan rasuah dan sebagainya. Jika kes mahkamah, seperti kes 2 exco Perak, mereka tidak sentuh langung kerana menjaga intergriti kehakiman. Idealisme UiTM oleh Khalid menyebabkan kita berfikir dan bermuhasabah diri. Dan kemudian Khalid akhirnya membuat kenyataan susulan. Dan jika kita tidak mahu membandingkan ini dengan dalam negeri, ambil sahaja contoh Singapura. Kenapa? Perdana Menterinya dalam ucapan sambutan kemerdekaan negaranya baru2 ini ada menyebut tentang keterbukaan dunia terutama sekali internet. Beliau langsung menyebut tentang Malaysiakini. Dan beliau mencadangkan agar undang2 ketat sekatan media mereka sekarang ini dilonggarkan bagi menyahut sifat keterbukaan ini. Inilah caranya yang sepatutnya rakyat ingin dengar dari seorang pemimpin. Idea dan pandangan terbuka mereka dilontarkan kepada rakyat. Dicadangkan atau dibangkitkan untuk didiskusi. Pastinya sebelum itu mereka menerima pandangan umum selepas menganalisa dan difikirkan bersama sebelum diterjemahkan dalam bentuk ucapan. Secara luarannya, ia berbeza dengan BN atau lebih tepat lagi, UMNO. Mereka terlalu berahsia. Terlalu memendam perasaan. Seperti yang Yuss jelaskan di atas, mereka hanya suka MENYANGKAL dakwaan, bukan mengkaji, menganalisa, dan kemudian mencadangkan bagi menjawab dakwaan2 yang ditimbulkan. Ini secara keseluruhannyalah.

UMNO perlu berubah jika mereka ingin terus berkuasa. Dan yang terbaru, kenyataan oleh Ku Li yang menyalahkan Paklah dan Najib akibat kekalahan di Permatang Pauh. Bukan ini yang rakyat ingin dengar. Bukan ini yang rakyat ingin fikirkan. Sampai bilalah agaknya mereka mahu faham. Tak habis2 menyalahkan orang lain. Inilah yang lebih disensasikan.

Dan berbalik kepada Permatang Pauh semalam, Yuss sebenarnya mendapat hint awal Anwar akan menang apabila membaca kenyataan Ketua Polis Kontinjen di Permatang Pauh di media2 kita bahawa tiada permit dikeluarkan untuk meraikan kejayaan atau berparti selepas keputusan diumumkan atau tengah malam semalam. Yuss seperti mengagak memang di pihak BN sendiri telah mengakui Anwar akan menang. Ditambah pula kenyataan Speaker Dewan, Pandikar Amin bahawa sesiapa yang menang di Permatang Pauh tidak semestinya akan mengangkat sumpah hari ini. Beliau berkata calon yang menang mungkin ingin pergi bercuti atau umrah atau apa2 sahaja. Dan ada tempoh sebulan untuk berbuat demikian. Inilah snap judgement Yuss mengatakan Anwar memang akan menang walaupun undian masih dijalankan. Yuss tak mahu ulas kedangkalan atau kelemahan kenapa statement2 ini dikeluarkan. Ia hanya hint terbaik untuk Yuss menduga.

Dan Yuss ada pandangan yang mungkin akan kelihatan agak radikal. Tapi Yuss hanya memikirkannya sahaja tidak bermaksud ia mencadangkan atau mengiyakan pandangan sendiri. Adakah mungkin darurat akan digunakan jika 16 September seperti yang direncanakan mungkin terjadi? Kerana Yuss tidak lihat UMNO akan menyerahkan kuasa dengan semudah itu. Dan dalam masa yang sama, ia adalah yang pertama seumpamanya terjadi peralihan kuasa antara parti sejak negara kita merdeka. Adakah akan berlaku huru-hara sebelumnya? Yuss harap2 sangat kita semua tidak terpengaruh dengan mudah dengan anasir2 pihak2 tertentu mengacau-bilaukan keadaan kita. Jika UMNO jujur dan ikhlas, mereka sendirilah yang patut mengeluarkan kenyataan jaminan mempertahankan dan menghalang ia daripada berlaku mulai sekarang. Itu yang patut kita lihat secara lebih dekat dan berwaspada. Itulah yang diharapkan kepada UMNO.

Apa2 pun, tahniah sekali lagi kepada Anwar dan Arif. Dan calon AKIM apa entah ke namanya. =)

Yuss terrrrr...fikir.

No comments: