Tuesday 26 August 2008

Sumpah Laknat

[Posting Asal]
Dalam kurang setengah jam lagi, kita akan mengetahui samada Anwar akan menang atau tidak dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Tapi, sebelum itu, Yuss amat tertarik untuk berbicara mengenai sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari. Kenapa? Kerana pada hari ini kecoh dengan amat teruk sekali. Dunia internet seperti berperang besar tentang isu sumpah laknat ini. Dan di sini serba sedikit pendapat dan pandangan Yuss secara jujurnya mengenai isu ini.

Sepatutnya isu ini patut dibicarakan oleh Yuss sejak lama dulu tetapi Yuss anggap ianya hanyalah berbaur politik kerana dilafazkan oleh Saiful sehari sebelum hari penamaan calon. Dan selepas lebih 10 hari ini, isu ini tetap menjadi mainan dan bualan harian rakyat Malaysia secara kesat atau lembut. Apa yang boleh Yuss simpulkan awal2 dulu, isu sumpah laknat ini betul2 telah dipolitikkan. Maksudnya? Kesemua media2 perdana kita melaporkan tentang pandangan dan ulasan pihak2 tertentu bertaraf ahli politik tentangnya. Dan bahasa2 yang digunakan dalam berita2 ialah seperti menggambarkan sumpah itu tidak patut dilakukan pada pandangan mata pembangkang.

Tapi apa yang Yuss lihat?

Tidak ada satu pun, tak kiralah sama ada Nik Aziz, Hadi Awang, Mahfuz, Nasharuddin mahupun Wan Azizah sendiri menafikan 'valid' atau 'sah'nya sumpah Saiful itu. Begitu juga dengan pandangan2 mufti di negara kita. Tidak ada seorang pun. Itu yang Yuss lihat. Yuss sendiri bersetuju lafaz sumpah Saiful adalah betul berdasarkan lisannya. Dan Nik Aziz hanya mengomen tentang zahir memegang al-Quran. Dan Wan Azizah pula mengomen ia adalah kerana dipolitikkan. Tapi mereka tidak berkata mereka menafikan sumpah itu. Inilah yang perlu kita jelas. Dan kenapakah pula kenyataan2 lain mereka ini dipermainkan oleh media kita seperti tidak bersetuju dengan sumpah Saiful? Itu yang Yuss pelik sebabnya rakyat seperti terlupa maksud asal sumpah itu. Bukan isu sah atau tidak seperti yang sepatutnya digambarkan oleh media kita.

Dan seperti dengan apa yang Yuss anggap sebelum ini, Saiful dan Anwar berhak untuk bersumpah mengikut kehendak hati masing2. Tetapi, sebagai seorang manusia yang patutnya bijak, mereka kena tahu bila masa yang sesuai untuk melafazkan sumpah itu. Tidak kiralah sama ada sebelum atau selepas pilihanraya, atau sebelum atau selepas keputusan mahkamah. Seperti yang Yuss tulis sebelum ini, apa akan jadi jika Anwar bersumpah dahulu? Pastinya dicanang-canangkan satu negara yang Anwar mengatasi undang2. Above the law kata orang putih. Mendahului undang2. Betul atau tidak? Maka, cara yang terbaik secara logiknya ialah melafazkan sumpah itu selepas mahkamah membuat keputusan tidak kiralah sama ada menang atau kalah.

Dan ada yang berkata, jika Saiful telah bersumpah, sepatutnya Anwar juga patut menyusul dengan segera untuk bersumpah. Yuss tidak bersetuju. Kerana jika Saiful boleh memilih masanya sendiri, kenapa Anwar perlu membontot masa yang Saiful buat? Jika menegakkan pendapat itu hak Saiful bile2 masa dia boleh buat sumpah, kenapa pulak kita nafikan hak Anwar untuk memilih masanya sendiri? Bukan double-standard kah namanya itu? Dan akibat daripada perkara ini, Yuss menyokong pandangan sesetengah pakar atau ulama yang berpendapat sumpah seperti ini perlu diadakan serentak oleh kedua2 belah pihak. Ada yang berkata Anwar sendiri yang tidak mahu bersama2 bersumpah pada hari tersebut. Dan jika tidak bersetuju di satu pihak kerana tarikh dan waktu, bukankah boleh dibincangkan sekali lagi tentang tarikh dan waktu ke waktu lain? Bukan susah sangat. Dan kenapa pulak Saiful tetap berdegil untuk bersumpah pada hari tersebut jika benar beliau telah mengajak Anwar bersumpah bersama2? Ia bukan lagi sebab mengenai keberanian untuk melakukan sumpah itu. Ini juga kita kena jelas.

Dan Yuss juga berpendapat, jika Saiful betul2 ingin bersumpah sebelum keputusan mahkamah, ia hanya boleh Yuss percayai jika mahkamah atau polis tidak ada sebab atau tidaak jadi untuk membawa kes itu ke muka pengadilan. Maka, dengan bersumpah, Yuss yakin Saiful boleh menyebabkan sumpahnya itu akan membawa kes itu ke mahkamah. Tapi, masalahnya, bersumpah atau tidak, kes liwat Saiful tetap dibawa ke mahkamah. Diulang. Tetap dibawa ke mahkamah. Dan sebab itu Yuss tak nampak keperluan sumpah itu. Dan Yuss yakin, kebanyakan daripada kita boleh lihat ini secara terbuka dan seimbang.

Yang menjadi masalah ialah bila berdebat dengan orang2 kuat BN, mereka berulang-ulang kali berkata Anwar patut bersumpah membersihkan namanya. Bile kita menerangkan secara baik, mereka akan menyerang balik dengan berkata kita tak patut mempersoalkan sumpah Saiful. Inilah masalahnya. Inilah yang memeningkan kepala Yuss. Telah Yuss jelaskan dengan sebaik mungkin bermula pada perenggan ketiga di atas yang takde siapapun mempersoalkan sumpah Saiful atau sebab2 Anwar patut memilih masanya sendiri untuk bersumpah. Ramai yang akan membuat penilaian Yuss seperti memihak kepada Anwar. Dalam kes ini, Yuss terpaksa berpihak kepada beliau kerana ia melibatkan hak beliau untuk bersumpah. Kenapa perlu kita memaksa? Kenapa kita semua dengan sekali petik sahaja beranggapan, bila Anwar tidak mahu bersumpah, ini bermakna Anwar TELAH DIANGGAP BERSALAH. Ini yang Yuss pelik. Ini yang Yuss kecewa. Dan mereka juga menganggap sesiapa yang menentang sumpah Saiful diibaratkan menghina Islam. Ini juga Yuss telah terangkan sejak awal lagi. Dan perenggan ini sepatutnya berada di atas dan bukan di bawah ini untuk menjelaskan maksud mereka. Tetapi Yuss tak sepatutnya menulis hanya untuk menjawab persoalan mereka tetapi lebih untuk menggunakan ruang ini untuk menyampaikan idea dan pandangan peribadi Yuss sendiri.

Kesimpulan Yuss?

Sumpah Saiful 'valid'. Tetapi masa dan tarikh ia dilakukan itulah yang dipersoalkan. Bukan mempersoalkan sifat sumpah itu sendiri atas nama apa sekalipun termasuk Islam. Jika ia hak peribadi Saiful, ia juga hak peribadi Anwar untuk melafazkannya. Ia juga hak peribadi setiap manusia bersandarkan kepada hukum agama atau undang2 tanpa ada masa yang boleh ditetapkan bila dan di mana mahu dilafazkannya. Kerana ia adalah antara manusia itu dengan tuhannya. Itu yang patut kita tekankan. Kerana jika kita mempersoalkan niatnya juga seperti satu kesalahan, kerana sekali lagi, Yuss tekankan, hukumnya adalah antara dia dengan Tuhan. Tak kiralah apa pun niat asalnya. Niat seorang manusia. Tapi balasan dari Tuhan. Bukan sesama manusia. =)

Yuss sumpah-sumpah.

[Terbaru]
Tidak sampai 3 jam Yuss poskan artikel 'Sumpah Laknat' ini, tiba2 sahaja Majlis Fatwa mengeluarkan kenyataan seperti yang diterbitkan di Harakahdaily bahawa lafaz sumpah hanya boleh berjalan selepas proses perundangan. Jelas sekali, Yuss agak teruja bila pendapat Yuss seperti disookong oleh badan atau majlis sebesar ini. Amat2 teruja. Memang Islam mengikut logiknya. Dan pemikiran secara logiknya jugalah yang cuba Yuss terangkan dan moga2 kita menuju ke jalan yang baik dan lebih elok. Ini antara petikan berita tersebut :

"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.


Dan ini adalah petikan yang selanjutnya.

Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.

Diharap selepas ini kita tidak mempertikaikan kuasa sumpah itu untuk tujuan baik. Yuss berasa lega dan bangga bile pandangan Yuss seperti amat sama dengan pandangan Majlis Fatwa ini.Dan Yuss merasa lega bila ia menguatkan semangat Yuss kerana ada antara mereka di luar sana yang membaca blog Yuss berkata Yuss mengikut fahaman freethinker kerana terlalu bebas berfikir. Tak perlulah Yuss pertahankan diri sendiri dengan andaian serangan seperti ini. Ia betul2 mengembalikan keyakinan Yuss untuk menulis tanpa batasan berdasarkan pegangan dan kepercayaan Yuss sendiri. Terima kasih Majlis Fatwa kerana menyimpulkan jawapan terbaik untuk kita semua dan tidak akan dipertikaikan lagi selepas ini. Terima kasih sekali lagi.

Dan dalam masa yang sama, jangkaan Yuss bahawa Anwar menang tipis semalam salah. Angka tidak rasmi pada waktu ini menunjukkan Anwar menang dengan majoriti yang amat besar melepasi majoriti Wan Azizah. Sekitar 17,000. Tahniah.

Yuss teruja. Yuss tersenyum. =)

No comments: