Sunday, 12 July 2009

Wacana Ilmiah

Yuss tertarik untuk menulis mengenai wacana ilmiah antara Pemuda Pas dan Pemuda UMNO selepas cadangan kerajaan perpaduan ditolak bulat-bulat oleh kepimpinan tertinggi Pas.

Wacana boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan kaedah. Sama ada debat terbuka, perbincangan tertutup atau apa sahaja demi kepentingan rakyat Malaysia adalah amat-amat dialu-alukan.

Namun begitu, Yuss merasa agak kurang selesa dengan harapan orang-orang UMNO untuk melihat kesatupaduan antara mereka dan Pas adalah demi untuk kepentingan orang Melayu. Mereka mahu melihat orang Melayu bersatu semula dan tidak dilihat berpecah belah.

Inilah yang menarik perhatian Yuss. Bagi Yuss, jika UMNO benar-benar jujur untuk melihat kesatupaduan orang Melayu, ahli-ahli PKR yang Melayu juga perlu disekalikan. Kenapakah orang Melayu PKR perlu diasingkan? Jika Pas dan UMNO bersatu, ini belum bermakna 100% orang Melayu bersatu kerana ada sebahagian besar Melayu lagi yang menyokong PKR.

Begitu juga dengan sebilangan kecil Melayu yang menyokong dan mewakili DAP. Jika kesedaran tentang survival Melayu itu terlalu penting untuk Melayu, maka lebih baik sekalikan semua wakil-wakil Melayu dalam parti-parti pembangkang ini.

Kenapa UMNO memilih Pas sahaja? Apa istimewanya Pas kepada mereka? Dan selain itu, Yuss agak teruja dengan kesanggupan dan kesungguhan UMNO yang mahu bermuzakarah dengan Pas. Kalau tak percaya, tanyalah si Khairy Jamaluddin.

Ini adalah salah satu ciri terdesak kerana pengetahuan tentang penolakan rakyat terhadap UMNO kini disedari ahli-ahlinya. Sebelum ini, mereka kelihatan sombong mempertahankan pembentukan kerajaan persekutuan walaupun kurang majoriti 2/3nya.

Bagi Yuss, Pas bukanlah parti untuk orang Melayu sahaja. Pas ialah parti untuk semua kaum. Dengan syarat mereka beragama Islam. Cina Islam. India Muslim. Tak kiralah kaum apa sekalipun, sekiranya manusia itu Islam, mereka layak untuk menyertai dan mewakili Pas. Inilah yang membezakan Pas dengan UMNO.

Jika wacana ilmiah ini benar-benar terjadi, bagaimanakah reaksi wakil UMNO jika Pas menghantar 3 orang wakil, satu Melayu, satu Cina dan satu India? Adakah UMNO boleh menerimanya dengan alasan untuk perpaduan Melayu?

Secara terbuka, Yuss melihat wacana ilmiah ini lebih kepada penembusan kekuatan Pas ke dalam UMNO secara jitu. Mereka terus menusuk dan mendesak UMNO untuk berwacana. Dan akhirnya UMNO seperti menerima konsepnya walaupun aktiviti fizikalnya belum terjadi lagi.

Selain itu, Yuss juga melihat penolakan Najib tidak mahu berdebat dengan Nik Aziz sebagai satu kerugian. Dan ianya juga boleh dilihat sebagai tindakan talam dua muka UMNO kerana ada yang berkata elok berdebat dan ada yang tidak dari dalam UMNO itu sendiri. Mahu atau tak mahu? Itulah persoalan politik UMNO.

Parti-parti lain seperti DAP dan PKR sepatutnya tidak perlu risau dalam wacana seperti ini. Walaupun mungkin mereka tidak dijemput, katakan, mereka punya ruang untuk berwacana dengan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional. Mungkin DAP-MCA boleh duduk bersama mencari titik permulaan ke arah pembinaan bangsa Malaysia yang betul. Atau PKR-Gerakan. Semuanya berkemungkinan.

Tidak salah untuk duduk semeja. Bersetuju atau tidak keputusan yang diambil, itu belakang kira. Yang penting, usaha ke arah kesefahaman itu sudah ada, walaupun langkah lembut UMNO kali ini yang sanggup berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan parti lawan yang boleh dianggap sebagai satu ciri kelemahan parti UMNO yang kononnya terlalu kuat dan berkuasa.

Tapi, satu perkara yang merisaukan Yuss ialah, jika wacana ilmiah seperti ini gagal terlaksana, UMNO dan BN mungkin menggunakan isu ini untuk kepentingan mereka. Mereka mungkin akan menunjukkan taring sebenar mereka seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

UMNO cuba mencari kekuatannya melalui perbincangan ilmu seperti ini. UMNO mungkin juga cuba meraih simpati dengan cara seperti ini. UMNO juga mungkin mahu melemahkan kekuatan Pas secara halus dan memusnahkan Pakatan Rakyat. Niat di hati siapalah yang tahu.

Begitu juga dengan Pas. Begitu juga dengan seluruh parti-parti politik di Malaysia. Permainan politik tetap politik. Kita hanya perlu tunggu dan lihat.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, tidak salah untuk kita melihat Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional duduk semeja. Tidak salah untuk melihat orang Islam dan bukan Islam berpakat-pakat demi untuk kepentingan negara.

Rasanya, cadangan untuk duduk semeja ini pernah disuarakan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini tetapi ditolak oleh BN. Rasanya Anwar Ibrahim juga pernah menyatakan perkara yang sama. Nampaknya, kejujuran untuk perbincangan bersama seperti ini kebanyakan ideanya datang dari Pakatan Rakyat itu sendiri. Hanya kini baru terbuka sedikit hati UMNO untuk menerimanya walaupun dengan Pas sahaja.

Yang lebih penting lagi, tidak salah untuk membersihkan apa yang dikatakan sebagai politik kotor. Yang kebiasaannya dilakukan oleh satu-satunya parti gabungan itu. Penerimaan rakyat hari ini sangat berbeza daripada zaman sebelumnya. Rakyat melihat politik hari ini tidak sama dengan politik 10 tahun yang lepas. Mereka semakin bijak membuat penilaian tersendiri.

Apa yang boleh dilakukan orang rakyat biasa sekarang ini ialah tunggu dan lihat.

Yuss berharap.

Thursday, 9 July 2009

Kotak Rokok


Semenjak kotak-kotak rokok di Malaysia meletakkan gambar menggerunkan seperti di atas, Yuss tersenyum. Baru sekarang kita mahu buat. Malaysia selalu lambat sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Kali pertama Yuss terlihat kotak-kotak rokok ini dijual kedai serbaneka 24 jam, Yuss sendiri pun terkejut. Macamanalah agaknya perasaan para perokok kita.

Dalam satu kejadian, semasa Yuss hendak membayar barang di kaunter, ada seorang Cina yang berdiri lama di hadapan kaunter. Keadaan beliau nampak macam mabuk. Waktu itu sekitar jam 2am. Beliau menatap kotak rokok yang dihulurkan kepadanya untuk dibeli dengan begitu lama.

Yuss menunggu sahaja di belakang sehingga beliau membayar. Tetapi beliau masih tidak mahu membayar. Beliau seperti tidak puas hati dan minta kotak lain. Penjual itu capai kotak-kotak rokok yang lain dan masih ada gambar-gambar yang menggerunkan itu. Beliau masih tidak boleh membuat keputusan. Digarunya kepala. Ditanya penjual sama ada menjual rokok tanpa gambar seperti itu.

Yuss hanya tersenyum. Hendak tergelak pun ada. Tak sangka, dalam keadaan separuh sedar itu beliau masih ada perasaan bersalah untuk merokok!

Akhirnya penjual memanggil giliran Yuss untuk membayar dan membiarkan si Cina itu ke tepi dan berfikir sendiri sebelum membeli rokoknya.

Selain itu, Yuss juga ada seorang rakan yang telah berhenti merokok. Semuanya gara-gara gambar gerun di kotak rokok yang di beli. Beliau yang telah merokok lebih 4 tahun sanggup berhenti begitu sahaja selepas peraturan baru yang mewajibkan gambar gerun itu terpampang di kotak rokoknya.

Ada sesetengah pihak berkata, gambar gerun di kotak rokok Malaysia adalah yang paling menakutkan jika dibandingkan dengan Singapura atau di UK.

Yuss bangga dengan usaha kuat pihak berkuasa yang cuba menyedarkan rakyat tentang bahaya merokok. Kementerian Kesihatan contohnya. Tahniah diucapkan. Dua peristiwa yang berlaku di depan mata Yuss ini membuktikan gambar-gambar tersebut memberi kesan mendalam kepada perokok.

Ada juga rakan-rakan Yuss yang masih terus menjadi perokok tegar terpaksa menukar bekas menyimpan rokok kerana mungkin malu membawa kotak rokok itu sendiri. Itu pilihan masing-masing. Lambat atau cepat untuk berubah dan sedar adalah hak individu.

Apa-apa pun, Yuss berasa bangga kerana akhirnya Malaysia mampu berubah. Kempen Tak Nak yang dijalankan sebelum ini dilihat terlalu lemah dan mendatar. Tapi dengan kehadiran gambar-gambar seperti ini akhirnya telah membuka minda kebanyakan daripada kita untuk sedar.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada mereka yang telah berhenti merokok. Yang tak merokok, hisaplah benda lain. Yang halal sahaja. Hehe...

Yuss tak merokok. ;)

Photo by Google

Wednesday, 8 July 2009

PPSMI Dimansuhkan

Alhamdulillah...

Sebentar tadi sekitar jam 2.30pm, Menteri Pelajaran telah mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya menjelang 2012. Yuss ucapkan tahniah kepada mereka yang betul-betul berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan.

Terima kasih juga kepada pihak kementerian dan pihak berkuasa atas keprihatinan yang diberikan ini. Selain itu, Yuss juga berasa amat teruja dengan cadangan supaya pemantapan Bahasa Inggeris haruslah dilakukan dalam kelas Bahasa Inggeris. Jumlah masa untuk kelas ini juga akan ditambah.

Bagi Yuss, ini adalah situasi menang-menang kepada mereka yang menentang dan mempertahankan PPSMI.

Hari ini juga bolehlah diibaratkan sebagai satu permulaan yang baik untuk kita menuju ke arah pembinaan bangsa Malaysia yang betul. Kita perlu mengikut acuan sendiri untuk betul-betul berjaya.

Bermula hari ini juga, pemerkasaan Bahasa Malaysia perlu dilakukan secara besar-besaran disamping tidak melupakan pemantapan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Dan sebelum terlupa, Yuss juga ingin ucapkan tahniah kepada Gapena yang berani menganjurkan perhimpunan jalanan membantah PPSMI sehingga membawa kepada respons segera daripada pihak kerajaan.

Sama ada ianya mungkin dikaitkan dengan politik atau tidak, isu PPSMI ini telah dianggap selesai. Isu rakyat perlu diselesaikan untuk rakyat. Kekuatan rakyat kini berjaya meleburkan hasrat sesetengah kumpulan manusia sahaja yang mahukan PPSMI diteruskan.

Tahniah kepada semua. Hidup Bahasa Malaysia. Bahasa Melayu.

Yuss gembira.

Wednesday, 1 July 2009

Even God Can't Change The Past

Hari ini adalah hari yang paling baik buat Yuss. Hari ini juga, Yuss dapat kembali seperti biasa untuk melakukan perkara harian dengan sempurna. Minda Yuss kembali berfungsi. Perasaan Yuss kembali tenang. Hati Yuss kembali segar.

Yuss sendiri hairan kemanakah menghilangnya diri 'sebenar' Yuss selama ini.

Selama ini Yuss tahu Yuss sakit. Tapi Yuss gagahkan juga buat tak tahu dan mendiamkan diri. Alasan Yuss, hendak pergi berubat selepas selesai majlis perkahwinan abang sulung Yuss nanti. Yuss suka menangguh. Tapi Tuhan itu Maha Kuasa.

Pada 15 Jun yang lepas, terdetik ianya menjadi hari paling menyeksakan buat diri Yuss. Yuss tak boleh bernafas. Badan terlalu lemah untuk berdiri dan muntah tanpa henti. Disebabkan sudah tak tertahan, Yuss kuatkan hati ingin pergi ke hospital.

