Wednesday, 16 July 2008

Debat Anwar-Shabery

Yuss mengambil masa yang agak lama untuk menulis mengenai debat ini. Adakah ianya berjaya atau gagal? Banyak yang boleh kita hurai dan terjemahkan.

Yuss melihat ianya tidak lebih daripada sebuah debat. Yuss kosongkan minda. Tidak mahu melibatkan sejarah atau latarbelakang pendebat-pendebatnya. Atau organisasi atau fahaman politik apa yang diwakili. Yuss isikan minda Yuss dengan tajuk debatnya sahaja, 'Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak'. Isi dan persoalan yang timbul adalah mengenai isu minyak. Maka minyak yang jadi fokus utama.

Anwar memulakan hujah bahawa jika beliau dan PR memerintah, esok 50 sen harga minyak diturunkan. Apa yang Anwar tawarkan? Antaranya secara ringkas, dengan mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) bagi mengelakkan kerugian seperti Petronas dan TNB dengan mengurangkan tahap simpanan negara dari 40% kepada 20%. Ini akan menjimatkan kerajaan sebanyak RM2 billion. Selain itu, dengan menggunakan keuntungan Petronas yang diberikan kepada kerajaan sebanyak RM1 billion daripada RM 6 billion keseluruhannya tahun ini. Selain itu, terbukti, setiap kali berlaku kenaikan harga minyak, inflasi akan turut meningkat. Dalam kes terbaru ini, minyak meningkat secara mendadak. Maka, inflasi akan dilihat akan meningkat secara teruk sekali. Ini antara contoh2 yang Anwar berikan. Dan fakta2 yang diberikan oleh Anwar boleh kita lihat melalui laporan kewangan Petronas di website mereka atau laporan tahunan kewangan mereka. Ia disebarkan kepada rakyat secara terbuka. Dan juga mengenai angka2 inflasi yang dikeluarkan oleh bank2 di Malaysia. Anwar mendakwa 6% inflasi oleh BNM tapi bank2 lain adalah lebih tinggi lagi, sekitar 8%.

Shabery pula memulakan hujah menjawab Anwar dalam bentuk serangan peribadi. Beliau tidak mengemukakan hujah2 untuk menentang setiap cadangan2 yang dikemukakan oleh Anwar. Dia mempertahankan dasar kerajaan sekarang bersandarkan kepada harga minyak global. Bagaimana sejarah Petronas ditubuhkan pada 1970-an selepas krisis minyak dengan mendakwa Anwar menentangnya dahulu. Juga kes IMF 1998. Sifat Anwar yang suka berdemonstrasi di jalanan sejak zaman mahasiswanya. Juga pada 1998. Anwar dikatakan suka mengkritik bila di luar kerajaan. Semua ini serangan berbentuk peribadi. Shabery juga memberi contoh perbandingan dengan Iran dan Venezuela (harga minyak terlampau rendah, 0.16 seliter, inflasi terlalu tinggi, sekitar 30%), dengan Finland dan Norway yang tidak memberi subsidi kepada rakyatnya, dan harga beras yang lebih rendah berbanding Thailand jika dibandingkan dengan kita.

Anwar menjawab balik setiap hujah yang dibangkitkan oleh Shabery. Jika ingin mengikut harga minyak global, untuk setiap kenaikan USD1 harga minyak, Petronas untung RM360 juta. Setiap... USD1. Perbandingan dengan Finland atau Norway pula, Beliau berkata, pendapatan perkapita mereka 10 kali ganda lebih tinggi daripada kita. Dan dengan Iran dan Venezuela pula, walaupun harga minyak rendah, inflasi tinggi, tapi di Malaysia, harga minyak tinggi, inflasi juga tinggi. Mungkin daripada pandangan mata kasar, ada logiknya. Dan mengenai isu IMF 1998 pula, Anwar membidas balik dengan berkata, kenaikan harga minyak secara mendadak sekarang ini adalah atas preskripsi IMF sendiri. Benar atau satu kebetulan? =)

Shabery juga cuba membangkitkan isu tajuk debat ini adalah manifesto pilihanraya PKR yang lepas. Jika difikirkan, Anwar perlu kurangkan dari harga asal RM1.92 dahulu bukan harga sekarang RM2.70. 50 sen kurang, masih tinggi (RM2.20) dari sebelum pilihanraya dahulu.

Anwar membalas bahawa apa yang disampaikan adalah isu masa kini. Harga minyak masa kini. Angka 50 sen adalah rasional selepas sehari kerajaannya dibentuk. Untuk jangka pendek. Beliau juga tidak menafikan langsung yang ianya akan dikurangkan lagi selepas itu. Dan berkurang dari RM1.92 dalam tempoh2 masa tertentu. Yuss melihat hujah ini sangat baik kerana jika harga minyak diturunkan secara mendadak dan cepat dalam masa 'satu' hari, ia akan memberi impak yang besar kepada susunan ekonomi negara. Mengejutkan pelaburan negara. Berlaku penstrukturan semula yang kelam kabut dalam pasaran kita. Itu bukan yang mahu dan ingin kita sebagai rakyat biasa, lihat. Akan melemahkan kerajaan yang ada. BN juga pastinya akan menggunakan pendekatan yang sama.

Ada sesetengah pihak melihat debat ini tidak cukup kuat kerana tidak punya 'fakta-fakta' yang kukuh mengiyakan hujah masing2. Yuss paham maksud mereka. Mereka ini inginkan fakta spesifik yang lengkap untuk hujah seperti ini. Yang jelas bertulis dari A sampai Z. Perlu diingat, fakta spesifik tidak boleh dihuraikan dalam masa 1 jam atau lebih tepat lagi, 52 minit (tidak termasuk iklan). Apa yang Anwar berikan, adalah idea dan bagaimana isu ini boleh dilaksanakan. Di samping itu, mereka yang berdebat dengan tidak membawa ahli2 sokongan yang bersifat pakar2 ekonomi, pakar2 pasaran yang boleh mengeluarkan data lengkap di atas pentas. Ia adalah mengenai 2 indivdu dalam dunia politik. Ahli politik adalah sifat yang mereka bawa ke atas pentas. Atau lebih tepat lagi, sebagai ahli parlimen yang mewakili rakyat mereka. Ini juga kita kene faham.

Jelas sekali, tanpa ragu-ragu, Anwar menang dengan hujah dan isi2 beliau. Yuss tidak nafikan. Kebanyakan ahli2 BN juga tak nafikan. Kebanyakan rakyat juga tak nafikan. Shabery pula jelas sekali tidak membalas jawapan2 kepada isi-isi persoalan yang ditimbulkan oleh Anwar. Anwar adalah 'kerajaan' dalam debat ini kerana mengusulkan isu dan Shabery perlu bertindak sebagai 'pembangkang' dan perlu menepis setiap isu yang dikemukakan. Dan beliau gagal. Itu secara debatnya. Apa yang Yuss ulas adalah dari segi isi2 debat. Bukan luaran.

Dan mari kita kembali kepada realiti...
Jika dilihat di luar skop perdebatan ini, apa yang kita boleh lihat?

Apa yang boleh dikatakan di sini, ia membuka satu lembaran baru kepada sistem demokrasi Malaysia. BN dilihat cuba untuk kembali ke dalam norma2 masyarakat 'bermaklumat' untuk memberikan penjelasan mereka. Juga PR telah memecahkan monopoli memasuki media arus perdana untuk menyampaikan isi hati mereka. Kerajaan Paklah dilihat membuka diri mereka menjadi liberal. Berbeza dari pemimpin sebelumnya. Anwar pula menjadikannya satu publisiti 'memperkenalkan' dirinya. Ia satu nafas baru dalam sistem politik negara.

Dalam masa yang sama, kita boleh lihat dan nilai secara kasar dan halus siapakah pemimpin2 yang kita inginkan. Jenis pemimpin2 yang kita mahukan. Anwar dilihat cukup liberal, cukup berkarisma dalam menyampaikan hujah2 beliau yang beliau anggap betul. Itu pendapat Yuss. Shabery pula agak gagal dan masih 'mentah' sedikit. Tapi ada keberanian untuk mencuba. Pemain2 politik senior seperti Paklah dan Najib yang perlu berlawan dengan Anwar, bukan Shabery. Walaupun Yuss meletakkan diri Yuss secara neutral sebelum perdebatan ini, jelas sekali Yuss tak dapat nafikan kehebatan Anwar dalam berhujah. Kagum dan hebat. Seorang pemimpin harus tahu cara bagaimana menangkis setiap serangan atau point pihak lawan. Shabery tidak. Serangan peribadi kebanyakannya. Dan ini memberi 'penjelasan' bagaimana BN beroperasi. Penuh skrip yang telah ditetapkan. Bukan datang dari keihklasan hati sendiri tapi atas kertas.

Dan kebanyakan pengulas2 dari pihak kerajaan di TV pula, banyak yang menghentam Anwar. Yuss lihat Bernama TV tadi, tiada keseimbangan dalam analisa mereka. Memberatkan kerajaan semata2. Begitu juga dengan Khairy Jamaluddin dalam petikan ulasan di Astro Awani selepas debat berlangsung. Jelas sekali, setiap ulasan mereka adalah menghentam individu, bukan secara akademiknya tentang isu atau isi perdebatannya. Di pihak PKR pula, mereka lebih mementingkan keperluan huraian isi2 hujah yang dibentangkan. Seperti yang disuarakan Ahli Parlimen dari Balik Pulau dalam ulasan berita Astro Awani malam tadi.

Dan bagaimanakah pula, jika selepas ini segala cadangan2 Anwar ini digunapakai oleh kerajaan sekarang? Bukankah Anwar yang akan kerugian? Mungkin yang akan timbul selepas ini adalah kredibiliti Paklah jika cadangan Anwar diterima. Mudah mengalah. Tapi, jika kita lihat cara Paklah yang digambarkan dengan bersifat sederhana dan lembut, ia bukan menjadi satu kesalahan atau masalah. 'Yang baik, jika baik untuk rakyat kita gunapakai'. Itu mungkin kata2 Paklah. Apakah nasib politik Anwar selepas itu? Mungkin beliau akan menang pilihanraya kecil untuk berada dalam parlimen, tapi bukan sebagai PM lagi. Mungkin kena tunggu pilihanraya umum akan datang. Paklah sudah menjinakkan Najib, kepandaian Anwar atau pembangkang pula boleh Paklah gunapakai dan rampas. Ini sekadar andaian, spekulasi Yuss sahaja. =)

Keterbukaan sudah ada di negara kita, accountability pula perlu menyusul. Bolehkah diteruskan lagi selepas ini? Mungkin ya. Mungkin tidak.

Yuss penat. =|

2 comments:

sam zahri said...

wow!

Anonymous said...

Jika fokusnya hanya pada menurunkan harga minyak jelaslah boleh diturunkan.

Soalnya ialah adakah penurunan harga minyak langkah terbaik dalam mengharungi arus ekonomi dunia kini?

DSAI memberi separuh jawapannya apabila mengatakan turunkan 50 sen dahulu kerana ia membebankan rakyat terutama Melayu dan bumiputera lain dan ambil daripada pembaziran dan ketirisan yang ada.

DASC pula memebrikan separuh bangkangan dengan mengatakan kenaikan sudah difikirkan dan harga sekarang yang terbaik untuk semua.

Yang tidak terjawab ialah mekanisme paling anjal dan sesuai untuk semua tanpa mengherotkan (distort) ekonomi tempatan terlalu banyak bagi mengatasi kesan kenaikan tenaga dunia yang besar kemungkinan terus meningkat.

Jika terus diberi subsidi (50 sen itu tambahan subsidilah) apakah kita mengajar rakyat berbelanja tanpa mampu?

Jika pengurangan subsidi pada kuantum yang difikirkan sesuai oleh kerajaan pula apakah mekanisme bantuan efektif kepada mereka yang secara tiba-tiba jatuh di bawah paras kemiskinan dan lebih teruk lagi kemiskinan tegar?

Possible yes.Even before the debate we know yes can increase subsidy back.

But is it the right thing to do from the economical, social and good governance point of view? That IMHO was not really discussed as much as could have been possible.

Then again nothing should be interpret in isolation in this increasingly connected world so connect the dots is the thing we the audience must do if we want a clearer picture.