Friday 11 July 2008

Abdullah dan penggantinya

Yuss agak terkejut bila Paklah tiba2 umumkan yang beliau akan menyerahkan kuasanya kepada Najib sekitar Jun 2010. Baru semalam Yuss berspekulasi di sini yang Paklah akan terus berkuasa selepas drama2 bakal penggantinya heboh di kalangan rakyat. Menariknya rasa hati ini. OK lah. Hmmm... Apa yang Yuss boleh ulas sekarang? Perlu ditegaskan terlebih dahulu di sini, seperti laporan Malaysiakini hari ini, Hishamuddin (Ketua Pemuda UMNO) berkata ia adalah atas permintaan Najib sendiri bagi masa untuk peralihan kuasa tersebut berlaku sekitar pertengahan 2010. Ini antara petikannya :

"Hishammuddin berkata, keputusan peralihan kuasa itu berjalan lancar dan dibuat bersama Abdullah dan Najib.

"Ia adalah permintaan dari Datuk Seri Najib (peralihan kuasa dibuat) pada masa dan keadaan yang munasabah dan diterima umum,"" katanya sambil menambah, peralihan yang lancar adalah sesuatu yang dituntut oleh akar umbi.

Kenapa 2010? Mengapa masa yang agak lama diperlukan untuk peralihan kuasa seperti ini? Apakah strategi UMNO? Seperti yang boleh kita lihat, pengumuman ini lebih kepada tiada persaingan 'tidak sihat' bagi jawatan Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO akan datang. Ini adalah bagi menyelamatkan suasana kurang sihat dalam parti pada masa tersebut. Walaupun telah mencapai kata sepakat dalam mesyuarat MT UMNO tersebut, tetapi adakah ia menyerupai kehendak dan aspirasi ahli2 akar umbi UMNO biasa yang lain? Adakah ini yang mereka inginkan? Dari satu sudut, pengumuman ini lebih kepada meredakan sedikit suasana tikam lidah di kalangan ahli UMNO bagi mendesak Paklah meletakkan jawatan. Dan kembali bekerja seperti biasa.

Dalam masa yang sama, adakah sebenarnya Najib ditekan? Adakah tempoh peralihan kuasa yang dilihat agak lama ini sebenarnya melemahkan Najib sendiri? Adakah Paklah akan menggunakan kekuatannya mengawal Najib dengan kes Altantuyanya sepanjang tempoh ini? Adakah segala pekung kes ini berada di dalam tangan Paklah? Paklah genggam Najib buat seketika? Dan adakah juga, dalam tempoh ini, Paklah menjangkakan yang dia akan menggunakan sepenuh peluang ini untuk membetulkan semula tanggapan masyarakat terhadapnya? Membersihkan semula segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya? Kita akan tunggu dan lihat apa yang ditulis dan diulas oleh media.

Atau adakah juga tempoh masa ini digunakan untuk betul2 menjatuhkan atau mendiamkan Anwar dalam politik tempatan? Menggunakan masa yang ada bergandingan antara satu sama lain antara mereka berdua bagi menjatuhkan Anwar? Atau adakah juga Paklah sebenarnya punya rancangan bersama2 Anwar dengan konsep 'tunggu dan lihat' dalam tempoh tersebut untuk melihat samada Najib boleh atau tidak untuk 'survive' sebelum bergelar Perdana Menteri?

Atau Paklah juga sebenarnya sedang bersedia untuk memperbetulkan sendiri kesilapan parti atau kejatuhan parti jika 'peralihan' kuasa BN benar2 terjadi semasa 16 September ini seperti yang diuar-uarkan oleh Anwar? Mencari kekuatan untuk kembali berkuasa?

Dalam segala persoalan yang timbul, mungkin ada satu dua soalan akan terjawab dalam tempoh kurang seminggu dari sekarang. Amat menarik untuk kita lihat perkembangan politik kita. Setiap satu perkataan yang keluar dari mulut para pemimpin kita akan jadi panduan apa yang akan terjadi selepas ini. Seperti apa yang Yuss ramalkan semalam dalam artikel blog Yuss sebelum ini. =) Dan kes2 remeh-temeh seperti etika berpakaian orang2 media di parlimen semalam tidak mampu menjadi isu besar untuk kita huraikan. Biarlah ia tetap menjadi isu yang remeh.

Paklah memang akan terus berkuasa. =)

Yuss lihat politik.

1 comment:

Anonymous said...

I think u'r quite smart. Thx for the info. Fast thinker in analysis the news.