Sesudah parkir kereta di PPUM sekitar jam 9pm, Yuss masih berdegil tak mahu pergi ke A&E. Yuss duduk sahaja di dalam kereta. Perangai degil masih menebal dalam diri Yuss. Yuss rasakan kononnya diri ini masih lagi kuat menunggu hingga hari esok dan pergi ke klinik biasa sahaja. Yuss buat keputusan untuk balik semula ke rumah.

Esoknya, tanpa banyak berfikir lagi, Yuss pergi sekali lagi ke PPUM. Itu pun ke klinik rawatan biasa mereka. Alasannya kerana ianya mungkin penyakit biasa dan tidak serius. Namun begitu, pegawai perubatan di situ terus menghantar Yuss ke A&E tanpa banyak cakap. Yuss terlantar di atas katil lebih kurang 9 jam. Pelbagai ujian dan sampel diambil.

Akhirnya, Yuss dimasukkan ke wad rawatan intensif selama 10 hari. Seboleh-bolehnya Yuss mahu balik kerana hujung minggunya ialah hari nikah dan resepsi perkahwinan abang Yuss.

Atas nasihat doktor, Yuss tidak dibenarkan keluar atas alasan Yuss mudah dijangkiti kuman melalui pernafasan terbuka. Mereka lebih arif. Yang pasti, Yuss sudah terlepas hari bersejarah perkahwinan abang Yuss. Sudahlah abang Yuss yang kedua kahwin dulu pun Yuss tidak dapat pergi, yang ini pun Yuss melepas. Ini sahajalah adik beradik yang Yuss ada. Terasa sedih sangat kerana semuanya terlepas. Tapi takdir Tuhan tiada siapa yang dapat melawan.

Walau apa pun, pengalaman terhebat dalam diri Yuss yang terjadi kepada diri ini ialah pada hari kedua Yuss berada di dalam wad. Yuss betul2 dapat merasakan azab dan sakitnya penyakit yang ditanggung. Yuss akui ketika itu diibaratkan Yuss sedang bertarung nyawa. Yuss rasakan nyawa Yuss sudah sampai ke penghujung. Yuss dapat rasakan seperti jasad dirinya seperti mula berpisah dengan nyawanya.

Yuss juga dapat merasakan adanya suara2 halus yang minta Yuss memohon keampunan Ilahi. Diajarnya Yuss untuk membaca surah2 al-Quran. Ianya ibarat seperti Yuss sedang berhalusinasi tetapi terlalu realiti. Sakit, pedih badan, menggeletar, berpeluh, tak selesa dan sebagainya bagaikan disekalikan ketika itu.

Apa yang Yuss minta hanyalah Tuhan memberikan peluang kedua kepada Yuss untuk membetulkan diri sendiri. Dengan izin Tuhan. Yuss mengakui segala kesalahan Yuss dan meminta diberikan masa untuk Yuss bertaubat.

Dalam proses transisi jiwa dan jasad Yuss ketika itu, Yuss menangis. Menangis kerana Yuss dapat melihat diri sendiri terlantar di atas katil. Menangis kerana terasa sakitnya dada Yuss seperti disentap secara kuat. Yuss tak boleh gambarkan kesakitan ketika itu. Terlalu berbeza seperti sakit2 lain yang pernah Yuss alami sebelum ini.

Mungkin sayangnya Tuhan kepada umatnya, Yuss seperti diberikan peluang kedua. Yuss mula tenang apabila tangan Yuss masih boleh digerakkan oleh minda Yuss. Ketika itulah Yuss sedar Yuss belum meninggalkan dunia ini lagi.

Betapa bersyukurnya Yuss walaupun badan berpeluh2 menahan sakit. Apa yang Yuss ingat, mulut Yuss tak habis2 mengucapkan syukur kepada Tuhan. Ketika Yuss sedar semula dari pengalaman itu, badan Yuss terasa amat lemah dan tidak bermaya. Hendak tekan butang panggil jururawat pun Yuss tidak larat.

Nasib baiklah ada seorang jururawat yang masuk ke bilik untuk memberikan ubat nampak keadaan Yuss. Beliau sendiri terkejut melihat banyaknya peluh dan muntah dalam bekas muntah. Yuss minta ingin berjumpa doktor. Yuss rasa beliaulah yang memaklumkannya kepada doktor.

Yuss juga teringat kedatangan doktor seawal pukul 6-7am yang sanggup datang melihat keadaan Yuss atas permintaan Yuss. Betapa dedikasinya mereka cuba membantu Yuss. Yuss masih ingat lagi doktor2 itu cuba bertanya itu ini mengenai keadaan Yuss. Tapi Yuss sekadar mematikan diri kerana terlalu tidak bermaya.

Akhirnya Yuss disediakan dengan ubat tambahan untuk melawan rasa sakit. Bermula dari hari itulah, Yuss boleh sedar semula seperti biasa walaupun pernafasan Yuss masih memerlukan bantuan oksigen.

Ianya satu pengalaman yang cukup hebat kepada diri Yuss. Satu pengalaman yang betul2 mendekatkan diri Yuss kepada Ilahi. Yuss anggap ini ialah peringatan dan peluang kedua oleh-Nya sebelum nyawa Yuss dicabut tanpa sempat bertaubat.

Alhamdulillah, Yuss kini terlalu ingin kembali ke jalan biasa yang benar dan lebih teratur. Yuss mahu perbetulkan semua yang tak betul sebelum ini.

Yuss juga amat2 berterima kasih kepada doktor2 pakar, dan doktor2 lain yang banyak membantu Yuss. Lebih kurang 6 orang doktor yang berdedikasi dan penuh rasa tanggungjawab membantu Yuss.

Yuss yang sentiasa lemah ini pun menjadi semakin positif, atau terlebih positif dengan sikap yang ditunjukkan oleh doktor2 ini. Yuss banyak kali mengucap syukur atas keprihatinan mereka membantu Yuss. Yuss tak boleh nak balas dengan wang ringgit. Yang termampu buat saat ini hanyalah doa2 yang baik buat mereka.

Begitu juga dengan jururawat2 PPUM yang sangat ramah dan sentiasa tersenyum.

Dan tidak lupa, manusia baik bernama Dino yang terlalu banyak membantu sepanjang Yuss sakit ini. Entahlah macamana hendak membalasnya. Masa, tenaga itu dan ini telah banyak beliau berikan kepada Yuss. Yuss tahu Dino seorang manusia yang terlalu baik dan bersedia membantu sesiapa sahaja.

Yuss masih lagi dalam recovery ketika ini. Ada 2 minggu lagi untuk Yuss mungkin betul2 sihat dari jangkitan kuman. Tapi rawatan lain akan tetap berterusan dan mungkin untuk sepanjang hayat Yuss bagi memastikan Yuss terus bernyawa dan tidak mudah dijangkiti penyakit dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Apa2 pun, Yuss telah bersedia untuk mendapat hidup baru yang lebih baik. Berkat doa ibubapa Yuss, opah2 Yuss dan kaum keluarga Yuss, ianya akan dijadikan peringatan untuk Yuss terus kekal menjadi manusia berguna.

Insya-Allah.

Yuss sayang Tuhan.

Tuesday, 19 May 2009

Kisah Dua Melayu

Yuss tidak tahu bagaimana hendak memulakan cerita. Semuanya terjadi akibat daripada peristiwa politik yang terjadi di Perak. Satu dunia tahu apa yang berlaku di negeri ini, jadi tak payahlah Yuss usik isi kandungannya lagi.

Yuss lebih tertarik kepada impak yang dibawa oleh tragedi politik Perak ini. Ianya berlaku kepada dua kenalan Yuss.

Kenalan pertama Yuss agak kurang berminat dengan politik. Tapi, disebabkan oleh kes politik Perak, beliau mula terusik dengan dunia politik tempatan. Semuanya gara2 permainan media tentang kisah 'penderhakaan terhadap Sultan'.

Kisah menderhaka ini menarik minat beliau kerana ianya dikatakan mencabar sifat keMelayuannya. Lalu, atas dasar kesedaran, beliau secara tiba2 mengaku telah menyertai UMNO. UMNO ketika itu sedang sibuk melakukan perhimpunan Agongnya. Satu acara yang digembar-gemburkan, juga secara meluas di media2 harian kita.

Beliau mula terusik untuk mempertahankan Melayu. Demi mempertahankan Rajanya. Maka UMNO ialah satu-satunya pilihan beliau.

Yuss tidak mempersoalkan pilihan yang beliau buat. Itu hak masing2. Tetapi yang membuatkan Yuss rasa tercalit perasaan geramnya ialah apabila beliau mempersoalkan kewarganegaraan bangsa2 lain di bumi Malaysia ini. Pendatanglah. Apalah.

Yuss akui beliau terlalu mentah memahami semua ini. Yuss sendiri sehingga kini masih belajar untuk memahaminya.

Namun begitu, Yuss terus bertanya secara terus, adakah beliau Melayu? Tanpa sesaat berfikir, beliau terus menjawab ya.

Yuss bertanya lagi jika emaknya dulu asalnya Melayu? Beliau tidak menjawab terus seperti soalan pertama tadi.

Setelah berfikir sedikit, beliau memberi alasan terbaiknya bahawa emaknya Melayu dan masuk Islam selepas mengahwini bapanya yang memang asal Melayu. Sebelum berkahwin, ibunya seorang Buddha berbangsa Cina. Secara automatiknya, Melayulah diri emak beliau disebabkan peristiwa keislaman itu.

Setelah beberapa lama, akhirnya beliau mengakui dirinya berdarah campuran Melayu dan Cina. Yuss terus bertanyakan lagi soalan yang agak berat, siapakah yang berhak ke atas dirinya untuk memilih Melayu sebagai pilihan dominan bangsanya? Adakah ibubapanya, komunitinya, atau corak pemerintahan negaranya yang membuatkan beliau memilih Melayu sebagai pilihan hidupnya?

Jika beliau lebih fasih berbahasa Mandarin berbanding Bahasa Melayu, tetapi beragama Islam dan hidup mengikut adat Melayu, adakah beliau Melayu?

Sehingga ke hari ini beliau masih belum dapat menjawab persoalan2 yang Yuss kemukakan. Sehingga ke hari ini juga Yuss malas hendak bertanya balik meminta jawapan.

Kisah Melayu yang kedua juga berkisar kepada tona politik yang sama yang tercetus selepas isu politik negeri Perak. Kisah tentang penderhakaan. Kisah tentang orang Melayu yang dicabar.

Akibatnya, sejak kehangatan isu2 tersebut, beliau selalu sahaja memerli Yuss dengan isu Melayu kerana beranggapan Yuss sudah tidak Melayu lagi.

Mungkin beliau merasakan Yuss tidak mahu mempertahankan keMelayuan sendiri seperti dirinya. Beliau yang menceburi bidang perniagaan telah memilih Melayu sebagai pelaburnya sahaja. Dan Melayu sahaja sebagai pembelinya. Alasannya kerana hendak bantu Melayu. Seboleh-bolehnya semuanya kena Melayu. Apa gilakah Yuss hendak jadi seperti itu?

Beliau berkata, dirinya bukanlah cemburu dengan bangsa Cina dalam hal perniagaan, tetapi memilih alasan untuk membakar semangatnya menjadi lebih berjaya dari bangsa2 Cina di Malaysia yang lain. Dalam hati Yuss, alasan tetap alasan untuk mencipta alasan tanpa alasan yang munsabah.

Tetapi baru2 ini, setelah agak lama tidak berbual dengannya kerana kesibukan masing2, secara seronoknya beliau telah bercerita tentang perjalanannya ke negara China. Hong Kong pun ditinjaunya.

Tanpa menunggu panjang, Yuss terus bertanya, pergi ke sana buat apa? Katanya pergi jalan2 sambil tengok barang untuk buat bisnes. Katanya hendak cari pembekal kain untuk bisnes pakaian bila balik nanti. Katanya lagi, murah kalau beli secara pukal dari sana.

Soalan sinis Yuss, kenapa pergi berjalan ke negara orang Cina? Kenapa cari peluang perniagaan dengan orang Cina? Apa bezanya Cina Malaysia dan Cina China?

Entahlah apa reaksi dalam hati beliau, Yuss malas hendak ambil tahu. Ternganga atau tidak mulut beliau, Yuss peduli apa. Inilah jenis2 manusia hipokrit yang termakan dek permainan politik perkauman di Malaysia.

Persoalan2 kecil seperti ini tidak siapa yang dapat menjawabnya apabila mereka khayal dengan sogokan hidup hariannya yang penuh rasis.

Yuss malas lagi hendak berdebat, atau hendak menolong mencari jawapan untuk mereka. Berfikirlah sendiri jika mampu. Tuhan dah bagikan akal dan minda, gunakanlah sebaik mungkin.

Nampak gayanya, Yuss terpaksa menerima konsep 1Malaysia anjuran PM kita, Najib Razak. Marilah kita kembali kepada pembinaan bangsa yang betul untuk negara bernama Malaysia.

Jangan biarkan 1Malaysia gagal hanya kerana perbezaan politik kita hari ini. Kerana jika gagal 1Malaysia, bermakna kita telah mencipta kegagalan dalam masyarakatnya. Politik menjadi kayu pengukurnya dalam isu kesatupaduan ini.

Kecualilah kegagalan 1Malaysia disebabkan perubahan lanskap politik negara dan digantikan oleh konsep2 lain yang sama sepertinya, mungkin seperti Anak Bangsa Malaysia atau perpaduan nasiona atau apa sahaja, namun sifat idea bangsa Malaysia itu sendiri harus terus ditanamkan.

Yuss pilih Malaysia dahulu. Melayu kemudian.

Tuesday, 12 May 2009

Tahniah Nizar

Petang semalam, seperti yang semua tahu, Nizar telah disahkan sebagai Menteri Besar Perak seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Yuss masih berada di Ipoh semasa keputusan disiarkan secara online lebih kurang jam 4 petang.

Kebanyakan daripada kita mungkin masih lagi terkejut, gembira dan bersyukur dengan keputusan tersebut. Dan mungkin juga seluruh bumi Perak sedang meraikan dengan cara yang sama, yakni dengan memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan.

Seperti biasa, walaupun Yuss teruja dengan keputusan tersebut, tetapi fikiran Yuss masih mencipta persoalan apakah kemungkinan atau langkah seterusnya oleh mereka yang berpolitik ini. Yuss kurang yakin BN akan mengalah begitu sahaja. Lubang untuk mencari ruang memenangkan diri masing2 akan tetap diusahakan.

Yang lebih menariknya lagi ialah, blog2 yang pro-BN kelihatan mencipta satu aura 'kebaikan' bahawa mereka menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Mereka mahu menunjukkan 'kematangan' bahawa mereka menghormati keputusan yang telah dibuat mahkamah. Tidak riuh rendah dan terbaring2 atas jalan sebagai tanda protes. Dan kononnya tidak seperti geng2 PR yang mungkin akan mengutuk dan mencaci mahkamah jika keputusan tidak menyebelahi mereka.

Blog2 pro-BN ini juga seperti biasa tetap cuba mengutuk blog2 pro-PR yang kononnya mahkamah hanya boleh dipercayai jika keputusan memihak kepada PR. Kononnya PR akan hanya kata mahkamah bersih jika menyebelahi mereka sahaja. Jika mahkamah tidak memihak, orang2 PR ini selalunya akan menanamkan kepercayaan bahawa mahkamah Malaysia tidak pernah adil dan saksama. Begitulah kepercayaan mereka.

Inilah permainan minda orang politik. Dalam penerimaan kepada sesuatu keputusan yang telah dibuat, satu jari tetap mahu ditudingkan kepada pihak lain. Tidak pernah mahu menerima keputusan sepenuh hati. Mesti mahu berbelit dan menyalahkan orang lain.

Kenapa seperti tidak ikhlas dalam mengeluarkan pendapat? Kenapa masih mahu menuding jari seperti ini? Tidak sedarkah mereka bahawa mereka juga seperti meniru gaya orang2 PR jika betul mereka tidak mahu menerima keputusan mahkamah seratus peratus.

Tetapi yang membezakan orang2 PR dan BN dalam soal penerimaan ialah, walaupun PR seperti selalu mempertikaikan keputusan mahkamah dalam banyak kes, mereka punya bukti dan sokongan yang kuat untuk merayu atau mencelah atau membantah. Mereka masih mampu meyakinkan rakyat dalam kebanyakan keraguan kes2 yang melibatkan soal keadilan.

BN gagal dalam soal keyakinan seperti ini. Seperti dalam kes MB Perak ini, maklumat2 yang didedahkan kepada rakyat kebanyakannya dilakukan oleh orang2 PR dan dilakukan secara terperinci, sama ada dari sudut perundangan, ilmiah, logik atau pendapat profesional yang banyak bertebaran di dada internet ini. Mereka mendidik masyarakat. Mereka cuba mengilmukan masyarakat dari segi logiknya. Tak kiralah apa pun keputusan mahkamah nanti.

Tetapi orang2 BN tidak pernah melakukan perkara ini. Bila ianya menjadi kes mahkamah, persoalan2 yang ditimbulkan tidak pernah dijawab oleh mereka secara matang. Segala2nya ibarat diserahkan bulat2 kepada mahkamah, hakim dan peguam2 mereka sahaja.

Bukankah sekurang-kurangnya orang2 BN boleh memberi sedikit 'ilmu' kepada rakyat untuk melihat kekukuhan fakta mereka untuk didebatkan dalam minda rakyat? Kerana rakyat ingin tahu dan ini melibatkan diri rakyat itu sendiri secara tidak langsung sebagai warga Perak. Malangnya, perkara seperti ini tidak berlaku melalui cara orang2 BN ini.

Akhirnya, rakyat biasa seperti Yuss akan mudah terkesima dengan ulasan Hakim Mahkamah Tinggi ketika mengesahkan kedudukan Nizar. Setiap jawapan yang diberikan oleh Hakim tersebut seperti pernah dibaca, didengar dan diketahui oleh kita semua sebelum ini. Ada antaranya pernah diletakkan dalam blog ini atau kita membacanya di blog2 lain seawal bulan Mac yang lalu. Kerana sebahagian besar ideanya seperti datang dan terdedah daripada pembacaan di ruang internet ini.

Itulah sebabnya orang biasa seperti Yuss menyokong keputusan mahkamah ini. Walaupun soal intergriti kehakiman Malaysia sentiasa dipersoalkan, tapi dalam persoalan kes MB Perak ini, rakyat telah terdidik terlebih dahulu sebelum ianya dibicara dan diputuskan lagi.

Begitulah uniknya kes Perak. Begitulah indahnya hitam Perak. Tahniah sekali lagi kepada Nizar.

Yuss gembira. Walaupun hakikatnya perjalanan politik Perak dan Malaysia masih panjang.

Thursday, 7 May 2009

Hilangnya Sinar Perak

Hari ini telah terbukti secara sah bahawa ianya wajib digelar hari Hitam untuk Perak. Betapa terkejutnya Yuss apabila membaca berita tentang bagaimana Speaker Perak, Sivakumar, ditarik keluar dari kerusinya dan dipaksa keluar dewan bagaikan beliau bukan seorang insan bernama manusia.

Apakah yang sebenarnya berlaku, Yuss sendiri tidak tahu. Sebagai orang biasa, Yuss masih terkejut melihat gambar2 dan cara perlakuan pihak2 tertentu yang melakukan perbuatan kebinatangan kepada manusia lain seperti ini.

Dan dalam masa yang sama, Yuss baru sahaja menulis tentang kes perangai kebinatangan manusia di Pulau Ketam dengan anjing2 mereka. Dan terkini, di dewan mulia DUN Perak pula. Tiada bezanya nilai perasaan dan perkemanusiaan jenis ini.

Manusia oh manusia. Kenapalah kita menjadi semakin tidak bertamadun?

Yuss sendiri tidak tahu siapakah yang kurang ajar dan siapakah yang merasa terlebih ajar. Undang2 seperti diperkotak-katikkan apabila usul menggantikan Speaker Perak dibuat oleh ADUN2 BN. Pelik dan ianya memang pelik. Undang2 dilihat ibarat sehelai kertas kosong yang boleh dikoyak-koyakkan apabila suka, dan dicantumkan di kemudian hari, juga apabila ada rasa suka.

Tetapi yang lebih menariknya lagi, Yuss lebih tertarik dengan cara manusia membinatangkan manusia lain. Adakah Sivakumar layak mendapat layanan seperti hari ini? Jika nama Sivakumar itu 'Suhaimi', adakah sanggup mereka yang 'berkuasa' ini melakukan cara dan tindakan yang sama?

Selain itu, soal2 derhaka, soal menghina Raja, semuanya sudah entah ke mana. Tidak malukah mereka membiarkan Raja Nazrin Shah menunggu sehingga 5 jam sebelum baginda boleh masuk ke dalam dewan untuk merasmikan sidang? Siapakah yang derhaka dalam hal ini?

Secara terang, Yuss letakkan kesalahan ini di tangan BN pimpinan Zambry. Apakah yang ditakutkan sangat oleh pihak BN terhadap Sivakumar (untuk menggantungnya melalui usul) sehingga sanggup membiarkan seorang Raja menunggu lama?

Mengusulkan suatu perkara yang tidak logik dan bertentangan, dan kemudiannya berpanjangan dan memakan masa berjam lamanya sehingga menyebabkan Raja tertunggu2. Bukankah derhaka namanya itu? Padahal dalam masa yang sama ada yang melaporkan, Sivakumar sendiri menyuruh semuanya bertenang dan membenarkan Raja Nazrin masuk merasmikan sidang.

Hendak bertekak, hendak bergaduh, dan terjerit sana terjerit sini, rasanya binatang dalam zoo pun senang untuk dikawal. Tidak malukah mereka berperangai seperti ini di dalam dewan yang dianggap mulia? Kalau dewan yang mulia pun boleh dibuat perangai macam dalam zoo, macamanalah agaknya kalau terjumpa di dewan yang TAK mulia, atau kedai mamak atau Tesco kat Ipoh Garden tu sekalipun.

Tak ada perasaan malukah agaknya mereka ini?

Dalam masa yang sama, berlaku satu gelagat yang memberikan sedikit kelegaan kepada kita semua apabila ada yang melaporkan bahawa Raja Nazrin bersalam dulu dengan Nizar dan semua ADUN PR dan kemudiannya barulah ADUN2 BN. Dan ada juga yang berkata Raja Nazrin keluar dewan diiringi oleh Nizar dan Ngeh sambil baginda membisikkan sesuatu bahawa Tuanku ingin berkerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Hmmm... =)

Selain daripada itu, hari ini semuanya telah bergaduh dalam dewan, tetapi di satu pihak yang lain pula, iaitu mahkamah, mereka akan hanya memutuskan siapakah MB yang sah pada Isnin depan. Bukankah ianya ibarat bertindih secara terbalik antara satu sama lain? Satu tindakan yang terkemudian selepas perkara lain yang tidak sepatutnya didahulukan berlaku. Ini satu lagi satu benda pelik lagi pelik. Pelik dari segi logik akalnya. Orang biasa seperti Yuss mungkin menafsirkan undang2 ini dengan cara yang berbeza daripada orang undang2 itu sendiri. Mereka lebih arif.

Orang undang2 mungkin baca undang2 ikut cara diorang. Tapi kita juga ada hak membacanya dengan logik kita sendiri. Jika BN boleh tafsir ikut cara dia, kita buatlah cara kita.

Yang pastinya, demokrasi benar2 telah hitam di bumi Perak. Adakah hilangnya demokrasi seperti ini beerti rakyat Perak akan terus terperangkap? Terperangkap dalam soal ekonomi yang entah ke mana, soal sosialnya, dan soal masyarakatnya yang terkambinghitam dek demokrasi. Rakyatlah mangsanya. Rakyatlah korbannya.

Tahniah kepada demokrasi ala BN. Tahniah. Kononnya merekalah penegak kerajaan 'M' di bumi Perak. Hasilnya ialah apa yang kita boleh lihat pada hari ini. Cara menghalalkan cara walau dengan apa cara sekalipun.

Yuss sangat2 kecewa. Sangat2 kecewa.

Yuss berhati hitam. Marah.

Photo diambil dari blog Idham Lim.

Tuesday, 5 May 2009

Hitam untuk Perak


7 Mei 2009 berkemungkinan besar akan menjadi antara Hari Paling Bersejarah untuk rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan sepanjang zaman.

