Sunday 15 March 2009

PM Nombor 6

Perhimpunan Agong UMNO semakin hampir. Peralihan kuasa seperti yang diwar-warkan semakin dekat. Tidak syak lagi, Najib bakal dilantik secara rasmi sebagai Presiden Baru UMNO.

Tetapi peralihan kuasa yang bagaimana yang dijanjikan kepada kita? Adakah seorang Presiden UMNO akan secara automatiknya dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Salahkah Paklah terus kekal sebagai PM walaupun Najib ialah Presiden UMNO? Tidak kan?

Adakah Paklah akan umum letak jawatan sebagai PM? Kita tunggu dan lihat.

Adakah Yang Di-Pertuan Agong berkenan melantik Najib menjadi PM? Bukankah ianya terserah kepada baginda, bak kata orang UMNO dalam drama Perak? =)

Contoh-contoh yang berlaku selepas Pilihanraya Umum ke-12 Mac tahun lalu membuka mata Yuss. Antaranya ialah drama perlantikan MB di Perlis dan MB di Terengganu.

Apa bezanya dua negeri ini dalam soal perlantikan kepala kerajaan mereka jika dibandingkan dengan soal kepala kerajaan persekutuan kelak?

Jika drama Perak sekarang ini banyak melibatkan suara2 mengaitkan istana, adakah istana juga akan diheret sekali lagi dalam kancah perlantikan Perdana Menteri? Bukan soal layak atau tidak seseorang calon PM itu dari segi peruntukannya menjadi pertaruhan, tetapi titah perkenan seorang Agong itu yang ingin Yuss lihat.

Manalah tahu kalau orang2 dalam istana nampak soal ekonomi perlu diutamakan dahulu dan isu soal peralihan kuasa menjadi nombor dua, siapalah yang tahu. Tuhan saja yang tahu.

Jika, dan hanya jika, seorang Agong tidak berkenan melantik seseorang sebagai PM (katakan Paklah sudah letak jawatan PM), adakah selepas ini akan ada usaha besar yang cuba mengangkat Sultan sekadar sebagai lambang dan simbol semata2 dan pihak2 ini juga mahu turut sama 'menderhaka'?

Kesian Shahidan Kassim... Kesian Idris Jusoh... Kesian?

Semua orang Yuss kesian... =P

1 comment:

Anonymous said...

Jika dilihatkan senario politik skrg nie..
tidak mustahil perkara ini berlaku di peringkat persekutuan..
UMNO menuduh PR sebagai menderhaka..
keputusan untuk memilih ketua kerajaan adalah di tangan sultan..
jika imbas kembali beberapa tahun sebelum ini..
perkara ini pernah berlaku di Zaman Tun Mahathir..
dimana Almarhum Tuanku Jaafar tidak perkenan perlantikan Isa Samad sebagai MB Negeri Sembilan..
apa reaksi Tun Mahathir n UMNO?
mereka mengatakan keputusan pemilihan kerajaan di tangan rakyat bukannya pihak istana..
jika kita lihat semula 13 tahun dahulu..
UMNO sendiri yang memperlekehkan institusi beraja dimana mereka menghilangkan kuasa imuniti raja-raja..
kenapa perkara ini dibangkitkan semula apabila PR cuba untuk menegakkan kebenaran?
padahal, UMNO sendiri yang menjadi punca segala-galanya..