Saturday 7 February 2009

Jangan Derhaka

Setelah beberapa hari konflik kerajaan Perak ini berlangsung, Yuss melihat adanya cubaan pihak2 tertentu mempermainkan institusi Beraja yang kita ada pada hari ini.

Yuss memerhatikan adanya paparan media2 perdana kita yang cuba memberikan gambaran bahawa mereka yang menentang titah Sultan, dianggap penderhaka. Atau setidak-tidaknya menghina Sultan.

Dalam hal ini, Yuss melihat polar permainan mengangkat Sultan setinggi langit sedang digunakan sepenuhnya oleh media arus perdana. Dan sentimen rakyat digunakan supaya mengikut perintah Sultan yang wajib diikuti oleh sesiapa pun.

Yuss harus bertindak tidak berat sebelah dalam hal ini. Yuss mahukan kita semua berfikiran rasional menerima keputusan yang telah dibuat. Dan keputusan2 yang telah dibuat juga masih boleh dicabar dalam segenap ruang undang2 yang ada.

Sebelum itu, izinkan Yuss kaitkan dengan kisah demonstrasi melampau sesetengah individu di Kuala Kangsar semalam. Yuss beranggapan demonstrasi secara aman dibenarkan. Ini hak setiap manusia. Ia boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja termasuklah BN dan PR. Tetapi mereka2 yang terlibat secara ekstrem dalam berdemonstrasi tidak boleh diberikan gambaran ianya adalah kesalahan kepada pemimpin atau parti politik yang terlibat. Kehendak meletakkan kesalahan ke atas bahu orang lain seperti ini dianggap tidak matang.

Kenyataan juga telah dikeluarkan oleh pemimpin2 PR supaya berdemonstrasi secara aman dan bersih. Maknanya, tidak ada arahan supaya bertindak di luar batasan.

Dalam hal mereka yang ekstrem ini, mereka haruslah dilabelkan sebagai individu atau kelompok individu2 yang terlibat. Bukannya ke atas nama pemimpin atau parti politik yang dijulang. Kecuali sehingga terbukti individu terbabit adalah ahli sah atau memegang jawatan dalam pertubuhan politik parti2 tertentu.

Oleh itu, tindakan mereka yang berdemonstrasi secara ekstrem ini seharusnya diangkat dalam konteks rakyat biasa yang terlalu taksub dengan sesuatu perkara termasuklah parti politik. Mereka ini seharusnya dikutuk atas nama seorang individu manusia yang hidup dalam tamadun hari ini. Bukan kaitannya dengan kepimpinan parti politik. Motif dan tujuan individu2 ini hanya boleh dinilai selepas ditentukan oleh mahkamah jika terbukti bersalah.

Oleh yang demikian, buat masa sekarang ini, Yuss sedih dengan tindakan pihak2 tertentu yang cuba memberi gambaran bahawa pemimpin2 PR sebagai punca penderhakaan rakyat. Wujud satu polar permainan politik oleh BN yang cuba memburukkan pemimpin2 PR.

Yuss mahu kita semua sedar bahawa segala kemelut yang melanda Perak kali ini tidak sepatutnya dianggap sebagai kemelut politik, tetapi kemelut perundangan. Jadi, janganlah pula kita salahkan sesiapa dalam hal ini secara melampau dan terdesak.

Jika Sultan bertindak mengeluarkan arahannya berdasarkan undang2 sedia ada, pemimpin2 PR juga boleh memilih menolak arahan tersebut atas nama undang2 yang ada.

Menolak atau ingkar arahan Sultan secara baik bukan bermakna menderhaka/menghina Baginda . Tetapi jika melakukannya dalam saluran, prosedur atau formaliti proses undang2 dengan betul, katakan, ia pasti dibenarkan. Itu hak asasi hidup manusia yang terjamin.

Jika PR yakin mereka di pihak yang benar, pertahankan kes mereka di dalam proses undang2 yang sedia ada. Cukup.

Walaupun sehingga terwujud mahkamah khas (menurut sesetengah pihak). Selagi ada ruang undang2 yang boleh digunapakai, dipersilakan.

Dan BN pula, janganlah menggunakan isu ke mahkamah dan deklarasi tidak letak jawatan Nizar Jamaluddin sebagai mereka yang menderhaka dan menghina Sultan.

Semuanya ini tidak melibatkan rakyat lagi. Janganlah permainkan sentimen rakyat dalam kemelut ini. Kerana ianya boleh dianggap mempermainkan jiwa rakyat dalam soal hal Beraja seperti sekarang. Salah siapa kalau permainan jenis ini menjadikan rakyat menjadi ekstrem atau terlampau? Yuss harap mereka sedar.

Institusi Beraja harus dipelihara. Tidak sepatutnya Institusi Beraja dipolitikkan.

Secara jelas, sekali lagi Yuss rasakan, institusi Beraja seperti dipermainkan oleh sesetengah pihak melalui ruang media2 kita. Rakyat seharusnya berhati2 dengan permainan politik jenis ini.

Tuanku, patik rakyat biasa bernama Yuss amat menghormati Tuanku. Patik berdiri teguh di belakang Tuanku, mempertahankan institusi Tuanku daripada diperkotak-katikkan oleh sesetengah pihak.

Ampunkan patik, Tuanku.

Daulat Tuanku!


Yuss tidak mahu menderhaka.

5 comments:

Anonymous said...

yuss,
kenapa yuss taknak ikut sentimen sekarang? semua org tak suka apa yg sultan azlan buat. byk gile website yg mengutuk sultan.

saya tahu yuss tak nak berat sebelah, saya puji tindakan yuss tu. tapi semua pihak agree ini adalah gelombang reformasi ke dua selepas 1998 dulu.

sekarang ni bukan nama najib yg busuk. tapi nama sultan yg busuk. mahathir, ku li, suhakam, termasuklah bar council pun setuju ada yg tak kene dengan situasi sekarang.

kita perlu bersama semua rakyat yus. jgn dok jadi ayam yg bertenggek atas pagar.

ikut semua blogger2 yg lain yg skang ni bersatu hati nak kembalikan semula hak rakyat melalui election. ok?

whatever saya terus ikut baca apa yg awak tulis.

pemerhatiBebas

Anonymous said...

i think the good government is the one who peoples choose.

so whatever is happening between adun, the ISTANA RAKYAT (Dewan Undangan Negeri) should them make their decision. not in the ISTANA.

quite sedih wooooo tengok orang manipulate the whole situation.

Anonymous said...

Saya ada soalan. Di Perak siapa yang menang paling banyak kerusi Parlimen dan DUN sewaktu pilihanraya ke-12? Pas? PKR? DAP? Sewaktu rusuhan di Bukit Chandan, siapa yang beriya-iya menahan kereta Sultan? Pas? PKR? DAP? Kenapa saya tak nampak bayang wakil-wakil DAP atau yang sewaktu dengannya di Bukit Chandan? Mengapa kita yang Melayu ini bersungguh-sungguh menentang sedangkan kerajaaan Perak yang sebenarnya dipegang oleh DAP? Saya bukan mahu berlaku rasis tapi fikir-fikirlah sendiri.

FYI saya tidak berada di mana-mana pihak dan tidak juga bertenggek di atas pagar.

Yuss said...

hmmmm...

saya tahu corak pemikiran yang cuba dibentuk sekarang ini ialah UMNO menang dengan majoriti besar, 26 kerusi kalau tak silap. mereka cuba bermain isu perkauman kali ini

dalam PR, Pas ialah minoriti. DAP paling banyak. ramai yang melihat Pas dan PKR ialah boneka DAP.

tapi Yuss ingin pertahankan sedikit PR di sini. walaupun DAP majoriti, tetapi mereka bukan ada suara majoriti mutlak. jika sesuatu keputusan dalam kerajaan diambil dan Pas dan PKR tidak bersetuju, sesuatu usul itu tetap tidak akan diluluskan. tambahan pula, mereka menang dengan majoriti mudah dengan 3 kerusi sahaja (asalnya sebelum melompat keluar parti).

tidak nampak DAP menguasai negeri Perak hanya kerana mereka majoriti. Kuasa YA/TIDAK masih berada di tangan Pas dan PKR.

Mungkin.... =)

Anonymous said...

is it fair kalau semua olang mau salahkan DAP? think wisely pls.

this new BN government in perak has no INDIAN assemblymen. how sad can it be?

i thought BN is all about sharing power fairly?

politic BN SUCKS!