Sama-samalah kita 'menghitamkan' diri untuk demokrasi. Sama ada demokrasi terpimpin (bak kata P. Ramlee dalam filem 3 Abdulnya), atau demokrasi cara BN, atau demokrasi cara PR, demokrasi akan tetap kekal demokrasi jika kita terus percaya kepada sistem demokrasi yang sedia ada.

Mahkamah hanyalah antara rumah yang disinggahi demokrasi di Perak hari ini. Pokok pangkalnya, rumah rakyatlah yang menjadi penentu sebenar sama ada sebuah demokrasi itu akan terus kekal dan berdiri teguh di bumi Perak atau sebaliknya.

Marilah kita berdoa supaya demokrasi selamat di Perak. Yuss tidak percaya kepada sistem 2 Menteri Besar seperti sekarang ini.

Satu BN, satu PR... Ape ke heynye ni Yeop!

Langkah terbaiknya? Mungkin dengan mengembalikan demokrasi itu kepada rakyatnya melalui pilihanraya semula. Mungkin.

Pakailah baju hitam ke, seluar hitam ke, sarung tetek warna hitam ke, seluar dalam hitam ke, naik kereta warna hitam ke, minum kopi 'o' ke, cat badan kaler hitam ke, janji ada 'hitamnya' kita pada 7 Mei nanti.

Yuss teringat iklan rokok Perilly's di kaca TV semasa zaman budak2 dulu. Dengan branding imej hitamnya, ditambah pula dengan kereta Porche hitam sebagai penghias iklannya... Fuhhhh.... Bergaya sungguh. Walaupun kesudahannya kita tahu ianya boleh membunuh. ;)

Photo by Google

Monday, 4 May 2009

Apa Salahnya Mahkluk Tuhan Ini?


Yuss agak terkejut dengan apa yang Yuss baca ini. Sila klik sini.

Yuss mulai sedar, kita sebagai manusia, memang terlahir dengan sifat kebinatangannya. Semakin kita hendak maju, semakin jijik perangai manusia. Dan semakin hilang nilai kemanusiaannya.

Apakah yang membuatkan hati manusia2 ini menjadi buta dan membiarkan haiwan2 yang kononnya 'tidak' berguna ini 'mati' jauh dari pandangan mata mereka? Apakah justifikasi kebinatangan manusia2 jenis ini?

Apakah perasaan mereka jika 'manusia' pula yang dibuang ke 'pulau maut' ini? Kenapakah bila sesama manusia, kita boleh merasai kesalahannya, tetapi jika ianya binatang lain, kita kata tidak mengapa? Siapakah kita menentukan hidup mati mahkluk2 Tuhan yang lain ini?

Adakah manusia itu Tuhan kepada binatang2 yang lain ini? Manusia jenis apakah yang melakukan perbuatan tidak berperikebinatangan ini?

Memang binatang sungguh manusia2 ini! Lebih binatang daripada binatang!

Tidak wujud istilah kemanusiaan dalam hidup manusia yang berperangai seperti ini!

Kepada manusia yang masih rasa diri mereka manusia, bantulah... Jangan butakan hati anda dengan sifat kebinatangan anda!

Biarpun pedas bunyinya, niat Yuss cuma untuk menyedarkan kita yang masih lena dengan nilai 'manusia'nya. Please...?


Untuk maklumat lanjut, sila klik laman berikut,
http://www.mycen.com.my/rescue/

Mungkinkah disebabkan kita selalu bercakap soal kemanusiaan, maka kita hanya mahu memikirkan soal manusia sahaja? Adakah ruang lingkup perikemanusiaan itu selalunya disalaheertikan untuk manusia sahaja? Kalau begitulah mentaliti 'bodoh' manusia, baik ubah perikemanusiaan menjadi perikebinatangan. Sekurang-kurangnya manusia yang 'bodoh' ini boleh jadi sedar dan insaf.

Yuss bergenang.

Thursday, 23 April 2009

TV juga Emas

Yuss tertarik dengan langkah FOMCA melancarkan kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen semalam. Tujuannya ialah supaya nilai kekeluargaan dapat dieratkan antara ibubapa dan anak2 mereka.

Bagi Yuss, ianya suatu niat ke arah kesedaran yang baik. Tapi, adakah ia satu pelajaran terbaik untuk anak2 muda yang masih bersekolah pada masa kini?

Kempen tersebut membuatkan Yuss teringat kepada seorang kawan semasa zaman sekolah dulu. Beliau berkata, di rumahnya tidak ada TV. Budaya menonton TV tidak dibentuk oleh ketua keluarganya, yakni bapa beliau.

Yang menariknya lagi ialah beliau tidak membantah, sebaliknya beliau membenci TV. Bukan atas hasutan sang bapa, tetapi kesedarannya terhadap kelalaian yang terbentuk daripada kotak TV.

Dan beliau juga mengakui merasa tidak tersekat, malahan berhujah bahawa banyak alternatif lain untuk berhibur dan menambahkan ilmunya selain daripada TV. Buku, alat muzik, permainan luaran ialah antara contohnya.

Yuss sebenarnya agak cemburu dengan sikap keluarga beliau. Cemburu kerana Yuss anggap keluarga mereka ialah keluarga yang sempurna, berilmu, bijak, berbeza dan bukan pelik (ramai kawan2 Yuss meminggirkan beliau kerana sikapnya yang dikatakan pelik).

Tetapi Yuss juga sedar, itu hak masing2 menentukan corak kekeluargaan yang ingin dibentuk. Dan ini juga tidak beerti keluarga Yuss tidak sempurna. Masing2 ada cara masing2 menentukan kejayaan anak2 mereka dan keluarganya.

Dan sehingga hari ini, Yuss terus bermimpi untuk mendapat 'keluarga' jenis ini.

Namun begitu, sejak akhir2 ini, Yuss mula dan selalu terpikir, apakah nasibnya kepada diri Yuss jika tidak menonton langsung TV di rumah? Adakah Yuss akan ketinggalan dengan budaya teknologinya atau sebenarnya akan lebih menghargai dunia realiti di sekelilingnya?

Berbalik kepada rakan Yuss itu, beliau kini menjadi seorang yang berjaya dalam bidangnya. Tapi bidang yang diceburinya bukanlah bidang yang Yuss idam-idamkan. Bayangkan apabila rumah beliau ialah makmal kimia. Rakannya ialah botol2 dan alat2 ujikaji untuk eksperimen. Inilah dunia pilihan beliau. Beliau menghambakan dirinya kepada dunia penyelidikan. Dan beliau masih tidak menonton TV.

Adakah Yuss teringin hendak jadi macam dia? Adakah Yuss sanggup pakai cermin mata setebal Gunung Kinabalu? Adakah Yuss hendak berpakaian selekeh seperti dia? Adakah ini impian hidup Yuss?

Setelah muhasabah diri sebaik mungkin, Yuss akui setiap perkara yang berlaku, ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan pilihan hidup kita terhadap TV. Yang paling penting ialah bagaimanakah kita mengawal diri sendiri terhadap sesuatu perkara atau alatan.

Tidak semua yang keluar dari kotak TV itu lalai dan membazir. Yang penting, kita tahu mengambil iktibar dari setiap rancangan yang ditonton, walaupun rancangan itu sebodoh Mr. Bean.

Kita seperti terdidik dengan pendapat bahawa, TV merosakkan anak muda. Permainan komputer, PS3, telefon bimbit, semuanya itu ialah khayalan yang terbentuk ke dalam dunia individualistik. Termasuklah kempen seperti anjuran FOMCA ini.

Kita seperti meletakkan kesalahan kepada teknologi2 ini yang menjarakkan hubungan intim kemanusiaan. Kenapakah alasan begini yang kita cari? Inilah yang Yuss pelik dan mula sedar.

Yang terpenting sekali ialah cara kita mendidik menggunakan sesuatu perkara dengan bijak. Mendidik untuk tujuan baik. Bagaimanakah mengatasi kelalaian itulah kunci utama menjadi seorang manusia berguna. Bukannya dengan membentuk penolakan kepada sesuatu benda/alat atau perkara tersebut.

Sebagai contoh, jika kita membaca buku, kita dianggap mengisi masa dengan cara yang terbaik. Tetapi, membaca buku juga boleh melalaikan masa. Mustahil dalam hidup kita, kita tidak pernah terlajak masa membaca buku yang seronok sehingga lewat pagi walaupun buku itu berfaedah.

Adakah kita sebenarnya telah membuang masa, dan menganggu sistem tubuh untuk berehat dan menjadi mengantuk keesokan harinya jika bekerja? Adakah ianya salah buku atau salah kita?

Samalah dengan TV. Salah TV atau salah kita?

Atau jika kita minat dengan lukisan2 di galeri2 muzium dan menatap setiap satu lukisan berjam2 lamanya, adakah ianya salah lukisan atau salah kita?

Atau jika kadang2 Yuss membaca al-Quran selepas solat, selalunya Yuss telah tetapkan di muka surat mana atau ayat ke berapa untuk berhenti, tetapi Yuss tetap akan terlajak juga. Adakah ianya salah al-Quran atau salah Yuss?

Semuanya bergantung kepada niat dan kebolehan kita mengawal masa. TV juga begitu. Janganlah boikot TV selama seminggu hanya kerana kita meletakkan persepsi tidak suka kepada isi kandungannya. Sepatutnya kita salahkan orang yang menjalankan program TV, penerbit, pihak berkuasa, atau polisinya itu sendiri yang sepatutnya membentuk faedah kepada masyarakatnya. Bukan kotak TV.

Yuss masih menyokong usaha baik FOMCA ini hanya atas alasan ianya telah menyedarkan masyarakat. Contohnya ialah diri Yuss sendiri seperti sekarang ini.

Terima kasih FOMCA kerana kempen anda ini telah membuka mata Yuss bahawa kebodohan kita menyalahkan benda2 atau alat2 seperti TV dan sebelum kita melihat kesalahan diri sendiri adalah resepi terbaik yang membantutkan pemikiran manusia untuk terus maju dalam masyarakatnya.

Yuss akan terus menonton TV selama seminggu ini. Yuss akan menonton semua rancangan yang terkeluar dari kaca TV Yuss. Kalau mata Yuss boleh bersekang 24 jam, 24 jam lah Yuss tengok. Dalam 24 jam itu pasti ada ilmu yang berguna yang tertayang.

Kerana peribadi Yuss, pemikiran Yuss, jiwa Yuss, perasaan Yuss atau lain2nya kadang2 boleh juga terbentuk dengan TV. Yang penting ialah apakah pilihan kita untuk jadi seimbang.

Kalau masa itu emas, TV juga ada emasnya. Kita sendirilah kena mencari emasnya. Takkan nak bagi bulat2 pulak kot.

Selamat menonton TV. =)

Tuesday, 21 April 2009

duniayuss di Twitter

Mulai hari ini, Yuss akan mengemaskinikan pandangan ringkas dan cepat Yuss terhadap isu2 atau berita2 harian, atau apa2 sahaja perkara terutamanya politik, dengan melakukannya secara pantas di Twitter.

Segala pandangan pendek kepada sesuatu perkara, atau akal pendek, atau perasaan sementara, atau idea seketika, atau link/feed dari mana2 laman, atau apa2 sahaja yang berasaskan kepada jiwa blog duniayuss seperti sebelum ini akan dipersembahkan melalui status peribadi yang terkemaskini di Twitter.

Oleh itu, anda boleh mengikuti duniayuss di blog ini atau Twitter. Kedua-dua laman ini telah dihubungkan antara satu sama lain.

Yuss masih akan terus menulis di blog ini jika sesuatu isu dan perkara itu meniatkan Yuss untuk menulis tentangnya. Mungkin dalam bentuk rangkuman yang mahu diterjemahkan daripada suatu idea yang berkembang dan ingin dikongsi bersama.

Tapi jika Yuss malas dan pendek akal fikirannya, cukuplah sekadar mengupdate statusnya di Twitter untuk difikirkan bersama.

Selamat memblog dan bertwitter.

http://twitter.com/duniayuss

Thursday, 16 April 2009

1Malaysia atau 1Melayu?

Dekat seminggu Yuss pergi bercuti, seminggu jugalah banyak peristiwa menarik yang Yuss tertinggal di dalam negara.

Sama ada kes MIC yang kecewa dengan kedudukan wakil mereka di dalam kabinet, atau kes Muhyiddin yang dibesar-besarkan dalam akhbar2 berbahasa Cina, atau yang terbaru hari ini, kes perletakan jawatan ADUN Penanti, Fairus Khairuddin dari PKR.

Yuss agak keliru mengenai isu2 hangat ini. Ia tidak mencerminkan wajah sebenar apakah itu Satu Malaysia atau One Malaysia seperti yang dicanang-canangkan oleh PM kita, Najib Razak.

Percanggahan kesepekatan 1Malaysia ini seperti menjerat diri BN itu sendiri. Kerana apa?

Kerana Yuss selalu bertanyakan soalan2 berikut berdasarkan kepada kes2 di atas ke dalam diri Yuss...

Kenapakah MIC seperti mewakilkan diri mereka sebagai untuk kaum India sahaja dalam isu wakil kabinet kerajaan kita dan bukan atas semangat keMalaysiaan?

Dan kenapakah kenyataan Muhyiddin dilihat menyalahkan kaum2 lain seperti Cina dan India selepas kekalahan pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang yang lepas?

Kenapakah isu2 berasaskan kaum seperti ini masih dimainkan secara hangat dalam arena politik tempatan kita? Adakah 1Malaysia ialah Satu Pembohongan?

Adakah 1Malaysia ialah satu ideologi songsang ciptaan BN? Atau lebih tepat lagi kepada UMNO khususnya? Bagaimanakah perasaan mereka yang berada di dalam UMNO yang memperjuangkan isu2 Melayu secara radikal untuk cuba menerima konsep 1Malaysia ini?

Adakah UMNO akan melihat 1Malaysia ini mencabar Ketuanan Melayu mereka? Sama seperti yang pernah dilaungkan oleh perjuangan DAP melalui Malaysian Malaysianya dan PKR melalui Anak Bangsa Malaysianya? Adakah orang UMNO akan cuba mengangkat isu ini secara ekstrem seperti sebelum ini dan menukar idealisme 1Malaysia kepada 1Melayu?

Kenapakah percanggahan2 idea ini berlaku dan dilihat tidak sehaluan dalam asas perjuangan parti masing2 seperti UMNO dan yang terbaru, MIC? Adakah idea2 keMelayuan dalam Perhimpunan Agong yang lepas dilihat tidak kena dan tidak tepat dengan falsafah 1Malaysia ini?

Yuss terpikir, adakah 1Malaysia ialah satu janji kosong? Janji kosong kerana asasnya tidak sama dengan apa yang disuarakan oleh pemimpin tertinggi UMNO dalam perhimpunan Agong mereka.

Yuss terus keliru dengan pendekatan yang cuba diambil oleh pentadbiran baru yang diketuai Najib ini. Yuss akui usia pemerintahannya masih belum layak untuk dinilai dan dianalisa buat masa sekarang tetapi kecelaruan seperti ini telah membuatkan jatidiri Yuss terganggu.

Adakah salah menyamakan 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia? Apakah perbezaannya dari segi kesamarataan ini? Adakah 1Malaysia melanggar hukum perlembagaannya dari segi hak istimewa orang Melayu?

Adakah Malaysian Malaysia juga melanggar hukum perlembagaan mengenai hak istimewa ini? Adakah konsep Anak Bangsa Malaysia laungan PKR juga melanggar hukum ciptaan manusia mengenai hak istimewa ini?

Bukankah perlembagaan itu sesuatu yang suci dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya oleh suatu pihak? Selagi kita hormat kepada perlembagaan, selagi itulah kita akan hormat kepada negara.

Adakah kita takut DAP mungkin akan memerintah secara sendirian dan mengubah perlembagaan negara? Adakah PKR juga nanti akan memerintah bersendirian? Dan dalam masa yang sama, pernahkah kita terpikir, bahawa UMNO boleh dan telah memerintah bersendirian tanpa gabungan dengan parti2 lain?

Semuanya perlu bekerjasama tanpa berlebih dan berkurang dengan yang lain2.

Dan adakah 1Malaysia dicipta atas nama fabrikasi yang indah semata2 tetapi kehendak perjuangan tetap sama seperti sebelum ini? Kalau beginilah kehendaknya, ini bermakna ideologi ini ialah satu penipuan kepada rakyat. Menipu itu hukumnya sendiri ialah dosa.

Seperti biasa, politik diasaskan kepada suatu harapan. 1Malaysia ialah contoh terbaru pengharapan politik kita hari ini. Tetapi harapan yang bagaimana yang boleh disandarkan kepada rakyat, rakyat sendirilah yang akan menilainya.

Tempoh 6 bulan untuk membuat penilaian semula pentadbiran Najib seperti yang dijanjikan oleh beliau bukanlah tempoh yang panjang. Ianya singkat dan beliau juga perlu ingat, rakyat hari ini ialah rakyat yang tidak mudah lupa.

Kita sendiri boleh melihat momentum PRU12 Mac tahun lepas yang tetap kekal untuk tempoh setahun lebih melalui bukti pilihanraya kecil 2 bukit 1 batang minggu lepas.

Jika BN betul2 ikhlas berubah ke arah konsep 1Malaysia, ubahlah dasar parti masing2 dan benarkan kaum2 lain menyertainya. UMNO untuk semua kaum. MIC untuk semua kaum. MCA untuk semua kaum. Atau tukarkan nama kaum dalam parti masing2 kepada konsep yang lebih universal. Itulah baru dinamakan ikhlas untuk berubah.

Atau jika tidak pun, melalui pendaftaran BN sebagai parti. Kerana jika BN yakin dengan konsep 1Malaysianya, daftarkan saja BN sebagai satu entiti parti. Sanggup?

Jika betul2 sanggup, mungkin selepas ini nanti nama2 seperti UMNO, MIC dan MCA atau kumpulan2 kaum tertentu yang lain akan didaftarkan sebagai satu badan bertindak sebagai kumpulan pelobi yang berada di luar kerajaan. Tujuan mereka ialah cuba untuk memenangkan parti2 yang bertanding yang dilobi oleh mereka. Sama seperti politik di AS.

Bukankah indah jika ini boleh berlaku? Bukankah indah jika politik dibersihkan daripada asas perbezaan wajah kaum yang kuat? Bukankah ini sebenarnya impian 1Malaysia?

Telah lama perkauman menjadi duri dalam daging politik Malaysia. Kita marah kalau negara Malaysia digelar negara perkauman. Kita marah kalau isu politik orang Melayu diperkotak-katikkan. Kenapa kita tidak marah kepada asas pembinaan negara yang membeza-bezakan bangsa di dalamnya dari segi politik?

Kenapa kita tidak marah kepada isu perkauman yang dimainkan secara ekstrem oleh pihak2 tertentu di dalam dunia politik tempatan? Kenapa kalau kaum lain cakap pasal isu perkauman, kita akan melenting, tapi kalau kita sendiri yang cakap, oh, ianya tidak mengapa?

1Malaysia masih lagi berupa Satu Impian. Ia bukan realiti. Ia masih fantasi.

Jika 1Malaysia tercipta untuk perpaduan, adakah perpaduan itu nanti akan cuba dibentuk atas nama perpaduan kehormatan Malaysia atau kehormatan Melayu? Yang mana satukah pilihan orang Melayu UMNO khususnya, dan orang Melayu yang suka berpolitik, amnya?

Janganlah bila dalam UMNO cakap lain, bila dalam BN cakap lain, bila dalam kerajaan Malaysia cakap lain, bila dalam PBB pun cakap lain. Macam lidah bercabang empat. Empat? Kenapa empat? C4? Mongol?

Yuss Anak Bangsa Malaysia.

Wednesday, 8 April 2009

Bukit-Bukit Mahathir

Tahniah kepada yang menang di "2 Bukit 1 Batang" semalam. Yang kalah, terimalah dengan rela hati.

Yuss lebih tertarik dengan kehadiran Mahathir di saat2 akhir yang turun padang berkempen untuk BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Pada mulanya, Yuss agak skeptikal kepada mereka yang menggunakan aura Mahathir untuk pilihanraya kecil ini.

Terbukti, kehadiran Mahathir rupa-rupanya telah merosakkan peluang BN untuk menang walaupun untuk menang tipis.

Jika tidak menang sekalipun, sekurang-kurangnya BN ada peluang mengecilkan undi majoriti yang diperolehi oleh PR. Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku. Bagi Yuss, Mahathirlah puncanya walaupun ada sebab2 kecil lain yang boleh dibangkitkan.

Yuss anggap kehadiran Mahathir ialah satu kesilapan besar untuk UMNO. Inilah masalah utama UMNO. Tak serik2.

Sudah acapkali kita mendengar isu perubahan dan transformasi UMNO. Tetapi mereka tetap mahu memandang ke belakang. Mahu menggunakan orang lama untuk meraih undi.

Mereka patut sedar bahawa Mahathir ialah sejarah. Sepatutnya insan bernama Mahathir tidak disentuh langsung. Susah sangatkah untuk paham apakah itu perubahan dan penremajaan politik hari ini?

Yuss bukan bencikan Mahathir bulat2. Tetapi cara mengangkat nama Mahathir seperti ini tidak boleh diterima oleh orang muda seperti Yuss. Yuss melihat corak Mahathir yang menganggap dirinya masih berpengaruh dan berkuasa sebagai punca penolakan besar golongan muda kepada orde lama ini.

Dan ini jugalah punca penyebab kenapa anaknya, Mukhriz, kalah merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Bayang2 beliau masih kelihatan jelas dalam diri anaknya itu.

Kehadiran Mukhriz dalam politik sepatutnya tiba selepas Mahathir sudah menyambut panggilan Ilahi... =)

Kesalahan terjelas dalam pilihanraya kecil semalam ialah kesalahan perancang2 politik yang cuba menggunakan nama Mahathir. Langkah mereka terus sumbang dan memakan diri sendiri. Perancang2 sebeginilah yang terus degil dan tidak mahu berubah dalam mencari cara atau idea baru.

Dalam perkembangan yang berkaitan, hari ini, Najib yang sepatutnya akan mengumumkan kabinet barunya telah ditangguhkan sehingga esok. Sama ada anggota2 kabinet yang baru nanti akan betul2 baru dan fresh, kita tunggu dan lihat.

Jika nama Mukhriz yang naik, Yuss akan tersedak hingga koma!

Jika nama Khairy yang naik, Yuss akan sekadar senyum sebagai tanda harapan itu masih ada
...

Kalau dua-duanya tak ada pun, tak jadi masalah. Tapi jika kebanyakan anggota kabinet nanti masih ramai yang muka berkedut dan beruban, adalah yang tak kenanya tu nanti. Apa yang tak kenanya? Degil!

Itulah yang tak kenanya. Sekali lagi diulang... Degil!

Degil sebab nak gunakan muka yang saaaaamaaaaa jer. Rakyat pun dah muak nak tengok!

Yuss pun degil.

Saturday, 4 April 2009

Hubungan Malaysia-Mongolia

Rasa-rasanyalah, camanalah agaknya berita mengenai hubungan antara Malaysia dan Mongolia dalam waktu terdekat ini nanti...
Yuss terpikir-pikir... Mungkin camni kot...


KUALA LUMPUR 8 Mei - Hubungan dua hala antara Malaysia dan bzzzzzzzzzz... Bzzzzz... Bzzzzzzzzz...

Bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz... Bzzzzzzz...

Bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Bzzzzzzzzzzz...... Bzz... Bzzzzzzzz.....

Bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.... Bzzz....

Bzzzzzzzzzz.... Bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Bzzzzzzzzzzzzzz.... Bzzzzzzzzzzz... Bzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Yuss bzzz bzzz. =)

Thursday, 2 April 2009

Don't Cry For Me Malaysia

[Terbaru, 4 Apr]
Sejak dua hari yang lepas, talian internet Yuss slow yang teramat sangat. Tak dapat nak update apa yang sepatutnya. Dan sekarang pun rasa macam malas nak tulis sebab geram.

Apa2 pun, ramai yang terkejut apabila Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA, dan pengkajian semula terhadap akta tersebut, selain penarikan semula penggantungan 2 akhbar pembangkang (Harakah dan Suara Keadilan) serta-merta.

