Thursday 10 July 2008

Survival Abdullah

Amat menarik berita Harakahdaily hari ini tulisan Azamin Amin dan ulasan Mahfuz Omar mengenai spekulasi mereka mengenai Najib dan Anwar. Antara ulasan yang dipetik dari Harakahdaily seperti di bawah ini :

"Abdullah cuma tunggu dan lihat siapa yang akan terkorban dalam perperangan mulut ini. Siapapun yang terkena, kedua-duanya sudah tercemar oleh skandal yang timbul.

"Sama ada benar Anwar meliwat Saiful Bakhtiar atau Najib memang mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, Allah sahaja yang tahu.


Kedua-duanya dianggap bakal menjadi pengganti Paklah. Tapi siapakah yang akan berjaya? Dan dari apa yang ditulis, Yuss berpandangan mungkinkah fitnah-fitnah (selagi tak terbukti benar maka Yuss anggap ia fitnah) ini dirancang oleh Paklah sendiri? Melemparkan cerita liwat dan sumbang mahram sebagai senjata survival politik Paklah? Ada yang melihat isu2 baru yang timbul ini adalah untuk menutup kelemahan Paklah sendiri dan menaikkan namanya semula? Mungkinkah?

Agak menarik untuk melihat dasar politik Paklah yang kelihatan naik turun naik turun tanpa henti. Mungkin orang melihatnya agak tidak konsisten tapi bagi Yuss ia agak menarik. Tidak seperti Mahathir di mana sepanjang 20 tahun lebih pentadbirannya, secara kasar kita lihat Mahathir begitu berkuasa dan sukar dicabar. Tapi Paklah dilihat mampu bangun semula selepas disepak terajang dengan pelbagai isu tanpa berlawan secara kasar. Dan melawan balik secara perlahan-lahan, secara diam-diam dan penuh racun berbisa. Yuss lebih sukakan cara ini. Paklah cuba untuk tidak menjadikan dirinya sebaris bintang diktator, tetapi kesederhanaan. Yuss anggap Paklah berjaya. Sekali lagi, benarkah Paklah dibelakang semua ini? Atau permainan in dimainkan oleh orang2 dibelakangnya dan tidak disedari oleh diri beliau sendiri?

Jika Najib dituduh dan dipanggil ke mahkamah, adakah kita mahukan beliau menjadi PM kita? Atau perlukah kita menunggu Najib sehingga kes Altantuyanya selesai di mahkamah? Berapa lama kena tunggu? Proses mahkamah mengambil masa yang lama untuk selesai. Selesai sekalipun, proses rayuan tetap boleh berjalan dan bukti2 baru boleh membuka semula kes yang sama ini. Ia proses yang panjang. Maknanya agak lama juga jika kita tunggu kes ini betul2 selesai. Najib hanya layak di mata rakyat untuk jadi PM jika beliau benar2 bersih dari kes mahkamah yang ada kaitan dengannya. Maka, Paklah dilihat akan terus berkuasa untuk jangka yang agak lama lagi.

Dalam kes Anwar pula, siapakah yang memulakannya? Orang Najib or orang Paklah? Permainan politik begini sukar ditentukan. Mungkin gabungan antara dua pihak di antara mereka bertiga untuk survival diri masing-masing. Sukar dijelaskan. Paklah+Najib atau Paklah+Anwar? Tidak mungkin Najib+Anwar. Sukar untuk melihat Najib+Anwar jika mereka sanggup memalukan diri sendiri di depan orang ramai atau rakyat.

Tetapi, jika Najib tersungkur, siapa pulak yang Paklah nak gantikan selepas ini? Siapa yang lebih layak? Di kalangan menteri2 sekarang ni, sukar mencari pengganti selepas melihat kehebatan ketiga-tiga pemimpin ini. Adakah Anwar sanggup masuk UMNO? Demi menjadi orang nombor satu negara? Menjadi PM? Adakah PKR cukup besar dan cukup kukuh dengan dasar politik kepartian mereka? Anwar masih boleh memilih.

Atau mungkin juga, bile kedua-dua kes ini timbul, maka imej atau populariti Anwar dan Najib dapat diseimbangkan. Ramai yang melihat Anawar cukup hebat dari Najib sebelum ini. Tapi sekarang ini ada suara2 yang berkata Anwar dan Najib sama sahaja. Ada kes. Ada masalah. Kepintaran mereka jadi nombor dua.

Adakah sebenarnya Paklah masih mahu terus berkuasa? Terus mengumpul tenaga untuk terus berkuasa? Biarlah anak buahnya tersungkur jatuh demi kekuasaannya? Adakah Paklah jenis orang begitu? Secara luaran, secara politik, Paklah tetap dianggap sederhana. tetap dianggap ditengah-tengah. Tidak keterlaluan. Imejnya berjaya. Yuss tetap rasa Paklah akan terus berkuasa.

1 Paklah, 1/2 Anwar, 1/2 Najib, 0 Yuss. =)

Yuss berspekulasi.

No comments: