Wednesday 4 March 2009

Himpunan Aman 100 Ribu


Sebagai membantu memenuhi tanggungjawab sosial, Yuss letakkan di sini sedikit maklumat mengenai Perhimpunan Aman 100 Ribu di depan Istana Negara pada hari Sabtu ini jam 2.00pm.

Tiga (3) lokasi berhimpun sebelum berarak ialah seperti berikut:

  1. Pusat Perniagaan SOGO
  2. Pasar Seni (Central Market)
  3. Masjid Negara

Peserta yang ingin berhimpun dan berarak juga DILARANG :

  • membawa barang2 berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain2.
  • memakai atau membawa simbol parti politik.

Warna tema ialah 'PUTIH' sebagai lambang pembersihan terhadap PPSMI.

Klik sini untuk melihat kenyataan lengkap Setiausaha GMP, Hasni Abas.

Maklumat lanjut yang lain boleh diperolehi di laman web GMP : http://gerakanmansuhkanppsmi.blogspot.com

Photo by GMP

*Posting2 Yuss berkaitan dengan isu ini kebanyakannya berada di bawah label Bahasa.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniahlah atas prihatin kepada apa yang saya tulis. Sebenarnya perkataan itu sepatutnya 'pengantar' bukan 'penghantar'. Tapi sebenarnya saya bukan orang bahasa saya tak kisah asalkan orang faham maksudnya sudah cukup. Antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu, dari segi undang-undang dan Perlembagaan Negara sepatutnya Bahasa Melayu (Artikel 152) Bahasa Malaysia tu Dato' Najib aje yang promosikan. Alberangque