Yuss merasakan kita sepatutnya menerima pembaharuan ini secara positif. Ada yang melihatnya sebagai kosmetik untuk 3 pilihanraya kecil minggu depan, dan ada juga yang melihatnya sebagai acara tradisi seorang PM yang baru untuk membebaskan tahanan2 ISA sebelumnya. Macam pengampunan Agong terhadap pesalah2 di penjara setiap kali hari keputeraan baginda.

Dan ada juga yang melihat, ianya hanyalah untuk menjawab cabaran politik oleh Anwar kepada Najib siang tadi. Kata Anwar, tiga perkara penting yang perlu dilakukan oleh Najib untuk membuktikan keihklasan reformasi pentadbirannya ialah pembebasan tahanan ISA, kawalan media dan rasuah. Dua daripadanya sudah dijawab Najib. Sila baca sini.

Dalam masa yang sama, jika betullah perubahan ini untuk kebaikan semua, buat apa kita nak terus membantah dan berpandangan skeptikal? Yang penting, rakyat akan terus memerhati dan menilai. Kecualilah jika ada udang di sebalik batu.

Dan Yuss juga dapat merasakan aura penremajaan kepimpinan Najib. Jika beliau terus kekal dengan cara ini dan tidak menggunakannya untuk retorik politik semata2, Yuss yakin Najib mampu mengaburi mata rakyat terhadap persepsi masa silamnya dulu.

Politik sentiasa berubah. Pemimpin yang betul2 mahu mendengar suara rakyat akan diterima semula jika mereka tidak berterusan mempermainkan kehendak rakyat.

Selain itu, Najib juga kena ingat bahawa baggage terbarunya selepas ini ialah Mahathir. Jika beliau dapat mengelakkan bayang2 Mahathir dalam perlaksanaan polisi2nya selepas ini, beliau akan diterima semula oleh golongan muda. Kami tidak mahu wajah2 mentor seperti ini menganggu perjalanan masa depan negara seperti yang pernah berlaku di bawah pentadbiran Paklah.

Cukuplah Paklah diperkotak-katikkan oleh sifat Mahathirisme ini. Berilah peluang kepada yang muda untuk menentukan sendiri masa depannya.

[Terbaru, 3 Apr]
Najib telah pun diangkat menjadi PM Malaysia ke-6 pagi tadi. Konsep Satu Malaysia menjadi agenda utamanya.

Yuss berasa agak sedikit terkejut membaca berita2 internet dan ruang2 sembang internet yang kebanyakannya dilihat tidak terlalu excited dengan perlantikan terbaru ini. Seperti tidak diraikan. Semuanya tidak ambil kisah atau ambil peduli. Hmmm... Seperti ada yang tidak kena.

Saja nak bertanya, sebelum ni kita ada 2-3 Malaysia ke? Bukan dah memang ada SATU Malaysia je ke sebelum ni? =P

[Posting Asal]
Hari ini, Paklah dan Najib sudah pun bertemu Yang di-Pertuan Agong.

Komen Paklah selepas jumpa Agong, "Terserah kepada baginda membuat keputusan."

Komen Najib selepas jumpa Agong, tiada.

Hari ini juga, kesemua ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah pun menghantar petisyen kepada Agong supaya menangguhkan dulu perkenan baginda melantik Najib dan meminta ditubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk membersihkan nama Najib terlebih dahulu. Sila baca sini.

Yang menariknya ialah, isu Altantuya dilarang sama sekali untuk diulas semasa kempen pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Alasannya? Takut dianggap subjudis atau mencampuri urusan mahkamah bagi kes-kes perbicaraan yang sedang berjalan. Sila baca sini.

Yang peliknya, kalau tak ade kaitan dengan Najib, kenapa dilarang sama sekali menyebut nama ALTANTUYA semasa berkempen? Takkan berdosa besar pulak kot nak sebut ALTANTUYA? Altantuya! Altantuya! Altantuya!

Bukankah lebih molek jika Najib membuat kenyataan terbuka terlebih dahulu (mengenai penglibatannya dengan Altantuya atau kes2 lain) sebelum dilantik menjadi PM esok pagi? Kalau lepas lantik baru nak keluarkan kenyataan, macam dah terlambat pulak rasanya.

Hmmm... Terserahlah kepada Tuanku Mizan.

Yuss mendagu je le... =P

Yuss nak sebut jugak nama Altantuya. Altantuya! Altantuya! Altantuya. Ok, penat dah...

Pergilah Mengundi

Kepada semua pengundi di Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit Gantang, pergilah mengundi.
Tunaikan tanggungjawab anda sebaik mungkin.






Tak kiralah sama ada anda penyokong setia BN, Pas, PKR atau DAP, pilihlah secara bijak.


Video di atas ialah terbitan DAP untuk Pakatan Rakyat.

Yuss tidak memilih. =)

Tuesday, 31 March 2009

Talentime

Yuss agak skeptikal semasa mula-mula hendak menonton filem terbaru Yasmin Ahmad ini. Pelbagai tafsiran sendiri dilakukan sebelum menontonnya. Seperti menghukum sebelum melihat.

10 minit pertama menonton filem ini membuatkan Yuss melakukan pelbagai andaian negatif terhadap Yasmin. Yuss mempersoalkan kenapakah pelakon2 yang sama digunakan dalam setiap filem arahan beliau?

Yuss menganggap Yasmin tidak versatil dalam pemilihan para pelakonnya, terutamanya yang memegang watak pelakon tambahan. Walaupun watak2 utama kebanyakannya adalah muka2 baru, tetapi percayalah, mereka pasti akan dikitarsemulakan oleh Yasmin dalam filem2 berikutnya nanti.

Yuss juga telah menghukum tajuk cerita dan konsepnya yang dianggap terlalu ringan. Kerana Yasmin seperti tidak dapat lari daripada stereotaip konsep filem yang sentiasa berunsur kepada alam persekolahan, alam cinta monyet yang suci dan dosa yang dibenarkan, dan alam 'innocent' terhadap dunia.

Tetapi, masuk sahaja setengah jam berikutnya, Yuss mula menyukai filem Telentime ini. Walaupun ringan ceritanya (seperti filem2 beliau sebelumnya), tetapi keberatan penceritaannya ialah terletak kepada kejujuran Yasmin menghukum sifat stereotaip orang Malaysia terhadap unsur agama dan kaumnya. Inilah yang membuatkan Yuss tersenyum, menangis, dan ketawa terhadap kehebatan karya Yasmin yang cuba menyedarkan penontonnya.

Bagi Yuss, filem Yasmin ini dianggap sarat dengan idea dan matlamat tersirat yang menyatukan kita semua sebagai Bangsa Malaysia. Dan percaya atau tidak, Talentime ini juga Yuss anggap sebagai filem berbahasa Tamil pertama Malaysia.

Maafkan Yuss jika ianya bukan Bahasa Tamil kerana Yuss tidak tahu bahasa apakah keluarga Mahesh gunakan sepanjang filem ini. Mungkin Malayalam, mungkin Telugu atau lain2.

Yasmin berjaya meletakkan mindanya dalam filem ini mengenai penerimaan masyarakat kaum India kepada budaya Islam versi Malaysia. Ini ialah realiti. Kita tidak boleh menolak ke tepi budaya penanaman minda jenis ini di dalam komuniti mereka.

Yasmin cuba merubah pandangan golongan muda India terhadap penerimaan mereka kepada kepelbagaian agama lain yang bertoleransi. Dan ini juga ialah realiti sebenar masyarakat muda mereka hari ini yang terbuka ke arah satu perubahan yang baik. Ketajaman Yasmin terhadap kematian abang Mahesh betul2 membuatkan mata Yuss terbuka luas dan melihatnya sebagai kesalahan diri kita sendiri.

Yasmin juga cuba menyatukan pandangan stereotaip orang Cina ke atas orang Melayu. Bahawa Melayu, sama ada berjaya atau tidak, pasti dan wajib menerima bantuan secukupnya daripada pemerintah. Kecemburuan mereka kepada hak istimewa ekonomi orang Melayu masih dianggap sebagai duri dalam daging kepada orang Cina. Seperti tidak adil dan berat sebelah.

Tetapi Yasmin berjaya mendidik dan merubah persepsi ini melalui filemnya ini. Kejayaan seseorang itu sepatutnya dilihat atas usaha dan kehendak dirinya sendiri dan bukan kepada bantuan dan peluang yang terbuka semata2.

Ini juga ialah realiti hidup orang Malaysia hari ini. Yuss sendiri sudah acapkali menerima realiti minda seperti ini di mana2 sahaja. Banyak kenalan2 Yuss berbangsa Cina masih merasakan perbezaan seperti ini. Mereka merasa tersisih.

Yuss tidak marahkan mereka. Tetapi Yuss sentiasa menjelaskan kepada mereka bahawa pendidikan Yuss sama seperti mereka. Mereka mendapat peluang sama rata seperti Yuss.

Tetapi jika betul lah Yuss mendapat tempat di universiti tempatan dulu atas nama kaum Melayu, betapa sedihnyalah Yuss terhadap diri sendiri. Tetapi Yuss sentiasa yakin bahawa peluang yang Yuss perolehi dahulu ialah kerana usaha Yuss sendiri.

Yuss juga tidak pernah meminta apa2 daripada pemerintah. Dan realitinya, pelajaran Yuss dulu pun atas nama pinjaman atau hutang yang kena dibayar balik.

Yuss yang Melayu ini pun masih berhutang dengan kerajaannya!


Selain itu, Yuss juga tidak terhutang budi apa2 pun dengan pemerintahnya. Yuss juga tidak merasa sedikit pun keistimewaan ekonomi yang sepatutnya Yuss rasakan sebagai orang Melayu. Kerana Yuss tidak terluak pun hendak mendapatkannya. Kerana usaha sendiri itu lebih berkat.

Berbalik kepada filem Talentime ini, Yasmin juga telah menjentik minda orang Melayu tentang Islam. Watak Mei Ling yang rupa-rupanya seorang Muslim diharap dapat mendidik masyarakat bahawa masuk Islam tidak semestinya masuk Melayu.

Mei Ling yang Islam telah mengekalkan nama Cinanya. Tidak ditukar kepada nama2 umum Melayu atau Arab. Salah atau tidak beliau terus kekal bernama seperti itu, itu hak peribadinya. Dan salah atau tidak beliau terus masak dan makan makanan Cina seperti Dim Sum dan makan pakai chopstick, itu juga hak kepada pengekalan budayanya sendiri. Tetapi niat keislamannya terus kekal dan bersatu.

Adakah Mei Ling jadi Melayu kerana Islam? Terbuktilah Islam yang sebenar ialah Islam yang bersifat universal dan tidak terikat kepada satu2 kaum sahaja seperti amalannya di Malaysia.

Dan adakah idea2 seperti ini masih dianggap sebagai satu dosa kepada nilai pluralisme perkauman dalam sesuatu agama di Malaysia? Adakah kesatuan kepercayaan atas nama agama seperti ini masih dianggap salah dan bertentangan dengan budaya Melayu Malaysia? Adakah kesatuan minda seperti ini juga boleh mencemarkan hak2 istimewa orang Melayu, seperti yang selalu dilaung-laungkan oleh pihak2 tertentu sekarang ini? Kita sendiri boleh memikirkannya.

Apa2 pun, Yuss ucapkan tahniah atas usaha berani Yasmin ini. Filem akhirnya berjaya digunakan sebagai medium untuk mendidik masyarakat. Medium untuk merubah persepsi masyarakat. Dan akhirnya nanti, boleh menjadi satu warisan penting kepada negara.

Yasmin beruntung kerana ideanya boleh disampaikan melalui filem. Orang yang tak berduit macam Yuss ni, menulis blog percuma macam ini pun sudah cukup baik untuk bersama2 berkongsi idea.

Yuss suka makan Dim Sum.

P/S Bilalah agaknya dapat menonton filem Yasmin, Muallaf yang diharamkan di Malaysia. Hmmm...

Photo by Google

Saturday, 28 March 2009

Selamatkan Bumi

Jadilah sebahagian daripada komuniti yang bertanggungjawab. Selamatkan bumi sebelum terlambat.



Yuss menyokong usaha kesedaran pencegahan pemanasan global.

Thursday, 26 March 2009

Terbelah Dua

Sebelum ini, kita pernah mendengar tentang perbezaan pendapat yang ketara antara Nik Aziz (selaku Mursydul Am Pas), dengan Presiden partinya, Hadi Awang dalam isu kerajaan campuran.

Ramai yang melihat inilah bibit2 perpecahan kepada dua kelompok di dalam Pas. Walaupun Nik Aziz kelihatan sangat tegas dengan pendiriannya melalui fakta2 yang dikeluarkan berdasarkan kepada keputusan yang telah dibuat dalam musyawarah parti tersebut sebelum ini, tetapi Hadi Awang masih belum lagi memberikan respon terkesan untuk menjelaskan kepada umum apakah yang dimaksudkan oleh beliau mengenai idea kepada kerajaan campurannya itu.

Bagi Yuss, ini ialah masalah dalaman Pas. Dan adakah UMNO juga mempunyai masalah dalaman seperti itu? Kalau sudah namanya sebuah organisasi politik yang besar, mesti ada perbezaan pendapat dan idea di dalamnya, bukan?

Melalui Perhimpunan Agong UMNO kali ini, kita boleh melihat dengan jelas perbezaan pendapat di kalangan perwakilan UMNO. Idea2 kepada transformasi UMNO dilihat tidak sehaluan melalui perwakilan dan pemimpin2 tertentunya yang kelihatan bercanggah antara satu sama lain. Seperti tidak bersatu. Kalau seorang kata A, yang seorang lagi akan kata Z.

Dan perbezaan2 pendapat seperti ini boleh dilihat dengan jelas melalui peristiwa malam tadi, di mana ramai yang tidak senang dengan kemenangan Khairy.

Apabila beliau menang, dikatanya rasuah. Kalau beliau kalah, penyebabnya juga mungkin kerana rasuah. Padahal parti UMNO itu sendiri membenarkan Khairy bertanding. Rasuahkah parti politik itu kerana membenarkan perasuah bertanding di dalamnya?

Dan hari ini juga, Mukhriz, salah seorang calon yang tewas, telah bertegas dengan berkata, akar umbi Pemuda UMNO sebenarnya masih memihak kepada diri beliau. Wujud semacam rasa tidak puas hati yang ketara melalui keputusan undi para perwakilan semalam.

Mukhriz juga turut menunjukkan bibit2 rasa tidak sehaluan dengan ucapan terakhir Paklah sebagai Presiden parti mengenai isu 'orde lama'. Bibit2 perbezaan seperti inilah yang menunjukkan bahawa berlaku ketidaksepakatan pendapat dalam UMNO itu sendiri. Seperti ada Team Najib (yang dibayangi Mahathir) dan keduanya, Team Paklah.

Kita jangan salah ertikan maksud perbezaan pendapat seperti ini sebagai lambang demokrasi. Ia bukanlah cermin demokrasi sebenar. Intipati demokrasi yang sebenar ialah mereka yang sanggup menerima keputusan yang telah dibuat. Bukannya dengan terus mempertahankan kemenangan diri dengan pelbagai alasan (termasuklah alasan rasuah) dan seperti menafikan hak menang orang lain.

Selain daripada itu, isu kebebasan media internet yang disekat daripada membuat liputan perhimpunan kali ini juga mendapat reaksi yang berbeza2 daripada para perwakilan UMNO. Khairy ialah antara mereka yang lantang menyuarakan bantahan kenapakah perlunya sekatan media seperti ini diwujudkan semula.

Ramai yang melihat cara cengkaman kuasa yang tidak mesra rakyat seperti ini, mungkin telah dijalankan oleh Team Najib. Seperti kembali kepada cara dan zaman Mahathir dahulu. Inikah 'orde lama' yang dimaksudkan oleh Paklah, kita sendiri boleh menilainya.

Disamping itu, adakah isu sekatan media seperti ini ialah sebahagian daripada 'intipati' sebenar perubahan yang dilaung-laungkan oleh UMNO sebelum ini? Seperti kembali kepada zaman tekan menekan dan sekat menyekat. Kalau begitulah niatnya, ianya amat malang sekali kepada masa depan UMNO.

Atau adakah ianya juga boleh dilihat sebagai satu usaha berterusan Team Najib untuk menutup semua pintu perubahan yang pernah diberikan oleh Team Paklah melalui kebebasan medianya itu?

Mungkin berlaku satu penciptaan mentaliti kepada rakyat bahawa zaman 'bebas' media telah berlalu seperti berlalu perginya pemerintahan Paklah. Dan zaman Najib pula kenalah ikut cara Najib.


Dalam masa yang sama, kita sendiri boleh mengaitkan bukti2 kemalangan nasib kepada dua akhbar pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan yang telah digantung 3 bulan serta merta baru2 ini. Ianya seperti mengambil jalan berundur ke belakang kepada kebebasan yang pernah dicipta dan diizinkan oleh pemerintahan Paklah sebelum ini.

Betapa malangnya masa depan UMNO jika cara seperti ini berterusan...

Walau apa pun, seperti posting Yuss yang terakhir sebelum ini, Yuss masih berpendirian bahawa kemenangan Khairy sebenarnya telah memberikan sedikit harapan kepada UMNO yang ianya tidak dikuasai oleh satu pihak sahaja iaitu Team Najib. Itulah demokrasi kecil yang telah berlaku dalam parti tersebut.

Walaupun kecil majoriti undi yang dimenangi Khairy dan ramai yang mempertikaikan kemenangannya (atas alasan rasuah), tapi kita juga perlu ingat bahawa demokrasi ciptaan UMNO ialah tindakan terpilih mereka melalui Lembaga Disiplinnya.
Salahkan UMNO itu sendiri terlebih dahulu sebelum mengkambing-hitamkan individu2 tertentu di dalamnya.

Dan dalam masa yang sama juga, Perhimpunan UMNO kali ini telah membuktikan kepada kita semua bahawa semua parti politik mempunyai masalah masing2. Tak kiralah parti2 dalam BN atau dalam PR. Sama ada Pas, UMNO, PKR, DAP, MIC atau sesiapa sahaja.

Tetapi, kita juga perlu ingat, yang membezakan UMNO dengan parti2 lain ialah, perhimpunan perwakilan mereka telah dimedia-massakan 24 jam secara langsung di depan mata kita. Mahu tidak mahu, orang biasa seperti Yuss berhak membuat penilaiannya sendiri terhadap survival UMNO.

Yuss juga selalu bertanya kepada diri sendiri, adakah perpecahan dalam UMNO seperti ini mencerminkan wajah sebenar perpecahan orang Melayu? Hmmm...

Melayu oh UMNO oh Melayu... Hadiah terbaik untuk mereka ialah sebuah cermin yang besar!

Yuss termangu.

Wednesday, 25 March 2009

Tahniah Khairy Jamaluddin

Jari-jari Yuss terasa amat gatal sejak dua hari yang lepas untuk menulis mengenai Perhimpunan Agong UMNO. Tetapi Yuss hentikan niat tersebut kerana tidak mahu terlibat dalam politik dalaman UMNO. Kerana Yuss bukan orang UMNO. Politik dalam UMNO ialah hak orang UMNO.

Tetapi kemenangan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO hari ini sudah tidak mampu lagi menghalang Yuss daripada menulis tentang Perhimpunan Agong tersebut. Atau lebih tepat lagi melihat kepada kemungkinan adanya transformasi atau perubahan dalam UMNO itu sendiri. Tahniah buat Khairy Jamaluddin.

Sebenarnya, sejak menonton debat dalam program Hujah di TV9 beberapa minggu yang lalu, Yuss telah pun membuat keputusan peribadi memilih siapakah calon pilihan Yuss untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO yang baru. Dengan alasan dan pandangan peribadi Yuss sebagai orang luar. Dengan harapan Yuss sebagai orang luar.

Kemudiannya, dalam forum internet yang Yuss selalu sertai, semua pihak memilih dan menyokong sama ada Mukhriz atau Khir Toyo yang akan menang melalui penilaian mereka terhadap program debat tersebut.

Daripada 50 lebih individu yang berforum secara aktif, hanya Yuss seorang sahaja yang memilih Khairy. Dan semua pihak menyerang Yuss. Semua orang kata Yuss bodoh dan tak tahu politik dalaman UMNO. Kali ini Yuss pula tersenyum kepada anda!

Yuss tolak ketepi hubungan anak menantu dengan Paklah. Yuss tolak ke tepi hal2 politik wang dalam UMNO. Yuss tolak ketepi hal2 kelompok team itu team ini dalam UMNO. Yuss tolak ketepi andaian dan spekulasi pihak2 tertentu dalam dan luar UMNO mengenai UMNO.

Yuss hanya memandang dan melihat kepada insan bernama Khairy Jamaluddin, bukan faktor sekelilingnya. Apakah pemikiran dan harapan yang boleh diberikan Khairy, itulah kunci utama pilihan Yuss.


Walaupun populariti Khairy jatuh merudum selepas pilihanraya umum yang lepas, beliau masih ada karisma yang boleh dipertahankan.

Yuss sendiri pun pernah menganggap politik Khairy akan terpadam dengan pemergian Paklah. Tapi Yuss terpikir semula, benarkah semuanya salah mereka di tingkat 4? Kenapakah kita suka meletakkan kelemahan atau kesalahan kita ke atas bahu orang lain dan bukannya diri sendiri?

Alasan kenapa Yuss memilih Khairy dahulu cukup mudah. Daripada ketiga2 calon yang berdebat di TV9 itu dahulu, hanya Khairy seorang yang ada matlamat masa depan yang jelas. Visi yang menjangkau masa puluhan tahun akan datang. Visi umum yang dikongsi bersama oleh semua generasi muda hari ini.

Bukannya visi untuk politik hari ini atau 2-3 tahun mendatang sahaja. Bukan juga visi untuk memenangkan parti sehingga pilihanraya umum akan datang sahaja. Dan yang terbaru, bukan juga visi untuk kemenangan 3 pilihanraya kecil (2 Bukit 1 Batang) semata2.

Bukan visi2 jangka pendek seperti ini yang Yuss lihat.


Khairy telah membuktikan bahawa visi muda beliau hari ini ialah visi memandang bangsa lain sebagai sahabat. Sama rata. Demi negara. Untuk negara. Tidak terlalu memberatkan hal2 Melayu sebagai subjek utama semata2.

Dan adanya juga intipati ucapan beliau pada malam ini dilihat amat kena dengan jiwa muda hari ini.

Antara isi ucapan beliau selepas diumumkan menang sebentar tadi ialah, kalau bangsa lain boleh hormat bangsa Melayu, beliau sendiri meminta supaya bangsanya juga menghormati bangsa lain.

Inilah yang membuatkan Yuss tersenyum. Memikirkan orang lain sebelum diri sendiri ialah contoh pemimpin yang baik. Tidak seperti kebanyakan perwakilan2 lain yang terlalu taksub dan berlebih-lebih dalam melihat konsep Melayu sebagai kunci segala-galanya.

Inilah transformasi pemikiran baru dalam UMNO yang sangat2 diperlukan sekarang. Khairy berjaya membuktikannya melalui kemenangan hari ini.

Sekali lagi Yuss simpulkan, kemenangan Khairy hari ini telah mewujudkan satu persepsi baru kepada angin perubahan sebenar dalam UMNO yang diinginkan rakyat. Moga-moga.

Tahniah Khairy Jamaluddin.

Yuss tersenyum puas.

Monday, 23 March 2009

Dua Filem Nusantara

Disebabkan isu Bahasa Malaysia masih hangat dibincangkan ketika ini, Yuss ingin berkongsi sedikit isu tentang jatidiri orang Malaysia ketika berbahasa. Kali ini dalam bentuk media filem hari ini.

Yuss pernah mengaitkan isu malunya kita berbahasa Malaysia dan mentaliti kita terhadap taraf Bahasa Malaysia dalam posting 'Mahathir dan PPSMInya'.

Cuba kita lihat dan tonton kedua-dua filem yang sedang hangat ditayangkan di pawagam ketika ini, Sayang You Can Dance dan Saus Kacang.

Sayang You Can Dance ialah filem Malaysia. Antara pelakonnya ialah seorang pelakon Indonesia, Samuel Rizal, yang melakonkan watak orang tempatan tetapi masih kuat loghat Indonesianya di dalam filem ini.

Dalam wataknya itu, diciptakan alasan bahawa ibunya (yang meninggal dunia ketika beliau masih kecil) ialah seorang yang berbangsa Indonesia. Disebabkan itulah beliau masih kekal berbahasa Indonesia sehingga dewasa walaupun telah dibesarkan di bumi Malaysia. Dan kita jangan lupa, bapanya yang membesarkannya ialah seorang rakyat tempatan. Pelik atau tidak?


Saus Kacang pula ialah filem Indonesia. Dan salah seorang pelakonnya ialah seorang pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair, yang melakonkan watak orang Malaysia.

Tetapi, atas sebab apa entah, wataknya dalam filem itu menggunakan loghat Bahasa Indonesia. Bicaranya tak ubah seperti orang sana. Padahal watak yang dipegang ialah sebagai rakyat Malaysia. Lagi kita pelik atau tidak?


Yuss membuat perbandingan ini hanyalah sebagai satu contoh betapa lemahnya jatidiri kita orang Malaysia. Filem2 inilah contoh terdekat yang boleh menunjukkan mentaliti dan wajah sebenar orang kita. Terlalu mudah untuk berubah dalam nilai kebahasaannya sendiri dan tak malu langsung.

Itu baru dalam filem. Dan realitinya di dunia luar? Kita sendiri boleh berfikir, bukan?


Dan ini belum lagi kalau Yuss hendak kaitkan dengan tajuk filem 'Sayang You Can Dance'. Walaupun ia hanyalah sekadar tajuk, tapi... Hmmmm... Entahlah...

Yuss... Awak Boleh Menari! =)

Photos by Google

Sunday, 22 March 2009

10 Tahun Sebelum Merdeka

Melihat video ini beerti melihat kepada sudut pandang sejarah yang berbeza daripada apa yang kita selalu baca dan faham. Terutama sekali kepada idea propaganda yang selalu dicanangkan oleh UMNO di media massa kita hari ini.
Jangan kita menidakkan sejarah yang lain.




Video di atas terbahagi kepada 4 bahagian. Total masa seluruh dokumentari ialah lebih kurang 35 minit 22 saat.

Dokumentari oleh Fahmi Reza.
Laman web yang berkait di http://komas.org


Saturday, 21 March 2009

Agenda Melayu Itu Ini

Semakin hampirnya Perhimpunan Agong UMNO, semakin bertambah banyak cerita tentang isu perpaduan Melayu.

Yuss akui Melayu hendaklah sentiasa bersatu. Tetapi Yuss juga mengakui Melayu juga mestilah menjiwai rasa bangsa Malaysia yang sebenar. Bersatu dengan kaum yang lain itu lebih penting daripada memikirkan kaumnya sendiri sahaja.

Forum2 ilmiah berkaitan orang Melayu semakin bercambah di merata2 tempat ketika ini. Semuanya dimedia-massakan. Seminar Agenda Melayu lah... Perhimpunan Pribumi Perkasa lah.... Semuanya berjalan dalam masa yang dekat antara satu sama lain. Termasuklah Perhimpunan Agong UMNO.

Sehinggakan Perhimpunan Pribumi Perkasa sanggup menaja satu slot penting di dalam program Astro Awani di saluran 501. Sebagai satu contoh.

Inilah satu bentuk penyampaian propaganda. Kerana ia melibatkan satu pihak sahaja, yakni satu kaum, di saluran percuma Astro di mana semua komuniti bangsa Malaysia boleh menontonnya. Itu belum lagi tengok berita di RTM, di BernamaTV, atau TV3.


Yuss sentiasa bertanya kepada diri sendiri, inikah agenda utama negara? Agenda Melayu? Adakah ia sebenarnya untuk survival negara, untuk bangsa atau untuk survival parti2 tertentu?

Cuba letakkan diri kita dalam diri orang lain. Katakan kita menjadi orang bukan Melayu atau pribumi, seperti orang Cina, India, Serani atau Punjabi. Apakah perasaan mereka? Salahkah kita merasa apa yang mereka rasa? Salahkah mereka merasa terasing di dalam komuniti negaranya sendiri, dalam konteks keMalaysiaan?

Kenapa seperti dipisahkan matlamat penyatupaduan antara kaum ini dan tidak mencari satu agenda bersama yang lebih menyeluruh? Kenapa terlalu menitikberatkan agenda Melayu sebagai agenda nasional?

Dalam masa yang sama, kalau betul Pribumi Melayu mahu menunjukkan mereka bersatu padu, buktikan kepada semua pihak bahawa Orang Asli juga sebahagian daripada PRIBUMI Malaysia? Sanggup?

Yuss pernah menulis isu Orang Asli di dalam posting 'Orang Asli'.

Kenapa memilih siapa yang patut jadi pribumi dan siapa yang bukan?

Selain daripada itu, kita selalu berkata Melayu itu Islam. Bukankah mata Allah memandang semua bangsa sama rata? Cuba tengok musim haji di Mekah. Hitam, putih, coklat, kuning, semuanya sama sahaja.

Persoalannya sekarang ini ialah sama ada melayu itu lebih tinggi dari Islam atau Islam lebih tinggi dari Melayu?

Kalau Yuss kata Yuss Islam tapi tak mengaku Melayu, Yuss ini apa?

Bukanlah niat hendak mencetuskan provokasi, tetapi Yuss tak nak yang lain rasa seperti terasing di bumi sendiri h
anya kerana beza wajah dan rupa.

Cuba kita pikir-pikirkan...

Kita ada komuniti India Muslim. Kita juga ada komuniti Cina Muslim. Ada antara mereka terus mengekalkan nama India dan Cina mereka. Ada antara mereka terus mengekalkan adat dan budaya India dan Cina. Melayukah mereka kerana Islam?

Yuss bangsa Malaysia.

Blogger Baru: Nik Aziz

[Terbaru, 26 Mac]
Laman blog Nik Aziz ialah http://blogtokguru.com

[Posting Asal]
Nik Aziz dilaporkan akan melancarkan blognya sendiri pada 26 Mac ini, seperti dalam laporan Utusan Malaysia tiga hari yang lepas. Yuss terlepas pandang.

Alhamdulillah... Bertambah meriah lagi nampaknya dunia blog tempatan.

Yuss teringat ketika zaman media2 massa di negara kita cuba 'menyerang' dunia blog sebagai tempat bercambahnya fitnah dan penuh penipuan. Tak ada satu pun yang betul kononnya. Lihat sahaja nasib Raja Petra yang dikambing-hitamkan.

Suatu 'zaman' yang Yuss anggap sebagai 'zaman gelap' orang2 kerajan. Zaman takut tak bertempat. Sebabnya belum cuba belum tahu.

Tapi sekarang, kita boleh melihat betapa ramainyalah orang2 BN sendiri yang menjadi blogger. Baru tahu penangannya macam mana kan?

Bagi Yuss, pandangan atau idea selalunya datang dan pergi tanpa idea. Kerana permulaan satu cerita kerap bermula dengan suatu idea. Dan permulaan cerita inilah yang memerlukan tempat untuk dipersembahkan. Blog ialah antara pentasnya.

Mereka yang hendak berfikir, mereka yang hendak berkongsi pemikiran, memblog ialah antara jalan istimewa idea mereka disatukan bersama. Oleh sesiapa sahaja. Untuk sesiapa sahaja.

Tak semestinya ia mesti menyakinkan, tapi sekurang-kurangnya, jika kita dapat mencuit minda seseorang untuk berfikir, itu sudah boleh dikira cukup baik.

Itu sebab Yuss memblog.

Kerana, dalam suatu idea, tidak ada idea yang bersifat kosong.

Kerana, dalam suatu pandangan, tidak ada pandangan yang bersifat kosong.

Semuanya berpunca dan bersebab.

Yuss terus memblog.

Friday, 20 March 2009

Geng The Movie

Sangat lama Yuss tidak menulis tentang filem tempatan. Terlalu memberatkan dunia politik sehingga menjadi seperti semacam agenda utama penulisan Yuss di blog ini.

Kali terakhir Yuss sentuh tentang filem tempatan ialah filem Mukhsin semasa mula2 hendak menulis blog sendiri ini dahulu.

Hmmm... Kenangan oh kenangan!


Apa pun, Yuss ucapkan tahniah kepada filem Geng The Movie ini yang telah mencecah lebih RM6 juta! Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Jarang Yuss tonton filem tempatan yang amat membanggakan. Sangat-sangat menghiburkan. Sebuah filem yang membuatkan Yuss sentiasa tersenyum dengan kecomelan Upin dan Ipin.

Rasa macam nak tengok je lagi filem ni. Kutipan RM6 juta lebih untuk cerita kartun Malaysia, siapalah yang tak bangga!

Yusspin... Kembar nombor tiga Upin & Ipin. =P

Photo by Google

Thursday, 19 March 2009

Najib: Semakin hampir atau jauh?

Adakah Najib semakin hampir atau semakin jauh dalam impiannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia?

Kebanyakan daripada kita melihat Najib membawa satu bagasi yang berat dan besar. Bagasi bernama persepsi. Persepsi tentang kes Altantuya. Dan persepsi tentang penglibatannya dalam kes Perak.

Mahathir sendiri bersetuju dengan pendapat ini.

Zaid Ibrahim, selaku bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ialah antara mereka yang bersuara lantang mahukan campurtangan Agong meneliti latar belakang Najib sebelum diperkenankan menjadi Perdana Menteri.

Dan suara2 besar parti pembangkang tak payah cakap lagilah. Semuanya sebulat suara tidak mahu Najib menjadi PM.

Orang dalam UMNO sendiri ada yang tidak bersetuju. Tetapi mereka terperangkap. Terperangkap sebab calon Presidennya hanya seorang. Namanya Najib. Apa boleh buat? Mahu tak mahu, terpaksalah disokong juga.

Tapi, mereka juga kena ingat, adakah tradisi melantik Presiden sebagai PM harus atau perlu sentiasa diikuti? Tradisi itu bukannya undang2. Tradisi itu bukannya wajib.

Kita sebagai rakyat biasa, ada sebab untuk risau tentang masa depan negaranya. Bayangkan jika media2 dunia mengangkat kes Altantuya secara besar-besaran. Apakah implikasinya ke atas imej Malaysia nanti?

Yuss sedar dan tahu, kita tak boleh kawal niat dan perangai manusia. Tambah2 lagi kalau ianya datang dari dunia barat. Nun jauh di hujung dunia sebelah sana. Dunia kebebasan media barat yang amat luas dan bebas sebebas-bebasnya. Mampukah kita mengawalnya dari dalam sini?

Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?

Kenyataan Muhyiddin Yassin di Malaysiakini hari ini membuktikan bahawa usaha mengangkat diri BN (tanpa sengaja) untuk menjadi 'penderhaka' sama seperti pembangkang sekarang semakin menjadi realiti. Yuss pernah menulis tentang isu ini di dalam posting 'PM Nombor 6'.

Dalam masa yang sama, tak payahlah kita pergi jauh sampai hendak memasukkan isu ini ke dalam istana. Sekurang-kurangnya untuk masa terdekat ini. Sebabnya?

Lakukan ikut prosedur. Mulakan dulu dari dalam BN pula jika dalam UMNO itu sendiri gagal. Bukankah UMNO berada dalam BN? Bukankah parti2 komponen lain di dalam BN juga mempunyai suara yang boleh mendesak untuk menentukan siapakah calon yang paling sesuai untuk dipilih menjadi PM?

Katanya BN itu berdiri atas nama kesepakatan bersama parti2nya.

Adakah kuasa memilih PM ini hanya berhak ditentukan oleh orang UMNO sahaja? Kalau macam tu, apa gunanya parti2 lain terus berada dalam BN? Dominan tidak semestinya beerti berkuasa mutlak.

Adakah komponen2 BN yang lain mahu digelar sebagai boneka UMNO? Dimanakah intergriti mereka untuk bersama2 rakyat umumnya?

Parti2 lain dalam BN harus bersuara terlebih dahulu dan sama2 memilih calon PM terbaik mereka sebelum dipersembahkan kepada Agong. Jangan lupa bahawa UMNO bukan BN dan BN itu bukan UMNO sahaja.

Jangan jadi pak turut sudahlah.

Yuss pak surut. Sebab makin kurus. =)